Showing posts with label Reiki. Show all posts
Showing posts with label Reiki. Show all posts

Reiki Jiwa

|
Eh akhir-akhir ni makin merapu.
Eh akhir-akhir ni makin rasa tak sedap Reiki.

bukan reiki yang salah
diri sendiri yang tak feel

buat je hands on kat diri sendiri.
tapi macam tak menusuk-nusuk rasa dia. Eh, tak power dah ke ?

lama jugak macam ni.
Tapi tadi..bila betul-betul tengah ting tong jiwa

Cepat-cepat tutup mata & reiki throat chakra
phewwww..
tusuk tusuk rasa dia.
feel betul.
energy tu rasa mengalir
memecah blockage.

tu lah yang baru boleh menulis kat sini.
rasa macam lega sikit pun ada. lepas ni nak reiki & resq kaw kaw lah.
tulis isu & kopek satu-satu.

banyak sangat pendam ni.

things i wanted the most...

|
Menjeruk jauh dalam hati, diam-diam perit sendiri. Padan muka tak mau reiki hari-hari siapa suruh. To do list dah terbang ke mana arah sebab tak payah tulis pun dah sarat dengan kerja lepas satu, satu tak habis-habis.

Apatah lagi wish list, apa yang di mahukan pun tak jelas. Macamana nak dapat yang elok-elok ?

Sekarang jomlah listkan..

- saya mahu tenang fikiran & emosi
- saya mahu suami memahami
- saya mahu jadi isteri memahami
- saya mahu suami isteri sehati satu impian
- saya mahu mata abah pulih
- saya mahu beban mak berkurang
- saya mahu lebih solehah
- saya mahu langsai hutang
- saya mahu bebas
- saya mahu kaya & bijaksana
- saya mahu solat tahajud setiap malam
- saya mahu ganti puasa
- saya mahu sihat seperti 17 tahun
- saya mahu matang dan berjaya
- saya mahu banyak sedekah
- saya mahu berakhlak baik
- saya mahu rajin reiki
- saya mahu ubati orang sakit
- saya mahu berbakti sebanyak-banyaknya
- saya mahu bahagia dan ceria
- saya mahu kurus berbadan cantik
- saya mahu memiliki wajah yang manis
- saya mahu memiliki perniagaan yang berkembang pesat
- saya mahu memiliki keluarga yg mengamalkan islamic lifestyle


Masukkan semua Wishlist di atas ke dalam metaphysic ball.........

energize... reiki...

upload .

imagine saya dapat semuanya.

Amin !


30 -09-2015

p/s : malam tadi saya mandi S7 Ramadhan + Garam + ( bunga tak jumpa ) , pukul 12.30 malam sempena Supermoon malam sebelumnya.

Bertemu diri

|


Blog ini seperti gua. 
Saya datang jika mahu bersendiri. Di luar terlalu pikuk sehingga saya hanyut.
Meski pelik dan ntah apa-apa tulisannya, tapi bila baca semula cebisan nota yang lepas, saya kembali ingat diri saya.

Betapa dahulu darahnya muda. Jatuh berkali-kali tapi masih mahu bangun. Sekarang belum tua dari bilangan usia. Tapi barangkali dosa terlalu menimbun, lalu mengambil hayat dan kudrat meninggalkan usia yang semakin singkat.

3 hari di rumah memberi masa untuk saya menarik buku-buku 'self healing'. Buku Reclaim Your Heart tulisan Ustazah Yasmin Mogahed begitu menyentuh setiap fikiran saya . Saya mula memahami atau mungkin sebelum ini sudah tahu, tapi ia mengingat-ingatkan saya tentang perkara yang berlaku. Membawa saya untuk terima dan redha ujian demi ujian yang makin berat. 

Berselang seli saya baca Buku Reiki. Sedikit demi sedikit nafas saya ada kelegaan. Seperti melihat seurat cahaya dalam bilik gelap. Hati semakin menyinar. Ada sesuatu yang boleh saya buat. Ada jalannya. Ada cara yang boleh saya kerjakan.

Oh ! Dahulu saya mahir. Semua benda saya Reiki. Tapi makin lama.. kononnya short cut..petik2 jari, iringan minda kononnya memadai. Akhirnya jiwa tak meyakini. Bagaimana nak menjadi ?

Teringat Dr Hazil cakap dulu masa mula-mula belajar Reiki, biasanya master-master ni dah makin lama makin pro. Petik jari ja. Tak tahu lah pro ke malas. Saya mengaku saya malas. Sudah tiba saatnya saya teruji sendiri.

Ternyata, Reiki dengan tertib lebih berkesan. Buat lah hands on. Buatlah distant healing. Betul-betul. Macam belajar dalam kelas. 

Sedikit demi sedikit, saya mengutip cebisan diri yang pecah ke lantai.

Impian yang awal-awal lagi telah berkecai. Saya kutip.

Kutip. 

Mudahan ada energi luar biasa untuk saya cantum semula.


19.12.2014


Reiki Umpama Cinta dalam Diam

|
Ada waktunya saya cinta diam-diam. Ada waktunya saya cinta terang-terang. Mendoakan sahabat walaupun tak bertemu setelah sekian lama, tetapi tak pernah putus mendoakannya.. itu cinta diam-diam namanya :)



Saya terasa sungguh kehilangan cinta diam-diam oleh arwah Pakcik Alwi, kawan abah yang tinggal di Seremban. Ketika beliau masih ada, saya suka membaca status facebook yang macam-macam cerita masyarakat dan penuh nasihat. Kadang-kadang saya tahu, status yang ditulis umum itu sebenarnya dituju kepada saya. Saya juga rasa bila waktunya dia mendoakan kesejahteraan saya. Dan saya turut merasai bila dia 'memanggil' saya ketika dia sakit dan mohon healing dari saya. Ia sebuah 'cinta' yang tak terungkap dalam satu kondisi yang tersendiri. 

Sudah banyak bulan dia pergi meninggalkan kami. Saya terasa-rasa dia masih ada. Al-fatihah. Sungguh ! Saya terasa kehilangan cinta diam-diam itu !

