Showing posts with label Yoga. Show all posts
Showing posts with label Yoga. Show all posts

No more Yoga at Celebrity Fitness

|
2 tahun saya menjebakkan diri untuk ke kelas yoga di Celebrity Fitness. Tahun pertama kerap ke yoga. Tahun kedua saya sudah naik angin dengan Celebrity Fitness sebab sistem auto renew dorang. Bengang ! Bengang !

Dalam kontrak hari tu cakap untuk 1 tahun sahaja membership.Tiba-tiba pulak dah habis tahun pertama, jadi sambung pulak tahun kedua. Tak telefon pun untuk inform dulu. Sakit hati betul.Customer service tau mintak hutang je... tak reti pulak nak call bagitau membership dah renew.

Maka dengan itu, saya malas lagi nak ke CF. Walaupun saya tetap sayang dengan Jason IC ( instructor Yoga) dan sangat suka dengan senaman yoga ini.

Saya telahpun menamatkan keahlian di CF.. babai. Tapi, akan terus Yoga sendirian berhad di rumah. Hi hi hi hi.... eeem..yoga atas tilam bawah selimut kah ??? kakakakakah..

At last...i fall into Delta zone..

|
Semalam pergi Yoga. Jason Class. :)
( Jason is my favourite insctructor. )
Lately terlalu sibuk sampai tak dapat nak attend yoga selalu-selalu. Saya tak pernah tertidur dalam kelas yoga bila sampai part "savasana". Kecuali bila pergi kelas 7pagi, memang yoga dalam keadaan mamai dan mengantuk. ha ha.

I always failed to get rest during yoga. ha ha.. DUKAsana je memanjang. wakakaka.. !!
Tapi semalam, AKHIRNYA ! saya terjejak jugak " Delta Zone" ...terlelap dalam sedar. Sampai kene kejut dek instructor. he he he..

Mahu yoga lagi !!!

Yoga lagi..

|
Yoga sebetulnya satu gerakan yang bukan lah menyenangkan.. patah riuk badan dibuatnye. sekejap melentur ke kanan, sekejap melentur ke belakang..belum lagi dengan kepala yang perlu mencecah bumi bila kaki terbuka luas. Di saat melakukan gerakan itu, memang asyik terjerit-jerit kesakitan. Namun, semua keupayaan diri tidak boleh dipaksa. waktu itu lah, minda dan emosi mula tercuit, oh..aku belum layak melakukan lebih dari ini. Keupayaanku setakat ini saja.

Seperti Reiki, Yoga juga memerlukan praktis yang kerap supaya pengalaman dapat ditimba. Dan 'rasa' utk setiap pengalaman itu juga berbeza-beza. Ada hari kita mampu berdiri di atas kepala dengan lama.. ada hari kita tidak mampu berdiri langsung kerana tiada fokus.

Saat-saat saya tidak dapat menghadirkan diri di kelas yoga, saya sedikit kecewa. Bila ibu menghalang saya untuk ke yoga kerap2..saya sedikit hampa. Lalu memadam semangat sedikit. Tapi pesan ibu ada betulnya, yoga tu mengasyikkan saya...terlalu menyeronokkan ..hingga banyak waktu juga terhabis untuknya.

Jika anda ingin mencuba yoga, saya mengalu-alukan anda. Ia bukan pergerakan perlahan dan melipat-lipat tubuh dengan bodoh...tapi ia benar-benar bermakna jika anda sedang melakukannya..

Namun, jika anda hanya memandang...pasti anda berbisik dalam hati " gila ! tak ada kerja ka melipat-lipat badan..buat apa nak buat macam tu..menyeksa diri.."

"Yang memandang, takkan punya rasa yang sama dengan yg sedang merasa."

Mode : Yoga

|

Sudah lama saya menanam hasrat untuk mengikuti kelas yoga secara serius. Minat saya terhadap senaman ini jarang sekali pudar, walaupun kesempitan masa dan peluang. Tahun lepas, Celebrity Fitness cawangan baru di WangsaWalk dibuka. Saya ambil keputusan untuk join CF hanya kerana ingin mengikuti kelas yoganya. Lain-lain angkat berat ke..cycling ke..dancing ke ape2 jenis workout yang lain saya tak peduli. Saya cuma mahu yoga. Haha. Semangat betul.


Malangnya, walaupun sudah 5 bulan CF dibuka, saya langsung tidak menjejak kaki ke sana. Sehinggalah satu waktu, terdetik di hati saya..saya MESTI BELAJAR YOGA. 3 hari berturut-turut saya masuk kelas yoga, waaahhhh..sangat seronok.


Hari pertama , kedua.. badan terasa sangat sakit dan sengal-sengal. Haha. Itu lah akibatnya tak pernah senaman. :D Tapi kesakitan itu memberi saya kebahagiaan. Lalu, asalkan ada saja masa terluang, saya pasti akan ke CF. Melihat teman-teman se-yoga boleh melentur tubuh dengan rileks, saya betul-betul tercabar. Hehe.


Minda saya terasa sangat tenang. Terasa seperti 500 kg stress di minda saya hilang ! Hebat sungguh senaman ini. Lebih menggembirakan, sejak saya rajin bersenam ni.. saya sudah jarang-jarang alergi. Sebelum ini, hampir setiap hari saya mesti makan ubat zyrtec, tapi percaya atau tidak, saya tidak menyentuh zyrtec sehingga 7 hari ! Ia merupakan satu kelegaan bagi saya. Syukur alhamdulillah.'



lagi cerita yoga.. tunggu...