Showing posts with label Premonition. Show all posts
Showing posts with label Premonition. Show all posts

Sepi atau hina ?

|
Diam kau tiba-tiba kerana apa ?
Sepi kau tiba-tiba kerana apa ?
Jika mahu mengakhiri
Lebih baik terus terang
kerana aku disini rimas tertanya sendiri
Dan tiada masalah bagiku
menerima apa jua alasan
jika kau mahu mengakhiri

tapi jangan berdiam diri.
seperti menghina aku disini.

jika menggunung salahku
dgn serendah hati ku mohon maaf
atas khilaf diri

Jika telah habis sudah cinta
di hati
tak mengapa
aku mengerti.

Premonition : 350

|
Saya ada kawan. Namanya RZ ( bukan nama sebenar ).
RZ ni tak tau lah nak dimasukkan dalam kategori apa.. kawan / sahabat/ musuh / kekasih /
'pembunuh' ?? Saya musykil, kerana bagi saya.. saya tidak pernah 'aman' berkawan dengan dia. Jadi, ringkasnya mungkin dia sekadar KENALAN.

Hubungan saya dan dia tidak rapat. sesekali saja sms dan call. itu pun dapat layanan hambar dari dia.. connection kitorang tak lah best sangat...

Semalam tiba-tiba dia call saya.

Saya tanya," kenapa ?"
Dia jawab, " i tak tau camana nak cakap..datang jumpe boleh ? "

Dalam otak saya, apahal dia nih ? selalunya mengelak2 nak jumpa. hari ni tiba-tiba nak jumpa pulak. pelbagai kemungkinan demi kemungkinan bermain di minda.


Saya pejamkan mata. tarik nafas...dan mula cari jawapan. HEART SCANNING.

Hati : Mesti sebab duit nih..
Mata : Di mata saya, saya nampak nombor 3, 5 dan 0


OK. saya buat kesimpulan, dia nak pinjam duit saya. saya tunggu 'sesuatu' dari dia. Kemudian di sms saya. " dia perlukan RM 3500. dia nak pinjam dari saya dan akan bayar semula dalam masa 2 minggu "

Saya cepat-cepat balas .
" Giler ?? mana ada duit byk tu "

Ok. fine. yang saya nak kongsi bukan lah pasal peristiwa dia nak pinjam dari saya. tapi pasal premonition yang saya dapat tu.

its quite intresting jugak bila kita dapat tgk nombor2 yang mungkin dia bakal sebut. cuma yang saya tak pasti berapa "kosong" di belakangnya..

Saya tak berapa terkejut dgn nilai 3500 tu. tapi saya musykil, macam mana dia boleh expect saya akan bantu dia dalam keadaan saya bukanlah 'kawan rapat' dia, dan layanan dia terhadap saya memang macam hampeh !

Silap orang betul.

Premonition

|
Semalam, masa saya tengah baring-baring, saya tutup mata. Dan tiba-tiba saya dapat bayangan ( macam premonition ) yang saya akan dilanggar motor pada siang hari. Terus jantung saya dup dup dup sangat laju, dan rasa sangat cemas. Ia berlaku dalam 3 saat. Seperti ianya sedang berlaku.

Untuk elakkan kejadian itu berlaku, saya tak bawak kereta waktu siang. Dan saya mengurungkan diri dari jalanraya. Sambil saya terus Reiki untuk 'moment' tersebut. Saya buatkan protection pada diri saya dan Reiki pada Heart Chakra.

Pagi tadi, saya keluar ke kedai. Saya melintas jalan sehala. Sepatutnya kenderaan akan datang dari arah kiri saya. Bila saya tengok kiri, saya jalan je lah terus sebab tak ada kereta / motor.

Apa yang terjadi ?

Kalau saya melangkah lagi setapak, deesshhuuuumm !! Pasti saya dilanggar MOTOR YG DATANG DARI ARAH KANAN saya. Dan terus premonition semalam bermain di fikiran saya. Saya terkejut, namun cepat-cepat tangan saya letak di heart chakra.

Itu lah premonition yang terlintas semalam. Tempat yang sama, suasana yang sama,motor yang sama, topi keledar yang dipakai orang tu pun sama. Subhanallah.

Mungkin dgn Reiki semalam, risiko + kesan berlakunya kemalangan itu dapat dikurangkan. Hanya Allah yg tahu, bukan kah kita boleh mengubah masa depan dengan 'sedikit usaha' ? Lalu, bertawakal lah.

Alhamdulillah, Allah melindungi saya.