Reiki Jiwa

|
Eh akhir-akhir ni makin merapu.
Eh akhir-akhir ni makin rasa tak sedap Reiki.

bukan reiki yang salah
diri sendiri yang tak feel

buat je hands on kat diri sendiri.
tapi macam tak menusuk-nusuk rasa dia. Eh, tak power dah ke ?

lama jugak macam ni.
Tapi tadi..bila betul-betul tengah ting tong jiwa

Cepat-cepat tutup mata & reiki throat chakra
phewwww..
tusuk tusuk rasa dia.
feel betul.
energy tu rasa mengalir
memecah blockage.

tu lah yang baru boleh menulis kat sini.
rasa macam lega sikit pun ada. lepas ni nak reiki & resq kaw kaw lah.
tulis isu & kopek satu-satu.

banyak sangat pendam ni.

Sepi atau hina ?

|
Diam kau tiba-tiba kerana apa ?
Sepi kau tiba-tiba kerana apa ?
Jika mahu mengakhiri
Lebih baik terus terang
kerana aku disini rimas tertanya sendiri
Dan tiada masalah bagiku
menerima apa jua alasan
jika kau mahu mengakhiri

tapi jangan berdiam diri.
seperti menghina aku disini.

jika menggunung salahku
dgn serendah hati ku mohon maaf
atas khilaf diri

Jika telah habis sudah cinta
di hati
tak mengapa
aku mengerti.

Kalau boleh dibuang sementara...

|
Terlalu update pada hal terkini juga kadang-kadang bikin hati jadi rimas. Hati jadi kalut. Terlalu melihat kebahagiaan orang lain mungkin boleh mencetus iri hati Terlalu melihat keperitan orang lain mungkin terbangkit riak diri Terlalu asyik dengan dunia media sosial ..selang 5 minit refresh newsfeed .. konon-konon mencari inspirasi. tapi rupanya membunuh sangka baik pada Tuhan. Melihat ke dalam diri yang serba tiada tak seperti mereka. hingga terlupa.. ujian ini tak seberapa masih ramai yang jauh lebih menderita. hingga terlupa... mungkin ini bukan ujian tetapi rahmah dari sesuatu yang musibah yang mungkin tak tertanggung.

Bila rahsia terungkai, Ramadh

|

Bila syaitan sudah bergari
Nafsu yg sebati bertukar ganti
Demi nama Perosak
Yg dipendam lama
Rosak jadi koyak

Mana Iman mana janji pada hari pertama
mana kasih yg dijanji mahu disemai
mana redha pada Qada' dan Qadar
mana rindu pada AlQuran
mana sesal pada dosa

Tuhan,
sabarkan aku.

Ramadhan 3

Tuhan panggil berkali-kali

|
Di saat aku mahu menggua
aku akan kembali ke sini

Barangkali Tuhan telah memanggil aku berkali-kali
setelah datangnya terdetik di hati
tapi urusan dunia jauh lebih ku dahului
hingga akhirnya
Tuhan marah sungguh pada aku kali ini

Lantas aku
terduduk dgn ujiannya
yg kononnya aku mahu gigihkan sendiri

Sungguh
makin berat ujian menggunung
lagi kuat ku usaha lagi kuat ia memberat
padan muka

Lupa pada Tuhan
yg panggil beribu kali sehari
dgn janji, pertolongannya
jauh lebih besar dari ujian ini.



11 Mac 2016

* stress statement credit card jauh lagi tinggi dari income semasa.

Aim Higher

|



Motivator pesan utk Aim Higher.

Lagi tinggi Aim, lagi banyak kerja.
Lagi banyak kerja, lagi kurang masa.
Lagi kurang masa, lagi banyak kecewa.


Habis tu, macamana ?




15/1/2016

things i wanted the most...

|
Menjeruk jauh dalam hati, diam-diam perit sendiri. Padan muka tak mau reiki hari-hari siapa suruh. To do list dah terbang ke mana arah sebab tak payah tulis pun dah sarat dengan kerja lepas satu, satu tak habis-habis.

Apatah lagi wish list, apa yang di mahukan pun tak jelas. Macamana nak dapat yang elok-elok ?

Sekarang jomlah listkan..

- saya mahu tenang fikiran & emosi
- saya mahu suami memahami
- saya mahu jadi isteri memahami
- saya mahu suami isteri sehati satu impian
- saya mahu mata abah pulih
- saya mahu beban mak berkurang
- saya mahu lebih solehah
- saya mahu langsai hutang
- saya mahu bebas
- saya mahu kaya & bijaksana
- saya mahu solat tahajud setiap malam
- saya mahu ganti puasa
- saya mahu sihat seperti 17 tahun
- saya mahu matang dan berjaya
- saya mahu banyak sedekah
- saya mahu berakhlak baik
- saya mahu rajin reiki
- saya mahu ubati orang sakit
- saya mahu berbakti sebanyak-banyaknya
- saya mahu bahagia dan ceria
- saya mahu kurus berbadan cantik
- saya mahu memiliki wajah yang manis
- saya mahu memiliki perniagaan yang berkembang pesat
- saya mahu memiliki keluarga yg mengamalkan islamic lifestyle


Masukkan semua Wishlist di atas ke dalam metaphysic ball.........

energize... reiki...

upload .

imagine saya dapat semuanya.

Amin !


30 -09-2015

p/s : malam tadi saya mandi S7 Ramadhan + Garam + ( bunga tak jumpa ) , pukul 12.30 malam sempena Supermoon malam sebelumnya.