#1 Pakcik sakit di kedai makan
Ketika berjalan pulang ke hotel, terjumpa satu kumpulan pakcik makcik berkerumun di tepi restoran. Rupanya ada pakcik sekitar 50an sedang disapu dengan minyak angin terduduk dalam keadaan yang sungguh lemah. Saya tanya " kenapa ? " Jawab seorang abang ( barangkali satu kumpulan dengan pakcik tu ) " terlalu letih, sampai pitam. Perjalanan jauh dari Semporna."

Kaki saya sudah tergerak untuk berhenti dan merawat pakcik itu. On second thought, saya membatalkan niat. Saya hanya lakukan distant healing, dan 'siram tenaga' supaya pakcik itu cepat sembuh berserta mendoakan kesihatannya sesegera mungkin.

#2 Nyai jatuh
Terkejut sungguh bila nyai terjatuh segedebuk ( wujud tak perkataan tu ? he he ) ketika melintas jalan. Divider itu sungguh tinggi dan kereta juga laju-laju. Waktu malam itu pula gelap dan tiada lampu. Aduh, tak tahu lah hati nyai dah sampai mana, sepatutnya dia perasan jalan tu tak rata.. tapi dia sangka rata dan jalan penuh selamba. Nah ! Tersungkur. 

Saya dan mak pimpin nyai bangun semula dan biar sehingga nyai reda sikit dupdap jantung sebelum meneruskan jalan. Dekat 1 jam jugak reiki 'heart chakra' nyai.. baru dia reda sikit. Ambil minyak S7 sapu pada lutut yang luka tu.


#3 Batuk
Sewaktu menaiki flight pulang dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur, ada seorang perempuan duduk didepan saya. Lama saya dengar dia terbatuk-batuk sampai sakit dada . Makin lama makin kuat dan panjang. Akhirnya dalam diam, saya reiki dengan 'teknik klon' beserta bacaan AlFatihah 3X. Alhamdulillah, tak sampai 5 minit, saya tak dengar dia batuk sampai landing di Kuala Lumpur.


p/s : Bagi yang tertanya-tanya atau masih baru dengan apa yang saya cerita ini, ia adalah teknik penyembuhan yang disebut Reiki. Kalau suka ilmu aura / penyembuhan diri tanpa kos yang tinggi, Ima saran anda dengar-dengar ambil info dulu dari Dr Mir Hazil Azran Ramli


Ima doakan semua pembaca blog Ima dalam keadaan sihat, ceria dan positif sentiasa. Take Care !

Reiki buang kenangan buruk dan melupakan sesuatu

|
Ada kenangan manis atau pahit dengan seseorang yang merantai kita dari terus mara. Selalunya Self Healing dapat membantu dengan cara cleansing dan energizing pada setiap chakra. Di samping memasukkan warna-warna seperti biru, hijau dan keemasan pada aura.

Hari ini saya dapati kaedah itu tak lagi sesuai dengan kondisi saya sekarang. Ia perlu usaha yang lebih terperinci. Jadi saya lakukan distant healing pada diri sendiri, bermaksud saya tidak melakukan hands on pada tubuh, tapi sebaliknya pada objek lain menggantikan diri saya.

Reiki level 2 dan ke atas boleh lakukan teknik ini.

Caranya, saya cipta satu metaphysic crystal ball di tangan kiri. Bola kristal ini saya programkan untuk menyerap semua energi negatif, perasaan, trauma, kenangan malah apa sahaja yang tidak baik pada diri saya .  Bola ini seperti span yang mempunyai daya serapan tinggi.

Kemudian saya lakukan 'psychic surgery' untuk mengorek semua perkara negatif yang ingin saya buang dari diri saya pada setiap chakra. Dimulakan dengan chakra crown hingga ke base satu persatu. Tindakannya seperti mengorek benda hitam yang tersumbat pada chakra dan pindahkan secara hati-hati ke dalam bola kristal. Jangan lupa agar setkan juga energi itu tidak 'balik' semula pada chakra setelah dipindahkan pada kristal.

Apabila 7 chakra telah selesai, lakukan sekali lagi pada kundalini dengan gerakan tangan dari crown turun ke base, dan naik semula dari base ke crown beberapa kali...kemudian pindahkan energi 'buruk' yang masih tertinggal pada bola kristal di tangan kiri.

Akhir sekali lakukan 'sapuan' pada aura dengan niat membersihkan segala yang masih tertinggal dan pindahkan juga pada bola.

Lock bola kristal supaya energi yg diserap kekal dan tak bocor. Sekarang masa untuk beam positive energi pada chakra dan aura. Ini amat penting untuk sebagai mengakhiri proses Reiki pada diri.

Metaphysic crystal ball itu tidak boleh dibiarkan. Disebabkan ia mengandungi perkara yang saya ingin lupakan selama-lamanya, maka saya send bola tersebut ke Matahari. Supaya ia hangus dan debu-debunya bertukar menjadi cahaya yang menerangi dan menjadi tenaga positif untuk alam.

Ini cuma teknik yang saya baru 'dapat' untuk diri saya. Ada benda harus dibuang terus kerana ia menjadi penghalang untuk saya teruskan perjalanan hidup.

InsyaAllah, akan lakukan berkali-kali supaya ia menjadi.
Jgn lupa, mulakan dengan Bismillah, akhiri sesi dengan Alhamdulillah, dan tawakal agar Allah bantu permudahkan urusan ini.

Rescue yourself with Resq56,Reiki

|
Pernah suatu masa,hidup ini teruji sangat-sangat. Semua benda jadi tak betul. Kerja di ofis tak menentu, hubungan dengan keluarga pun teruk, hubungan cinta pun tergugat, berat badan bertambah, duit asyik tak cukup, rambut gugur teruk. Semua yang buruk-buruk terjadi serentak ! Sudah jatuh ditimpa tangga ditimpa lif, bangunan pulak runtuh atas kepala sendiri. Macam tulah rasanya.

Stress. Siapa yang tak stress memang tak logik.
Ya, perkara begini memang akan berlaku sesekali dalam kitaran hidup. Ia seperti magnet jahat yang menarik-narik masalah masuk ke dalam hidup kita.. Jujur saya katakan,situasi ini kerap berlaku dalam hidup saya ! Bila berjaya melepasi 'waktu kritikal' itu, saya terfikir semula ' wooww..macamana saya boleh bertahan dan tak jadi gila?"

