Showing posts with label Aura. Show all posts
Showing posts with label Aura. Show all posts

Re-Attunement Reiki Level 2

|
Re-attune Reiki 1

Selepas sesi Retreat & Recharge pada bulan Mac yang lalu, saya me'nempel' di sebelah Master Hazil untuk seminit dua. Saya tadah kedua-dua tapak tangan kepada Master Hazil...seolah olah meminta energi 'baik punya' dari beliau.

Ima : Master, nak hadiah. ( sambil menadah tangan )
Master : Hadiah apa ?
Ima : Hadiah birthday Hijrah esok. ;) ( sambil buat muka nakal..he he )

Master Hazil memang pemurah & tak pernah menghampakan anak muridnya. Beliau 'beam' energi pada tapak tangan. Selepas itu katanya " lepas ni balik buat attunement semula. Mula dengan Reiki Level 1 hingga Level Master"

Saya angguk. " Okay...! Terima kasih Master"

Hampir 2 minggu selepas itu baru saya lakukan Attunement kepada diri sendiri. Untuk pengetahuan, hanya mereka yang berlevel Master sahaja yang boleh buat attunement kepada diri sendiri. Attunement Reiki bertujuan melaraskan energi pada chakra dan mengijazahkan Reiki kepada penerima ( setelah selesai belajar Reiki )

-----------------------------------------------------------------------------

Dan Healing Crisis pun bermula. Walaupun sudah dekat 7 tahun menjadi pengamal Reiki, tetap mengalami healing crisis...Sebab ada juga isu-isu yang masih melekat dan tak settle.

-----------------------------------------------------------------------------

Reattunement Reiki Level 2

Pada 05-05-2012, belakulah peristiwa 555. Haaa... Ada Retreat & Recharge lagi. Pada siang (Sabtu) ada kelas Reiki Level 1 di IQBC. Seronok bukan main saya bila berpeluang untuk buat attunement dengan Master Hazil sekali lagi.

Kebetulan ada peristiwa Supermoon ( bulan purnama lebih besar dari biasa )...Oh..kalau mahu tahu apa yg canggih tentang 5-5-5,sila baca info hebat ini.

Ramai yang menghadiri kelas Reiki Level 1 hari itu. Ada juga student yang repeat class. Sebenarnya sudah lama juga saya tidak ke IQBC dan melihat sesi kelas berjalan. Bila saya masuk, dapat rasakan Energi Reiki di seluruh kelas. Sangat positif. Inilah satu-satunya tempat yang penuh dengan energi yang sungguh positif. Sudah pastilah kerana bilik itu adalah tempat ilmu reiki diajar dengan ikhlas kepada pelajar. Segala dinding,kerusi,meja,tingkap,meja, kristal,kayu telah merakam ilmu-ilmu, pengalaman, soal jawab Reiki. Wow.

( sebab tu lah belajar Reiki di IQBC tak sama dengan belajar reiki di hotel ... )
 Eh, sebenarnya saya tidak mahu bercerita tentang itu. alamak..melalut sudah...

Barangkali kerana pengalaman saya yang sudah semakin tua, dan saya juga semakin tua, maka saya melihat sesi attunement kali ini amat berbeza. Barangkali kerana hari itu sendiri istimewa, atau saya yang istimewa. He he.

Sesi meditasi kali ini agak panjang, kerana perlu menunggu giliran. Ketika meditasi, saya dapat melihat dan merasa pelbagai perkara positif dan mendapat idea yang baru ! Perasaan saya sungguh tenang & gembira dengan diri sendiri.

Setelah tiba giliran saya...Master Hazil mendekati aura tubuh saya dengan langkah yang sungguh tenang dan 'bersih'. Master Hazil ' menukang' aura & chakra saya untuk attunement Reiki Level 2. Kemudian aktivasi palm chakra. Oh,,saya rasa mahu melompat kegembiraan.

Bila selesai, saya masih meneruskan meditasi hingga saya rasa cukup. Saya buka mata dan melihat Master Hazil menukang ( attune) rakan yang lain pula. Saya buka Third Eye untuk melihat.

