Showing posts with label Cleansing. Show all posts
Showing posts with label Cleansing. Show all posts

Reiki buang kenangan buruk dan melupakan sesuatu

|
Ada kenangan manis atau pahit dengan seseorang yang merantai kita dari terus mara. Selalunya Self Healing dapat membantu dengan cara cleansing dan energizing pada setiap chakra. Di samping memasukkan warna-warna seperti biru, hijau dan keemasan pada aura.

Hari ini saya dapati kaedah itu tak lagi sesuai dengan kondisi saya sekarang. Ia perlu usaha yang lebih terperinci. Jadi saya lakukan distant healing pada diri sendiri, bermaksud saya tidak melakukan hands on pada tubuh, tapi sebaliknya pada objek lain menggantikan diri saya.

Reiki level 2 dan ke atas boleh lakukan teknik ini.

Caranya, saya cipta satu metaphysic crystal ball di tangan kiri. Bola kristal ini saya programkan untuk menyerap semua energi negatif, perasaan, trauma, kenangan malah apa sahaja yang tidak baik pada diri saya .  Bola ini seperti span yang mempunyai daya serapan tinggi.

Kemudian saya lakukan 'psychic surgery' untuk mengorek semua perkara negatif yang ingin saya buang dari diri saya pada setiap chakra. Dimulakan dengan chakra crown hingga ke base satu persatu. Tindakannya seperti mengorek benda hitam yang tersumbat pada chakra dan pindahkan secara hati-hati ke dalam bola kristal. Jangan lupa agar setkan juga energi itu tidak 'balik' semula pada chakra setelah dipindahkan pada kristal.

Apabila 7 chakra telah selesai, lakukan sekali lagi pada kundalini dengan gerakan tangan dari crown turun ke base, dan naik semula dari base ke crown beberapa kali...kemudian pindahkan energi 'buruk' yang masih tertinggal pada bola kristal di tangan kiri.

Akhir sekali lakukan 'sapuan' pada aura dengan niat membersihkan segala yang masih tertinggal dan pindahkan juga pada bola.

Lock bola kristal supaya energi yg diserap kekal dan tak bocor. Sekarang masa untuk beam positive energi pada chakra dan aura. Ini amat penting untuk sebagai mengakhiri proses Reiki pada diri.

Metaphysic crystal ball itu tidak boleh dibiarkan. Disebabkan ia mengandungi perkara yang saya ingin lupakan selama-lamanya, maka saya send bola tersebut ke Matahari. Supaya ia hangus dan debu-debunya bertukar menjadi cahaya yang menerangi dan menjadi tenaga positif untuk alam.

Ini cuma teknik yang saya baru 'dapat' untuk diri saya. Ada benda harus dibuang terus kerana ia menjadi penghalang untuk saya teruskan perjalanan hidup.

InsyaAllah, akan lakukan berkali-kali supaya ia menjadi.
Jgn lupa, mulakan dengan Bismillah, akhiri sesi dengan Alhamdulillah, dan tawakal agar Allah bantu permudahkan urusan ini.

Reprogram Crystal Ball

|
.
.
Tadi, saya reprogram Crystal Ball saya.

Step 1 : Letakkan crystal dibawah air paip mengalir selama 15 minit (sbnrnya 5minit pun cukup, saya terlupa nak tutup paip, tu yg jadi 15 minit. haha )

Step 2 : Biarkan ia kering
Step 3 : Letakkan di dalam singing bowl & uuuuuuuu..... ( bunyi singing bowl .. hehe )
Step 4 : Masukkan program " Money Energy" ke dalam crystal ball
Step 5 : Gantung berdekatan dengan produk-produk di kaunter

Done !

Cleansing Office

|
.
Malam tadi, saya buat cleansing offfice. Mula-mula ukur aura pakai Dowson Rod pada setiap bilik & ruang.

Sebagai indikator, 1 - 5. 1= Aura Paling Kecil, 5 = Aura Terbaik (Besar)

Bilik saya : 3. Nyaris-nyaris masuk zon aura kecik. Camana ni ? Bilik Master boleh aura kecik ? ish ish..

Kaunter jualan : 3.5
Spa : 4
Ruang Forex : 3
Bilik Mak & Abah : 3
Bilik treatment & solat : 3
Bilik solat lelaki : 4

Ok, lepas ukur semua tempat, saya buat cleansing. Simple cleansing, tak berapa nak detail sangat la.. Cuma nak buang negatif energy, pastu recharge energy. Masukkan Reiki Master Symbol & Power Symbol. Ambil masa dalam 20 minit.

Selesai. Ukur semula.

Semua bilik : 4.5
Kecuali bilik saya : 4. Susah sebenarnya nak cleansing & energize bilik saya ni. Mungkin sebab bilik saya sumber segala wayar, komputer, mesin fax dan kabel telefon. Jenuh aih..

Saya berharap, lepas buat cleansing ni, sale saya meningkat esoknya.

-----------------------
Hari ni, jam dah pukul 10.58am. Sorang customer pun tak masuk lagi. Call in ada 1 je. Baru saya teringat, dulu masa saya buat cleansing pun, next day mesti jadi sunyi sepi macam ni. huhu..

Mana sales ni ? Aku redha, ikhlas dan pasrah.