Ia seperti anugerah apabila semua masalah yang bertimbun-timbun itu hilang satu persatu. Okay, bukan hilang - tapi SELESAI.

Percayalah, sebeban mana pun tekanan yang diterima...anda pasti akan boleh 'handle'. Tu memang Allah dah sebut. Apapun, kena pastikan - adakah tekanan yang kita terima itu UJIAN ? atau BALA ? Beza tau !

Apapun ia - tekanan ini boleh dikurangkan dengan Reiki. Alhamdulillah. Saya jamin, masalah berkodi-kodi itu takkan mungkin selesai dengan 1 kali Reiki. Ia perlu diulang-ulang dan ulang. Saya juga amalkan Resq56 dan ResqHu yang Dr Hazil ajar.

Resq56 ni lebih halus ayatnya. Bila kita mengakui masalah dengan menyebut  " meskipun saya ( betul-betul tak boleh bersabar dengan masalah yg menimpa ini ) ...." .. WOW!! inilah pengakuan terhadap diri sendiri ! Jangan tipu diri sendiri kalau nak masalah selesai. Kita nak bersabar, tapi belum cukup betul2 ikhlas bersabar...sebab kalau kita bersabar, kita akan rasa MANISnya bersabar. Jadi, kita perlu sebut pula " saya redha, saya ikhlas, dan saya pasrah".

Selepas itu kita buang semua perasaan2 negatif yang ada berkepuk-kepuk dalam setiap sel tubuh badan dengan teknik Resq yang seterusnya. Bila dah buang, baru lah boleh INSTALL perasaan positif dan doa kita.

Bila dah terbeban sangat dgn ujian, mmg kadang-kadang tak terdaya langsung nak buat apa. Nak berubah buat benda besar-besar pun tak terdaya. Semuanya perlu kekuatan untuk melangkah. Come On ! Benda paling senang nak buat ialah Resq56 atau Resq Hu.

Sekurang-kurangnya saya tahu ada satu GERAK KERJA yang boleh saya katakan MINIMUM sangat untuk kita katakan itu IKHTIAR sebagai syarat untuk BERTAWAKAL pada Allah - agar masalah kita selesai, agar kelemahan kita boleh diperbaiki, agar tekanan ini berkurang.

Daripada duduk saja, termenung , menangis, meratap, dan terlalu fokus dgn masalah yang dihadapi, RESQ memberi peluang untuk saya BERTINDAK untuk mencari SOLUSI kepada masalah yang ada. Ia terlalu mudah untuk dibuat, dan dimana saja. Kalaupun rasa malu nak bergumam dan mengetuk depan orang ramai.... tutup mata - dan bayangkan gerak kerja Resq itu.

Senang. Mudah sangat.

Kalau tak tau apa yang nak di 'tapping'kan sebab isu terlalu banyak. Jangan risau.
Mulakan dengan " meskipun saya rasa sakit/ terbeban sangat dengan hidup saya..."...
kemudian akan terbit idea-idea untuk tap isu yang seterusnya. Percayalah.

Bila dah ada idea, itu tandanya otak kita dah lapang. Seperti ada satu cahaya blink blink di celah-celah otak yang terbeban itu. Wow.. Bersyukurlah ! Alhamdulillah. Bukan susah Allah nak kasi ilham, buat kerja sikiiiit je..insyaAllah...Dia akan tunjukkan jalan.

:) Sekian perkongsian kecil saya...

Reiki For Student : Anak 4-8 tahun, bagaimana mereka?

|



Kebelakangan ini saya menyediakan sesi terapi Reiki untuk pelajar cemerlang. Sangka saya pelajar itu kurang sukses kerana mereka stress dan emosinya boleh jadi berceramuk kerana faktor sekolah, famili, guru, kawan atau faktor kesihatan.

Ya. Ada benarnya untuk pelajar remaja. Mereka berada di dalam fasa pencarian identiti. Kebiasannya bagi kanak-kanak berumur 1-12 tahun, warna aura mereka cenderung berwarna panas seperti merah, jingga atau kuning. Apabila masuk ke sekolah menengah iaitu fasa awal remaja, warna aura sudah mulai berkombinasi dengan warna sejuk seperti hijau, biru, indigo atau violet. Nah, itulah yang disebut sebagai fasa perubahan atau fasa penentuan identiti.

Saya akan bincang hal ini dalam entri yang akan datang. InsyaAllah.



Hari ini, saya mahu menyentuh Reiki untuk pelajar tadika - sekolah rendah. Saya agihkan dalam 2 kategori iaitu umur 4-8 tahun dan 9-12 tahun.

Kanak-kanak 4-8 tahun :

Ramai ibu bapa yang menghantar anak mereka untuk sesi terapi Reiki di tempat saya dengan harapan yang menggunung agar anaknya boleh terus jadi rajin, suka belajar dan kurangkan main. Saya cuba sedaya upaya untuk mengharmonikan aura si anak untuk beberapa sesi terapi, di samping memberi semangat kepada si anak, dan membacakan numerologi anak kepada ibu bapa. 

Apa yang saya lihat, energi si anak sungguh 'bersih' tanpa sebarang trauma atau masalah berat. Cuma kadang kala keletihan kerana aktif bermain. Pada usia ini, mereka umpama mutiara yang perlu digilap mengikut potensi masing-masing. Ada yang memerlukan kehadiran ibu/ayah ketika mengulangkaji atau membuat kerja sekolah. Tapi sayang sekali, si ibu memberi alasan terlalu penat bekerja dan membiarkan saja anak buat kerja sekolah sendiri. Disebabkan ibu tak faham teknik mengajar yg sesuai... maka sesi pembelajaran menjadi suatu perkara yang sukar untuk anak.

Ada juga parent yang memberi impian terlalu rendah untuk anak-anak. Mereka cuma pesan pada anak .. 

" Aiman mesti buat kerja sekolah sampai siap..kalau tak pandai pun tak apa..tak dapat no 1 pun tak apa..yang penting buat kerja sekolah.."

Saya seperti mahu menangis bila mendengar pesanan begitu. Habis ? Buat apa datang buat sesi terapi ini ? Bukankah terapi ini namanya " Terapi Reiki untuk jadi Pelajar Cemerlang?"  