Yang saya perhatikan :-
  • Master Hazil attune pelajar dengan sungguh teliti. Personalized. Setiap orang ada teknik yang berbeza bergantung pada energi masing-masing.
  • Ada energi yang turun itu sifatnya laju dan tajam.
  • Ada energi yang dikeliling tubuh pelajar itu suam-suam, sederhana dan tak memerlukan banyak 'kerja'.
  • Ada energi yang bersifat unik. Tukangannya seperti mengukir kayu. Halus dan berseni.
  • Setiap orang yang menerima attunement itu, mendapat bahagian yang mereka perlukan. Energi positf itu bijak mencari punca permasalahan dan heal pada tempat tersebut.
 Istimewa sekali pengalaman hari itu.


----------------------------------------------------------------------------------------------
Aura Photo :

Cepat-cepat saya ke bilik konsultasi Aura untuk Aura Viewing bersama Master Ismi.
Saya yakin, aura saya semakin cantik. Kebelakangan ini, saya telah melakukan beberapa ' pantang'  kepada diri saya..jadi saya mahu melihat apakah kesannya pada aura.

Saya juga membuat koleksi Aura Photo - Selepas Attunement, bagaimana rupa aura saya ?

Dan, hasilnya sungguh menakjubkan. Saya sangat gembira kerana setelah bertahun-tahun belajar Reiki, mengamal setiap hari...akhirnya Aura Saya cantik juga.Yang penting, kesemua energi chakra melepasi 'tahap normall'. Yahhooo..success...


Terima Kasih Master Hazil... Pengalaman ini sungguh bererti & penuh hikmah.

Seronoknya.


p/s : Sesiapa yang pernah belajar Reiki (tapi bukan dengan Master Hazil ), tapi tak rasa hebat tentang Reiki....itu kerana anda belajar dengan guru yang salah.

Belum terlambat untuk belajar dengan Master Hazil. Call 03-58804349 untuk info kelas.

Reiki bantu merungkai blockage panas | sejuk

|
Baru-baru ini saya ada seorang client Reiki. Dilihat seperti sihat dan bertenaga kerana masih muda. Mengalami masalah personaliti - begitulah tanggapan mudah.

Saya cuma bertindak sebagai pengalir tenaga Ilahi kepada sistem bio energinya. Mudah-mudahan, bila tenaga chakra stabil dia pasti akan menjadi yang sepatutnya dia jadi. Ya lah, jika dia berpersonaliti kuning - dan tidak berperangai seperti kuning, pastilah ada masalah.

Client saya masih muda bertenaga, cantik sekali. Masalahnya, terlalu aktif dengan kawan-kawan sehingga tidak pulang ke rumah, bergaul bebas, mudah naik marah, mulut berbisa dll. Ibunya sungguh risau. Dan dari kerisauan dan kasih kepada anak, ibunya mengajak untuk melakukan Reiki dengan saya.

Alhamdulillah, sesi selama hampir 45 minit berlangsung. Sepanjang rawatan, saya dapati chakra solar plexus, sacral dan base sangat aktif dan panas. Sedangkan heart chakra, throat dan crown pula menyejuk seperti 'kipas' chakranya tidak berjalan lancar. Ternyata, apabila diperhati - ada blockage di antara solar plexus menuju ke heart chakra.

Keseronokan yang dicari-cari di luar fikirnya mampu memberikan kebahagiaan. Sedangkan makna kebahagiaan itu jauh lebih halus dan unik. Ia hadir di hati. Kegembiraan / rakan-rakan / clubbing / dunia fesyen yang dikejar tidak dapat memenuhi keperluan hatinya yang mendambakan kasih sayang. Kerana ada blockage.

Energi dari bawah tak dapat naik ke atas. Mengganggu kundalini. Tak ada proper flow. Tak ada keseimbangan. Warna terlalu panas hingga jadi mudah melenting. Saya cuba sedaya upaya untuk menstabilkan energi yang terlalu panas itu. Untuk pertama kali sesi, saya dapati kundalininya terlalu lemah. Tidak cukup untuk mengubah personaliti. Perlu ada sesi kedua dan seterusnya.

Seminggu selepas rawatan, ibunya ada memberitahu bahawa anaknya sudah mulai cool. Tak cepat melenting. Itu pun sudah cukup lega. Sekurang-kurangnya tidaklah menyakitkan hati ibu dek mulut yang laser.

