Showing posts with label Metaphysic Crystal Ball. Show all posts
Showing posts with label Metaphysic Crystal Ball. Show all posts

things i wanted the most...

|
Menjeruk jauh dalam hati, diam-diam perit sendiri. Padan muka tak mau reiki hari-hari siapa suruh. To do list dah terbang ke mana arah sebab tak payah tulis pun dah sarat dengan kerja lepas satu, satu tak habis-habis.

Apatah lagi wish list, apa yang di mahukan pun tak jelas. Macamana nak dapat yang elok-elok ?

Sekarang jomlah listkan..

- saya mahu tenang fikiran & emosi
- saya mahu suami memahami
- saya mahu jadi isteri memahami
- saya mahu suami isteri sehati satu impian
- saya mahu mata abah pulih
- saya mahu beban mak berkurang
- saya mahu lebih solehah
- saya mahu langsai hutang
- saya mahu bebas
- saya mahu kaya & bijaksana
- saya mahu solat tahajud setiap malam
- saya mahu ganti puasa
- saya mahu sihat seperti 17 tahun
- saya mahu matang dan berjaya
- saya mahu banyak sedekah
- saya mahu berakhlak baik
- saya mahu rajin reiki
- saya mahu ubati orang sakit
- saya mahu berbakti sebanyak-banyaknya
- saya mahu bahagia dan ceria
- saya mahu kurus berbadan cantik
- saya mahu memiliki wajah yang manis
- saya mahu memiliki perniagaan yang berkembang pesat
- saya mahu memiliki keluarga yg mengamalkan islamic lifestyle


Masukkan semua Wishlist di atas ke dalam metaphysic ball.........

energize... reiki...

upload .

imagine saya dapat semuanya.

Amin !


30 -09-2015

p/s : malam tadi saya mandi S7 Ramadhan + Garam + ( bunga tak jumpa ) , pukul 12.30 malam sempena Supermoon malam sebelumnya.

Reiki buang kenangan buruk dan melupakan sesuatu

|
Ada kenangan manis atau pahit dengan seseorang yang merantai kita dari terus mara. Selalunya Self Healing dapat membantu dengan cara cleansing dan energizing pada setiap chakra. Di samping memasukkan warna-warna seperti biru, hijau dan keemasan pada aura.

Hari ini saya dapati kaedah itu tak lagi sesuai dengan kondisi saya sekarang. Ia perlu usaha yang lebih terperinci. Jadi saya lakukan distant healing pada diri sendiri, bermaksud saya tidak melakukan hands on pada tubuh, tapi sebaliknya pada objek lain menggantikan diri saya.

Reiki level 2 dan ke atas boleh lakukan teknik ini.

Caranya, saya cipta satu metaphysic crystal ball di tangan kiri. Bola kristal ini saya programkan untuk menyerap semua energi negatif, perasaan, trauma, kenangan malah apa sahaja yang tidak baik pada diri saya .  Bola ini seperti span yang mempunyai daya serapan tinggi.

Kemudian saya lakukan 'psychic surgery' untuk mengorek semua perkara negatif yang ingin saya buang dari diri saya pada setiap chakra. Dimulakan dengan chakra crown hingga ke base satu persatu. Tindakannya seperti mengorek benda hitam yang tersumbat pada chakra dan pindahkan secara hati-hati ke dalam bola kristal. Jangan lupa agar setkan juga energi itu tidak 'balik' semula pada chakra setelah dipindahkan pada kristal.

Apabila 7 chakra telah selesai, lakukan sekali lagi pada kundalini dengan gerakan tangan dari crown turun ke base, dan naik semula dari base ke crown beberapa kali...kemudian pindahkan energi 'buruk' yang masih tertinggal pada bola kristal di tangan kiri.

Akhir sekali lakukan 'sapuan' pada aura dengan niat membersihkan segala yang masih tertinggal dan pindahkan juga pada bola.

Lock bola kristal supaya energi yg diserap kekal dan tak bocor. Sekarang masa untuk beam positive energi pada chakra dan aura. Ini amat penting untuk sebagai mengakhiri proses Reiki pada diri.

Metaphysic crystal ball itu tidak boleh dibiarkan. Disebabkan ia mengandungi perkara yang saya ingin lupakan selama-lamanya, maka saya send bola tersebut ke Matahari. Supaya ia hangus dan debu-debunya bertukar menjadi cahaya yang menerangi dan menjadi tenaga positif untuk alam.

Ini cuma teknik yang saya baru 'dapat' untuk diri saya. Ada benda harus dibuang terus kerana ia menjadi penghalang untuk saya teruskan perjalanan hidup.

InsyaAllah, akan lakukan berkali-kali supaya ia menjadi.
Jgn lupa, mulakan dengan Bismillah, akhiri sesi dengan Alhamdulillah, dan tawakal agar Allah bantu permudahkan urusan ini.

yeaay ! dapat gi NRS

|


ni energy yg saya hantar untuk pergi nur reiki salam 2009 :

--> Nur Reiki Salam


esok, 7-05-09, insyaAllah, saya akan bertolak ke NRS. berkesan jugak money energy hari tu. :)

ini info menarik, kenapa saya beruntung dapatjoin kelas NRS tahun ini.

nak pergi nur reiki salam.

|
saya nak pergi nur reiki salam, langkawi..
nak sangat.
nak sangat.
nak sangat..

send metaphysics ball.. ( saya berada di langkawi )
money energy..money energy..
oooh..

Metaphysic Crystal Ball for Year 2009

|
Petang ni ada Majlis Baca Yasin di office. Tujuan saya buat majlis ni sebenarnya nak memakmurkan ofis dan mohon cahaya dariNya.

Selalunya orang letakkan air utk dijadikan air yasin. Ya ! Lepas ni akan saya buat. Apa pun, saya sudah siap sedia dengan Metaphysic Crystal Ball utk di programkan dengan bacaan Yasin sekejap lagi. Dalam Metaphysic Ball tu, telah saya letakkan doa/ harapan di bawah. Ini teknik yg diajar dalam Kelas Reiki.


Doa :
1. Cleansing & reenergized office
2. Mengeratkan ukhwah setiap org yg datang ofis
3. Bisnes terus maju & diberkati
4. Diberi petunjuk dalam segala hal
5. Kesihatan yg baik dan bertambah baik


Mudah-mudahan, majlis ini akan diberkati Allah dan bertemu dengan keajaiban yang tersendiri. Saya benar-benar berharap Tahun 2009, akan merealisasikan impian warga Realelite Group ( Saya, Realelite, dan AladdinFX ).

Amin.