Berhati-hatilah agar tidak memberi arahan yang kurang tepat dan bercanggah dengan tujuan mereka ke sekolah. Jika anda kurang berjaya di sekolah dahulu, usah duplicate pada kehidupan anak. Potensi mereka barangkali jauh lebih besar jika anda kembangkan dengan baik.

Berkenaan aduan anak berumur 5-7 tahun yang terlalu suka main PSP, Tab, Angry Bird dan macam-macam lagi..Saya melihat hal ini hanya berlaku dalam keluarga 'senang' beli barang. Ayah sibuk bekerja, ibu juga sibuk kerja sampai malam. Anak tinggal di nurseri. Waktu berkualiti bersama anak begitu singkat sekali. Bila anak semakin nakal, kurang hormat dan degil...ibubapa menjadi runsing dan membuang kerunsingan dengan membuat syarat pada anak " jika Aiman buat baik minggu ini...ibu hadiahkan ipad..." 

Lebih besar kerunsingan dan rasa bersalah, lagi mahal barang yang bakal dibeli. Saya melihat sendiri hal ini depan mata. Datang untuk sesi rawatan, si ibu mengadu kerunsingannya.. si anak sibuk duduk disebelah tapi sibuk main game di gadget. Kerana mahu menutup mulut anak, ibu sumbat saja dengan besi canggih. Anak yang kecil harus didedahkan dengan IMPIAN yang besar. Supaya mereka jadi dewasa, lebih menghormati dan pandai bawa diri.

Saya lihat jika lebih banyak ibu mendidik, lebih banyak bapa mengambil berat, kelakuan anak jadi matang walaupun mereka baru 4 -5 tahun sahaja ! 
 




Jumpa lagi...


Reiki For Student : Tebus rasa bersalah dengan gadget

|
 #1
Ibu bekerjaya yang terlalu sibuk hingga kurang waktu utk anak-anak..akhirnya mencetus rasa bersalah dalam diri bila anak nakal, tak dengar kata dan malas belajar. Akhirnya, menebus rasa bersalah dengan membuat syarat pada anak.. " jika aiman buat baik minggu ni..ibu kasi tab"...
Lebih besar rasa bersalah...lagi mahal barang yang bakal dibeli.sedangkan si anak cuma mahu waktu berkualiti yg penuh kasih syg dgn ibunya. and its Free.! think about it.
 
#2 
Secara fitrah anak mahukan kasih sayang dari ibu. Tapi disebabkan ibu menyalurkan "kasih syg" melalui gadget.. maka anak pun menerima dengan hati gembira. Mereka sangka itulah Kasih Sayang ibu. Lalu, waktu dihabiskan untuk bermain game yang ada sehingga terabai pelajaran dan menangguh solat. 
Ibu semakin pening. Lalu menuduh anak degil dan kuat main. Soalnya, siapa yang menyediakan gadget tersebut ?  Masalah belum juga selesai.


Pengalaman Reiki

|
Dulu masa mula-mula belajar Reiki... banyak fokus dengan ilmu, menghafal prinsip, mengaplikasi prinsip,.. belajar teknik dll... MasterG cakap...'belasah' je.. yang penting buat. Energi Reiki tu bijak.. boleh pergi sendiri kat tempat yg sakit tu. Masa tu, saya masih belum pandai..jadi buat-buat pandai... cedok ilmu sana sini... dan terus apply tanpa jemu. 

Student Vision Board


Makin kerap kita buat healing, makin banyak ilham yang dapat masa merawat.Sambil buat, sambil belajar. Kalau ada penyakit yang tak sure...terus rujuk buku / google utk memudahkan healing. Bila perawat faham sistem tubuh, akan lebih mudah energi penyembuhan tu sampai pada pesakit. Bertahun-tahun praktis reiki, akhirnya saya jumpa kelebihan diri. Apa yang betul-betul kita mahir, dan jenis sakit yg macamana kita lebih suka rawat/handle. Sepanjang tempoh itu...jangan sesekali rasa hebat. Setiap kali sesi, sentiasa ingat bahawa "saya cuma tukang, Allah saja yang dapat menyembuhkan". Konsep usaha, ikhlas dan tawakal sangat digunapakai dlm rawatan Reiki ini. 

Antara perkara penting dalam Reiki ialah.. Menjaga Rahsia Pesakit. Jangan cerita dan kecoh-kecoh kelemahan pesakit. Jika ada sesi sharing, harus bijak menapis ayat dan kongsi pengalaman dengan orang yang betul shj. Saya selalu rujuk dengan Dr Hazil setiap kali selepas buat rawatan untuk check semula teknik dan apa yang kurang..Kemudian, saya touch up semula supaya pesakit dapat penyembuhan yang optimum. 

Hari ini, saya masih belajar dan belajar merawat diri dan merawat org lain. Ilham Allah beri bila-bila masa...ujian juga Allah beri bila-bila masa. Jika third eye dah sharpen, saya harus belajar untuk 'menapis' info-info yang perlu sahaja kepada pesakit.. Ada benda boleh dicerita, ada benda cuma untuk diri sendiri saja. Saya masih belajar. Mohon petunjuk dari Allah dan dari kalian juga. Alhamdulillah, saya rasa seronok bila dengar berita baik dari client.. 

Saya suka bila client saya tak sakit lagi...kalau boleh biarlah betul-betul sihat... Ada waktu, Reiki menjadi pemudah cara penyembuhan. Pesakit akhirnya bertemu dengan rawatan yang paling serasi dengannya. 

 Wallahua'lam.


Master Fatimah 

Re-Attunement Reiki Level 2

|
Re-attune Reiki 1

Selepas sesi Retreat & Recharge pada bulan Mac yang lalu, saya me'nempel' di sebelah Master Hazil untuk seminit dua. Saya tadah kedua-dua tapak tangan kepada Master Hazil...seolah olah meminta energi 'baik punya' dari beliau.