Sambil mengingatkan diri saya, mengubah diri seseorang bukan kerja saya. Tapi ia hanya akan berlaku dengan keinginan pesakit itu sendiri secara semulajadi.Saya cuma menjadi tukang untuk membuka pintu blockage dan keresahan dijiwanya. Mudah-mudahan, dengan energi yang postif, doa ibu, maka si anak akan menjadi insan yang lebih baik hari demi hari. Ia pasti memerlukan masa.

Reiki for Health : Demam

|
1. Chakra Utama - Base , Heart , Crown
2. Cleansing
3. Energizing
4. Bim energi pada 7 lapisan aura
5. Redha dan Tawakal


Ulang byk kali bada chakra di atas, disamping teruskan energize pada semua chakra2 yang lain.

Recharge

|
Bila rasa terlalu banyak benda / ujian berlaku ..cepat-cepat muhasabah diri. Cepat-cepat sedarkan diri supaya jgn terleka. Kaya pun ujian. Miskin pun ujian. Cinta itu ujian. Benci itu juga ujian. Siapa yang berada dalam kategori berjaya dalam ujianNya?

Aura sering berubah-ubah. Aura paling luar badan sering berubah mengikut suasana semasa. Pandang semula ke dalam diri, apa yang minda fikirkan ? apa yg minda mahu ? apa yg hati mahu? ayat apa yg selalu bermain dalam fikiran ?

Apa yang sedang kita tarik ? Adakah aura kita sedang menarik keindahan ? atau aura kita sedang menarik kecelakaan ?

anda adalah apa yang anda fikir.
saya adalah apa yang saya fikir.

Selalu muhasabah supaya kita sentiasa sedar apa yg sering bermain difikiran sejak akhir2 ini. Dan apa yg telah berlaku sejak akhir2 ini ? Law of attraction sentiasa berlaku dan tidak pernah berhenti menjalankan tugasnya.

kalau rasa aura sedang bocor , cepat-cepat buat self healing. Bersihkan aura. Rajin-rajin meditasi, rajin-rajin senaman aura. recharge lah. recharge.

recharge.

install semula 'belief system' yang baru. Masukkan tenaga-tenaga positif dalan diri, kuatkan perisai aura, indahkan warna pelangi diri, tingkatkan rasa percaya dan bersyukur dengan diri.

insyaAllah, lepas recharge, semuanya akan berada pada tempatnya semula.
semangat yang pudar akan kembali segar.
hidup yang hambar akan kembali mengujakan !

recharge energi.
muhasabah kelemahan diri. kenal pasti. redha, ikhlas & pasrah. install program baru. yakin dan tawakal dengan kerja Allah.

selesai.


* saya rindu banget dgn Retreat & Recharge bersama MasterG Hazil.. :(

Red Personality

|
Berhadapan dengan personaliti merah memberi satu cabaran. Cabaran untuk memahami tenaga dan kuasa yang ada pada diri mereka. Biarpun gembira kerana sering aktif dan ceria, sikap agresifnya mungkin sesekali mencabar kesabaran diri.

Jika sesiapa inginkan cabaran, jumpalah dengan personaliti merah. Mereka jujur dalam kata-kata tetapi adakalanya sedikit menunjuk-nunjuk.

Fakta 1 : Aura saya kebelakangan ini berwarna ungu / violet.

Fakta 2 : Personaliti merah lebih serasi bagi menjalankan hubungan dengan personaliti violet memandangkan violet adalah seorang yang berwawasan dan berpandangan jauh. Kedua-duanya suka membantu dan mampu memberi insipirasi kepada masyarakat. - Aura Personaliti Warna

Ini lah dikatakan aura itu adalah magnet. Cepat betul tarikannya.
Aura saya tidak pernah berwarna aura ungu/ violet.. saya jarang2 sekali berdepan dengan personaliti merah.

Saya bertemu satu lagi keajaiban aura.

Kali ini, saya terasa tercabar. Sikap degil seharusnya direndahkan sebanyak-banyaknya.

SCANNING

|


Ringkasnya, Scanning ialah teknik 'merasa' aura pada badan manusia / benda hidup yang lain.


Reiki Level 1 :

Diajar teknik scanning dengan merasa aura pada sekitar tubuh, dengan meneliti rasa panas atau sejuk aura tersebut. Melalui teknik ini, dapat kita kenal pasti chakra mana yang berada dalam level yang baik ataupun bermasalah. Selepas kenalpasti kelemahan chakra, cthnya di base chakra terasa sejuk, maka boleh lah lakukan Reiki di situ.


