Baru-baru ini saya ada seorang client Reiki. Dilihat seperti sihat dan bertenaga kerana masih muda. Mengalami masalah personaliti - begitulah tanggapan mudah.
Saya cuma bertindak sebagai pengalir tenaga Ilahi kepada sistem bio energinya. Mudah-mudahan, bila tenaga chakra stabil dia pasti akan menjadi yang sepatutnya dia jadi. Ya lah, jika dia berpersonaliti kuning - dan tidak berperangai seperti kuning, pastilah ada masalah.
Client saya masih muda bertenaga, cantik sekali. Masalahnya, terlalu aktif dengan kawan-kawan sehingga tidak pulang ke rumah, bergaul bebas, mudah naik marah, mulut berbisa dll. Ibunya sungguh risau. Dan dari kerisauan dan kasih kepada anak, ibunya mengajak untuk melakukan Reiki dengan saya.
Alhamdulillah, sesi selama hampir 45 minit berlangsung. Sepanjang rawatan, saya dapati chakra solar plexus, sacral dan base sangat aktif dan panas. Sedangkan heart chakra, throat dan crown pula menyejuk seperti 'kipas' chakranya tidak berjalan lancar. Ternyata, apabila diperhati - ada blockage di antara solar plexus menuju ke heart chakra.
Keseronokan yang dicari-cari di luar fikirnya mampu memberikan kebahagiaan. Sedangkan makna kebahagiaan itu jauh lebih halus dan unik. Ia hadir di hati. Kegembiraan / rakan-rakan / clubbing / dunia fesyen yang dikejar tidak dapat memenuhi keperluan hatinya yang mendambakan kasih sayang. Kerana ada blockage.
Energi dari bawah tak dapat naik ke atas. Mengganggu kundalini. Tak ada proper flow. Tak ada keseimbangan. Warna terlalu panas hingga jadi mudah melenting. Saya cuba sedaya upaya untuk menstabilkan energi yang terlalu panas itu. Untuk pertama kali sesi, saya dapati kundalininya terlalu lemah. Tidak cukup untuk mengubah personaliti. Perlu ada sesi kedua dan seterusnya.
Seminggu selepas rawatan, ibunya ada memberitahu bahawa anaknya sudah mulai cool. Tak cepat melenting. Itu pun sudah cukup lega. Sekurang-kurangnya tidaklah menyakitkan hati ibu dek mulut yang laser.
Sambil mengingatkan diri saya, mengubah diri seseorang bukan kerja saya. Tapi ia hanya akan berlaku dengan keinginan pesakit itu sendiri secara semulajadi.Saya cuma menjadi tukang untuk membuka pintu blockage dan keresahan dijiwanya. Mudah-mudahan, dengan energi yang postif, doa ibu, maka si anak akan menjadi insan yang lebih baik hari demi hari. Ia pasti memerlukan masa.