Ima : Master, nak hadiah. ( sambil menadah tangan )
Master : Hadiah apa ?
Ima : Hadiah birthday Hijrah esok. ;) ( sambil buat muka nakal..he he )

Master Hazil memang pemurah & tak pernah menghampakan anak muridnya. Beliau 'beam' energi pada tapak tangan. Selepas itu katanya " lepas ni balik buat attunement semula. Mula dengan Reiki Level 1 hingga Level Master"

Saya angguk. " Okay...! Terima kasih Master"

Hampir 2 minggu selepas itu baru saya lakukan Attunement kepada diri sendiri. Untuk pengetahuan, hanya mereka yang berlevel Master sahaja yang boleh buat attunement kepada diri sendiri. Attunement Reiki bertujuan melaraskan energi pada chakra dan mengijazahkan Reiki kepada penerima ( setelah selesai belajar Reiki )

-----------------------------------------------------------------------------

Dan Healing Crisis pun bermula. Walaupun sudah dekat 7 tahun menjadi pengamal Reiki, tetap mengalami healing crisis...Sebab ada juga isu-isu yang masih melekat dan tak settle.

-----------------------------------------------------------------------------

Reattunement Reiki Level 2

Pada 05-05-2012, belakulah peristiwa 555. Haaa... Ada Retreat & Recharge lagi. Pada siang (Sabtu) ada kelas Reiki Level 1 di IQBC. Seronok bukan main saya bila berpeluang untuk buat attunement dengan Master Hazil sekali lagi.

Kebetulan ada peristiwa Supermoon ( bulan purnama lebih besar dari biasa )...Oh..kalau mahu tahu apa yg canggih tentang 5-5-5,sila baca info hebat ini.

Ramai yang menghadiri kelas Reiki Level 1 hari itu. Ada juga student yang repeat class. Sebenarnya sudah lama juga saya tidak ke IQBC dan melihat sesi kelas berjalan. Bila saya masuk, dapat rasakan Energi Reiki di seluruh kelas. Sangat positif. Inilah satu-satunya tempat yang penuh dengan energi yang sungguh positif. Sudah pastilah kerana bilik itu adalah tempat ilmu reiki diajar dengan ikhlas kepada pelajar. Segala dinding,kerusi,meja,tingkap,meja, kristal,kayu telah merakam ilmu-ilmu, pengalaman, soal jawab Reiki. Wow.

( sebab tu lah belajar Reiki di IQBC tak sama dengan belajar reiki di hotel ... )
 Eh, sebenarnya saya tidak mahu bercerita tentang itu. alamak..melalut sudah...

Barangkali kerana pengalaman saya yang sudah semakin tua, dan saya juga semakin tua, maka saya melihat sesi attunement kali ini amat berbeza. Barangkali kerana hari itu sendiri istimewa, atau saya yang istimewa. He he.

Sesi meditasi kali ini agak panjang, kerana perlu menunggu giliran. Ketika meditasi, saya dapat melihat dan merasa pelbagai perkara positif dan mendapat idea yang baru ! Perasaan saya sungguh tenang & gembira dengan diri sendiri.

Setelah tiba giliran saya...Master Hazil mendekati aura tubuh saya dengan langkah yang sungguh tenang dan 'bersih'. Master Hazil ' menukang' aura & chakra saya untuk attunement Reiki Level 2. Kemudian aktivasi palm chakra. Oh,,saya rasa mahu melompat kegembiraan.

Bila selesai, saya masih meneruskan meditasi hingga saya rasa cukup. Saya buka mata dan melihat Master Hazil menukang ( attune) rakan yang lain pula. Saya buka Third Eye untuk melihat.

Yang saya perhatikan :-
  • Master Hazil attune pelajar dengan sungguh teliti. Personalized. Setiap orang ada teknik yang berbeza bergantung pada energi masing-masing.
  • Ada energi yang turun itu sifatnya laju dan tajam.
  • Ada energi yang dikeliling tubuh pelajar itu suam-suam, sederhana dan tak memerlukan banyak 'kerja'.
  • Ada energi yang bersifat unik. Tukangannya seperti mengukir kayu. Halus dan berseni.
  • Setiap orang yang menerima attunement itu, mendapat bahagian yang mereka perlukan. Energi positf itu bijak mencari punca permasalahan dan heal pada tempat tersebut.
 Istimewa sekali pengalaman hari itu.


----------------------------------------------------------------------------------------------
Aura Photo :

Cepat-cepat saya ke bilik konsultasi Aura untuk Aura Viewing bersama Master Ismi.
Saya yakin, aura saya semakin cantik. Kebelakangan ini, saya telah melakukan beberapa ' pantang'  kepada diri saya..jadi saya mahu melihat apakah kesannya pada aura.

Saya juga membuat koleksi Aura Photo - Selepas Attunement, bagaimana rupa aura saya ?

Dan, hasilnya sungguh menakjubkan. Saya sangat gembira kerana setelah bertahun-tahun belajar Reiki, mengamal setiap hari...akhirnya Aura Saya cantik juga.Yang penting, kesemua energi chakra melepasi 'tahap normall'. Yahhooo..success...


Terima Kasih Master Hazil... Pengalaman ini sungguh bererti & penuh hikmah.

Seronoknya.


p/s : Sesiapa yang pernah belajar Reiki (tapi bukan dengan Master Hazil ), tapi tak rasa hebat tentang Reiki....itu kerana anda belajar dengan guru yang salah.

Belum terlambat untuk belajar dengan Master Hazil. Call 03-58804349 untuk info kelas.

Reiki for Tumor

|
Not very sure either i can share this story or not to public... { reiki master,cepat tegur;) }. Few months ago...seorang Ibu hubungi Ima..bertanyakan harga harga Ultrasonic Bubble Bath..sebab anak perempuan dia (6thn) ada tumor & sawan. 
Saya ajak dia bawa anaknya datang ke kedai saya. 

Sesi pertama,saya mendengar medical background N..kena sawan sejak kecil,dan bila diperiksa baru tahu ada tumor. Kata saya pada ibu&ayahnya ," InsyaAllah kak, kita cuba...dengan bubble bath & reiki..mudah-mudahan ada perubahan."

Setelah bawa Nbubble bath with Lavendar & Rosemary Oil...saya teruskan dengan rawatan Reiki. Dalam fikiran saya, ia cumalah penyakit fizikal iaitu tumor & sawan sahaja.