Reiki Level 2 :

Teknik scanning diajar dengan mengukur 'ketumpatan' tenaga aura pada setiap chakra. Setiap chakra dari base, sacral, ......hingga ke crown chakra di 'ukur' jarak jauh dekatnya tangan yang merasa aura dengan badan. Sebelum itu haruslan mencari 'titik normal' aura supaya dapat membezakan antara yang bermasalah dengan yang tidak. Nak tahu lebih lanjut teknik ini ? Belajar lah Reiki.


Reiki Level Advance :

Bagi sesetengah pelajar Reiki, ini lah masanya yang paling menyeronokkan. Scanning yang lebih advance dapat dilakukan sekiranya Teknik Scanning pada Level 1 & 2 telah diasah dengan baik. Pelajar diajar scan 'benda-benda metafizik'.. seperti emosi, fizikal, spiritual atau minda. Begitu juga dengan tahap-tahap tertentu makhluk halus. Hantu raya ka ? Sumpahan ka ? Saka ka ? Atau apa saja. Hm.......


Pada saya, teknik scanning ini sangat penting untuk diasah. Ia membolehkan pengamal Reiki mendapat 'guideline' tentang permasalahan pesakit dan mengenal pasti punca permasalahan.


Ada juga yang suka scan dulu sebelum berbuat sesuatu perkara.

Cthnya : Sesuai pergi shopping waktu siang ke malam ? / Pakai baju hijau ke merah ? Atau dia dah kawin ke belum ? dan macam-macam lagi aplikasi scanning.


Selamat belajar Reiki !

Uih, ima ke tu ?

|
Aura saya kuning hijau. Itu yang biasa-biasa punya hari.
Hari yg kurang biasa...aura saya jadi hijau biru.

itu memang pattern aura saya, dah dekat 3 tahun.
semalam, saya buat ujian aura lagi.

terkejut.
uih.. aura ima ke tu ?
purple-putih ?
biar betul ..mcm bukan ima je.. hehehe..

camana leh jadi cam tu ?
adakah sebab beberapa hari yang lepas saya mandi + lavander ?

musykil.

Numerologi dan Aura Viewing

|
Semalam, saya ke IQBC jumpe Master Hazil untuk konsultasi numerologi dan ambil kesempatan utk aura viewing.

AURA
Dah lama saya tak ambil gambar aura. So, sempena umur dah 24 ni saya pun nak la tengok camna ghupe aura saya skarang. Saya dapat agak, energi chakra mesti 'kureng'..dan kurang ummpph..

Lepas view.. hahaha.. energi kuning je tinggi.. yang lain semuanya rendah. Haha.. itu lah akibatnya bila 'kurang stabil'. Master cakap.. idea byk,kreatif, nak buat itu ini, tapi pelaksanaannya kurang. Hahaha.. betul tu. Bila nak buat je..jadi tergendala.. entah lah.
Warna pulak tak balance. Kuning je ada. Warna hijau dah 'illek'. Kurang kasih sayang tul aku nih. kekeke...

Bila tengok aura tu, minda melayang..' pasni aku nak gi borong semua pokok kat sg buloh '.

NUMEROLOGI
Ini memang janji saya pada diri. untuk jumpe Master nak tahu pasal kesan tahun 2009 terhadap saya. Dan nak tahu jugak kenapa sikap saya terlalu banyak berubah dan bercanggah berbanding dulu. Alhamdulillah, setelah 'mengunyah-ngunyah dan menelan " penjelasan dari Master, ada sinar pemahaman kat kepala saya. Walaupun hati masih gundah, sekurang-kurangnya ada benda yang saya faham. Dan benda itu amat penting pada saya.

Ada beberapa ayat dari Master masih terngiang2 di telinga saya. Saya masih mempertimbang apa yang patut.

Saya cair - ada mold - apa mold nya ? - siapa saya ?


Aduhaaiii....
semalam saya mohon petunjuk dari Nya.. tunjukkan saya jalan..permudahkan jalan itu.

amen

Aurora Bulan

|


post ni duk dalam draft saya sejak 13-1-09 yg lalu..lupe nak publish. hehe


Teringat pesan MasterG Hazil, ni dah tengah-tengah bulan..bulannya cantik. energinya bagus. kena pulak numerologi pada 11/1/09 hari tu bagus.. tapping jangan tak tapping.. reiki jgn tak reiki.