Semasa dalam proses healing Reiki 30 minit, saya melihat ada sesuatu yang bukan sekadar sakit fizikal. Ianya lebih dari itu. Base Chakra sangat tidak stabil. Terasa sangat panas,dan saya 'sense' negative energy. ( Benteng pertahanan diri diperkukuh - recheck HuiYin Point,lebih grounding & buka chanel third eye lebih luas ).

Ada sesuatu yang tak kena.
Ia bukan sekadar tumor.
Ia bukan sekadar sawan biasa.

Sesuatu telah berlaku pada si comel Nabila sejak di alam rahim..... sesuatu yang luar biasa.... rahim N luar biasa.... ada yang tidak kena pada Tiub Fallopionya.....

apa yang berlaku ? Nabila cuma budak 6 tahun ? Belum tiba usia gadis.....


Should i continue...? ;)

Refleksologi Reiki - lebih cepat berkesan.

|
Syukur kerana diberi peluang untuk belajar Reiki diusia muda. Baru lepas urut refleksologi Reiki kat kaki mak.. Sebab selalu ular-ular, dan tak boleh pijak lantai sebab terlalu sakit. Selepas 1 jam rawatan, mak cakap dah tak sakit dan boleh jalan lagi jauh... Alhamdulillah..


Allah created our body so well. He made us walk so that we will always be pressing these pressure points and thus keeping these organs activated all times - Prof Ique

Reiki bantu merungkai blockage panas | sejuk

|
Baru-baru ini saya ada seorang client Reiki. Dilihat seperti sihat dan bertenaga kerana masih muda. Mengalami masalah personaliti - begitulah tanggapan mudah.

Saya cuma bertindak sebagai pengalir tenaga Ilahi kepada sistem bio energinya. Mudah-mudahan, bila tenaga chakra stabil dia pasti akan menjadi yang sepatutnya dia jadi. Ya lah, jika dia berpersonaliti kuning - dan tidak berperangai seperti kuning, pastilah ada masalah.

Client saya masih muda bertenaga, cantik sekali. Masalahnya, terlalu aktif dengan kawan-kawan sehingga tidak pulang ke rumah, bergaul bebas, mudah naik marah, mulut berbisa dll. Ibunya sungguh risau. Dan dari kerisauan dan kasih kepada anak, ibunya mengajak untuk melakukan Reiki dengan saya.

Alhamdulillah, sesi selama hampir 45 minit berlangsung. Sepanjang rawatan, saya dapati chakra solar plexus, sacral dan base sangat aktif dan panas. Sedangkan heart chakra, throat dan crown pula menyejuk seperti 'kipas' chakranya tidak berjalan lancar. Ternyata, apabila diperhati - ada blockage di antara solar plexus menuju ke heart chakra.

Keseronokan yang dicari-cari di luar fikirnya mampu memberikan kebahagiaan. Sedangkan makna kebahagiaan itu jauh lebih halus dan unik. Ia hadir di hati. Kegembiraan / rakan-rakan / clubbing / dunia fesyen yang dikejar tidak dapat memenuhi keperluan hatinya yang mendambakan kasih sayang. Kerana ada blockage.

Energi dari bawah tak dapat naik ke atas. Mengganggu kundalini. Tak ada proper flow. Tak ada keseimbangan. Warna terlalu panas hingga jadi mudah melenting. Saya cuba sedaya upaya untuk menstabilkan energi yang terlalu panas itu. Untuk pertama kali sesi, saya dapati kundalininya terlalu lemah. Tidak cukup untuk mengubah personaliti. Perlu ada sesi kedua dan seterusnya.

Seminggu selepas rawatan, ibunya ada memberitahu bahawa anaknya sudah mulai cool. Tak cepat melenting. Itu pun sudah cukup lega. Sekurang-kurangnya tidaklah menyakitkan hati ibu dek mulut yang laser.

Sambil mengingatkan diri saya, mengubah diri seseorang bukan kerja saya. Tapi ia hanya akan berlaku dengan keinginan pesakit itu sendiri secara semulajadi.Saya cuma menjadi tukang untuk membuka pintu blockage dan keresahan dijiwanya. Mudah-mudahan, dengan energi yang postif, doa ibu, maka si anak akan menjadi insan yang lebih baik hari demi hari. Ia pasti memerlukan masa.

Retreat&Recharge Maal Hijrah 1433 : Upload Wishlist & Rubbish List

|

Tarikh : 26/11/2011
@ 1 Muharram 1433

Tempat : "Sekolah Reiki Malaysia " ( IQBC,Shah Alam )

Kami berkumpul menghayati & mensyukuri - semua anggota tubuh yang masih ada, masih dipinjamkan Allah. Mengimbau detik Hijrah Rasulullah s.a.w, mengambil iktibar dan 
sama-sama MENGAMBIL LANGKAH untuk HIJRAH DIRI
Mudah-mudahan menjadi Muslim yang lebih baik
Wish list disenarai - sebagai landasan Perancangan untuk Tahun Baru
Rubbish List disenarai- sebagai pengingat jangan lalai !
Mudah-mudahan impian kami dengan usaha,doa dan tawakal - semuanya menjadi kenyataan.

Terima Kasih Dr Mir Hazilyang sentiasa mengingat-ingat bahawa kami adalah mutiara bernilai yang perlu digilap dengan TEKUN dan SABAR ! Semoga rezeki IQBC melimpah ruah !

12 tahun power spek tak naik ! Alhamdulillah

|
Ni kisah benar yang saya nak share sejak dulu-dulu-dulu lagi. Alhamdulillah, hari ni baru ada kesempatan & kekuatan untuk menulis.



Saya mula pakai cermin mata sejak umur 15 tahun lagi. Power kanta kiri 150, kanta kanan 150 juga. Dipendekkan cerita, saya sudah menggunakan cermin mata & contact lens hampir 12 tahun ! Tapi, power mata saya tak naik pun. Syukur Alhamdulillah. Harap-harap tak naiklah selepas ni.

Apa yang saya buat ? Selain dari makan sayur & buah - saya mula belajar Reiki pada usia 21 tahun. Jadi saya Reiki  mata saya setiap hari. Memanglah niat reiki mata tu untuk pulihkan rabun... sampai hari ni pun belum lagi berjaya. Tapi, tak naik power tu kira cukup baik dah. Betul tak ?

Chakra-chakra yang berkaitan mata ialah Third Eye Chakra dan Solar Plexus. Banyakkan memandang warna hijau untuk kesegaran mata. Tekapkan air / kain lembab (biru) di atas mata untuk kurangkan stress.

Banyakkan senaman pusing-pusing anak mata.

Saya juga buat distant healing ketika usia saya 15 tahun, ketika mata saya sudah mulai rabun. Penting untuk buang trauma. ( Walaupun kita tak perasan akan kehadiran trauma itu ).










InsyaAllah, kesihatan mata anda terjaga. :)


Saya juga pernah menulis tentang Reiki Mata  disini

Retreat & Recharge Maal Hijrah 1433 /2012

|
Betul kata Master Mir Hazil Azran Ramli, "dari kecik sampai sekarang ni...Lagu Maal Hijrah yang itu aje laaaa.". tak ada lagu baru. Sok-sok sampai beruban pun lagu tu jugak laa.... berdekad-dekad.eeeemmm..


Semalam, saya ke R&R di IQBC, Shah Alam. Tahun lepas tak dapat pergi. Tahun ni, Alhamdulillah ada rejeki :) Memang dah jadi tradisi bertahun-tahun sejak saya belajar Reiki dengan IQBC / Guru Dr Hazil , menyenaraikan 3 impian besar setiap Tahun Baru menjadi kemestian.

Lepas tu, impian kecil-kecil pun tulis juga. Impian tu termasuklah benda-benda yang kita nak. Letak je lah nak pinggan mangkuk Correlle ke, kereta BMW ke, bini 4 ke ... he he he..lepastu bila dah letak wishlist, apa lagi? Jadikanlah impian itu kenyataan ! Takkan lah benda tu nak datang bergolek-golek kan ?

Istimewanya R&R kali ni ialah ianya sempena Maal Hijrah. Kalendar Islam - Hijrah. Korang ada kesah ? Birthday korang berapa Hijrah ? Tahu ? Yang ramai orang tahu tu kalendar Masihi. Come On. Kalau orang Islam- kena lah tahu tarikh lahir Hijrah jugak. Baru best ! Baru syiok sambut birhtday 2X setahun. 2X kek harijadi,... errr..tapi bukan 2X Umur tau ! Ha ha.

Kalau nak tahu tarikh lahir Hijrah - sila google " Hijrah Converter"

Okay, berbalik pada program malam tadi, kami diminta untuk menyenaraikan 3 wishlist & 3 rubbish list untuk 1433. Ha.. lepas tu, energize / reiki wishlist / rubbish list tu ramai-ramai...

Ini sebenarnya dilihat seperti perancangan awal untuk tahun baru 1433. Apa yang kita nak capai, perangai apa kita nak buang, apa yang nak kita miliki - semuanya ditulis . Kemudian, doalah. Kawan-kawan yang well-attuned ( sebab kebanyakan yang datang memang pelajar Reiki ) akan sama-sama mendoakan agar impian kita menjadi kenyataan. Dan kita pun mendoakan mereka juga. Simple je !

Sempena Hijrah Rasulullah - kita pun kenalah hijrahkan diri. Jadi muslim yang lebih baik. Nak jadi lebih baik, nak jadi lebih hebat - kena KELUAR DARI ZON SELESA.

So, kenal pasti zon selesa anda.. kemudian, sila keluar ! :)
Tak jumpa pintu keluar ?

Sila hubungi Master-master Reiki untuk cari penyelesaian. Okay !

Semoga Sukses 1433H. Amin.

Resq56 is amazing !

|
Pernah suatu masa,hidup ini teruji sangat-sangat. Semua benda jadi tak betul. Kerja di ofis tak menentu, hubungan dengan keluarga pun teruk, hubungan cinta pun tergugat, berat badan bertambah, duit asyik tak cukup, rambut gugur teruk. Semua yang buruk-buruk terjadi serentak ! Sudah jatuh ditimpa tangga ditimpa lif, bangunan pulak runtuh atas kepala sendiri. Macam tulah rasanya.

Stress. Siapa yang tak stress memang tak logik.
Ya, perkara begini memang akan berlaku sesekali dalam kitaran hidup. Ia seperti magnet jahat yang menarik-narik masalah masuk ke dalam hidup kita.. Jujur saya katakan,situasi ini kerap berlaku dalam hidup saya ! Bila berjaya melepasi 'waktu kritikal' itu, saya terfikir semula ' wooww..macamana saya boleh bertahan dan tak jadi gila?"

Ia seperti anugerah apabila semua masalah yang bertimbun-timbun itu hilang satu persatu. Okay, bukan hilang - tapi SELESAI.

Percayalah, sebeban mana pun tekanan yang diterima...anda pasti akan boleh 'handle'. Tu memang Allah dah sebut. Apapun, kena pastikan - adakah tekanan yang kita terima itu UJIAN ? atau BALA ? Beza tau !

Apapun ia - tekanan ini boleh dikurangkan dengan Reiki. Alhamdulillah. Saya jamin, masalah berkodi-kodi itu takkan mungkin selesai dengan 1 kali Reiki. Ia perlu diulang-ulang dan ulang. Saya juga amalkan Resq56 dan ResqHu yang Dr Hazil ajar.

Resq56 ni lebih halus ayatnya. Bila kita mengakui masalah dengan menyebut  " meskipun saya ( betul-betul tak boleh bersabar dengan masalah yg menimpa ini ) ...." .. WOW!! inilah pengakuan terhadap diri sendiri ! Jangan tipu diri sendiri kalau nak masalah selesai. Kita nak bersabar, tapi belum cukup betul2 ikhlas bersabar...sebab kalau kita bersabar, kita akan rasa MANISnya bersabar. Jadi, kita perlu sebut pula " saya redha, saya ikhlas, dan saya pasrah".

Selepas itu kita buang semua perasaan2 negatif yang ada berkepuk-kepuk dalam setiap sel tubuh badan dengan teknik Resq yang seterusnya. Bila dah buang, baru lah boleh INSTALL perasaan positif dan doa kita.

Bila dah terbeban sangat dgn ujian, mmg kadang-kadang tak terdaya langsung nak buat apa. Nak berubah buat benda besar-besar pun tak terdaya. Semuanya perlu kekuatan untuk melangkah. Come On ! Benda paling senang nak buat ialah Resq56 atau Resq Hu.