Malam tu, saya jadi perindu bulan. Melihat cahaya bulan mekar bersama aurora di sekelilingnya, mata saya terfana dengan kecantikan bulan nan indah. Cahayanya begitu terang, menerangkan bilik saya yg kegelapan. Sambil berbaring, saya melihat cahayanya. lalu terpegun lagi.


Terfikir saya sejenak, indahnya aurora bulan itu. Melihatnya saja terasa dekat dengan diri. Tentu kala itu, ramai juga yang menjadi perindunya. Ramai juga yg kagum melihat kecantikannya. Ramai juga yang jadi peminat rahsianya.



Alangkah bagusnya saya punya milik aura sehebat aurora bulan itu !!

Alangkah bagusnya aura saya sebesar aura bulan itu !!


Ya Tuhan,

Ya Tuhan yang menjadikan bulan tiada tandingan

izinkah diKau berikanku sedikit

'sinarnya'

agar serlah aura diriku

malah baik dan indah budi pekertiku ?

izinkan lah Ya Tuhan..



Aura

|
Aura saya : Kuning Hijau. Itu kalau dalam keadaan yang stabil. Sesekali ada warna Kuning Hijau Biru.

Saya memang suka ambil gambar aura, rasanya dah lebih 6 kali kot. Ada yang ambil kat kedai kristal, tapi selalunya kat tempat Master Hazil lah.
Yang bagusnya, bila selalu ambik gambar aura, kita dapat tahu pattern dan gelagat warna di keliling badan. Betul ke aura kalau tengah marah jadi merah ? ya ! memang betul ! Kalau emosional, warna jadi warna sejuk pulak. Kalau tak selalu amik gambar aura, memang takkan tau. Aura lepas buat Resq56, memang debomm ! Energy level setiap chakra akan meningkat dengan hebatnya. Tak caya.. ? cuba lah try test. Gi lah belajar kalau nak maintain aura cantik.

Yang saya perasan, setiap kali saya masuk zon period, aura saya akan menyejuk. Cuma ada warna biru dan hijau. Kuningnya sudah terlindung disebalik hijau. Akibatnya, saya jadi 'minah layan' dan 'emosional' sikit.. Tapi, nasib baik lah bukan jadi marah-marah, angin-angin, hempas-hempas tak tentu pasal. Cuma mudah terasa kalau orang lain salah cakap. Tu je. Dengan Reiki, semua perasaan negatif dapat di atasi dengan baik. So, tak delah menakutkan sangat. haha..

Ok lah, sekian dulu cerita aura saya. Ba-bai

Cleansing Office

|
.
Malam tadi, saya buat cleansing offfice. Mula-mula ukur aura pakai Dowson Rod pada setiap bilik & ruang.

Sebagai indikator, 1 - 5. 1= Aura Paling Kecil, 5 = Aura Terbaik (Besar)

Bilik saya : 3. Nyaris-nyaris masuk zon aura kecik. Camana ni ? Bilik Master boleh aura kecik ? ish ish..

Kaunter jualan : 3.5
Spa : 4
Ruang Forex : 3
Bilik Mak & Abah : 3
Bilik treatment & solat : 3
Bilik solat lelaki : 4

Ok, lepas ukur semua tempat, saya buat cleansing. Simple cleansing, tak berapa nak detail sangat la.. Cuma nak buang negatif energy, pastu recharge energy. Masukkan Reiki Master Symbol & Power Symbol. Ambil masa dalam 20 minit.

Selesai. Ukur semula.

Semua bilik : 4.5
Kecuali bilik saya : 4. Susah sebenarnya nak cleansing & energize bilik saya ni. Mungkin sebab bilik saya sumber segala wayar, komputer, mesin fax dan kabel telefon. Jenuh aih..

Saya berharap, lepas buat cleansing ni, sale saya meningkat esoknya.

-----------------------
Hari ni, jam dah pukul 10.58am. Sorang customer pun tak masuk lagi. Call in ada 1 je. Baru saya teringat, dulu masa saya buat cleansing pun, next day mesti jadi sunyi sepi macam ni. huhu..

Mana sales ni ? Aku redha, ikhlas dan pasrah.