Sekurang-kurangnya saya tahu ada satu GERAK KERJA yang boleh saya katakan MINIMUM sangat untuk kita katakan itu IKHTIAR sebagai syarat untuk BERTAWAKAL pada Allah - agar masalah kita selesai, agar kelemahan kita boleh diperbaiki, agar tekanan ini berkurang.

Daripada duduk saja, termenung , menangis, meratap, dan terlalu fokus dgn masalah yang dihadapi, RESQ memberi peluang untuk saya BERTINDAK untuk mencari SOLUSI kepada masalah yang ada. Ia terlalu mudah untuk dibuat, dan dimana saja. Kalaupun rasa malu nak bergumam dan mengetuk depan orang ramai.... tutup mata - dan bayangkan gerak kerja Resq itu.

Senang. Mudah sangat.

Kalau tak tau apa yang nak di 'tapping'kan sebab isu terlalu banyak. Jangan risau.
Mulakan dengan " meskipun saya rasa sakit/ terbeban sangat dengan hidup saya..."...
kemudian akan terbit idea-idea untuk tap isu yang seterusnya. Percayalah.

Bila dah ada idea, itu tandanya otak kita dah lapang. Seperti ada satu cahaya blink blink di celah-celah otak yang terbeban itu. Wow.. Bersyukurlah ! Alhamdulillah. Bukan susah Allah nak kasi ilham, buat kerja sikiiiit je..insyaAllah...Dia akan tunjukkan jalan.

:) Sekian perkongsian kecil saya...

Reiki : Love Energy

|
Ada ketikanya, Reiki memberi saya 'ingatan' tentang Miracles. Tentang betapa indahnya energi penyembuhan yang kita kadang-kadang tak perasan akan kehadirannya.

Lama saya beralun rentak dalam Penyembuhan Reiki ini, sehingga ia menjadi perkara biasa-biasa saja. Saya tidak 'alert' untuk melihat keajaibannya. Bila sakit, terus saja gosokkan tangan dan letak di tempat yang sakit. Bila muram, letakkan saja tangan di dada dan baca Al-Fatihah. Tak terfikir langsung begini " aku sedang Reiki, dan sekejap lagi mesti baik..sebab aku dah Reiki". Tidak. Hanya Allah jualah yang menyembuhkan. Bagaimana cara, saya serahkan saja kepadanya.

Sesuatu luka akan cepat sembuh jika saya Reiki dengan kasih sayang. Yang lahir dari hati. Yang tak dibuat-buat. Baru-baru ini, saya Reiki kawan saya, lengannya terluka agak dalam tercedera pada 3 hari sebelum saya jumpa. Lalu saya Reiki macam biasa dan 'menjahit' lukanya supaya cepat sembuh.

Alhamdulillah, keesokan hari - luka tersebut seperti 'terjahit' ,tertutup rapat dan kering. Saya sendiri 'terkagum' dengan energi penyembuhan Reiki. Syukur Alhamdulillah.. Allah jua yang menyembuhkan.

Dia kata pada saya " What u did to me ( healing ) was simply amazing. Saya ada luka di lutut 2 minggu lepas, tak teruk macam di lengan, tapi sampai hari ni belum baik-baik. Tapi luka kat lengan ni dah baik.Ia sembuh dengan sangat cepat ! "

Saya tersenyum dan bersyukur , Allah jua yang menyembuhkan.

Saya sudah agak lama tidak 'miracle' seperti ini. Bila ia berlaku, saya rasa bersyukur kerana dipertemukan dengan ilmu penyembuhan ini. Saya terkenang kembali bagaimana 'rasa' saya ketika Reiki lengannya hari itu.. Ya ! " Energi Kasih Sayang" mengalir dengan sangat tulus sepanjang saya 'mengulit' lengannya yang luka.

Reiki for Health : Demam

|
1. Chakra Utama - Base , Heart , Crown
2. Cleansing
3. Energizing
4. Bim energi pada 7 lapisan aura
5. Redha dan Tawakal


Ulang byk kali bada chakra di atas, disamping teruskan energize pada semua chakra2 yang lain.

Find your Guru..

|
5 tahun lepas, apabila saya baca buku-buku Reiki, perkara asas yang mula-mula ditulis dalam buku Reiki ialah berkenaan 'mencari guru'. Saya tidak faham kenapa begitu? Bukankah Reiki ini sudah ada silibusnya? Kenapa perlu mencari guru ?

Saya terus belajar...dan belajar Reiki..nah..dari pengalaman itu saya baru tahu pentingnya ada hubungan baik antara guru dan student. Apabila anda mula mengaplikasi Reiki dalam kehidupan harian, akan ada banyak soalan-soalan akan timbul difikiran. Ketika itu, hati tak sabar mahu jawapan. Jika tiada guru yang ingin membimbing, pasti persoalan itu tergantung dan kita akan tercari-cari hingga mungkin tersalah jalan.

Aduh.. sedih sekali jika berlaku begitu.

Reiki ini ada banyak sekali cabang-cabangnya.. Namun, Reiki yang paling ORIGINAL ialah USUI REIKI. Jika anda faham Usui Reiki, saya percaya..untuk memahami reiki-reiki yang lain mudah saja. Apa pun, jika anda masih belum belajar Usui Reiki, tapi sudah belajar Reiki2 yang lain.. saya ucapkan TAHNIAH. Tapi BERHATI-HATILAH menyusur jalan..

Sebaiknya BERHUBUNGLAH selalu dengan GURU yang beri attunement jarak jauh tu. Bukan hanya melalui EMEL, tapi BERJUMPALAH dengan GURU anda itu..Baru lebih berkat ilmunya. Dari perjumpaan, anda akan dapat lihat matanya, mulutnya, hatinya...adakah SEINDAH ILMU REIKI @ hanya sekadar INDAH RM.

Alhamdulillah..
saya berjumpa dengan Dr Mir Hazil Azran, beliau guru yang sangat saya senangi. Membimbing saya tanpa jemu malah keikhlasannya sering buat saya terharu. Saya selalu dapat LEBIH dari yang saya MAHU.

Kerana yang diberi bukan sekadar ILMU, tetapi juga NUR ILMU.


Terima Kasih Allah..