Showing posts with label Scanning. Show all posts
Showing posts with label Scanning. Show all posts

Pendulum

|
Selesa menggunakan pendulum sebagai salah satu kaedah scanning. Kristal yg berbucu sangat sesuai dijadikan pendulum. Tapi sebenarnya, semua benda boleh dijadikan pendulum, yang penting ialah ianya perlu diikat dengan tali/rantai supaya ia boleh bebas berpusing dan bergerak.

Sebelum ini, saya ada menyimpan 1 pendulum dalam handbag. Jadi, kemana-mana saya akan bawa dan boleh menggunakannya pada bila-bila saya perlukan. Masalahnya, pendulum dan handphone diletak bersama, energi kristal tu saya rasa seperti sedikit tercemar. Lalu, jawapan yang diperolehi kurang memuaskan dan tak berapa konsisten.

Sekarang, saya pakai rantai yang ada buah kristal. Apabila ada perkara yang perlu di scan, saya tanggalkan rantai dan jadikan pendulum. 2 dalam 1. :) he he. Jawapan yang diperolehi lebih tepat berbanding dengan pendulum sebelum ini. Mungkinkah kerana energinya sebati dengan energi saya ?

Saya masih 'try n error' dgn pendulum. , walaupun sudah hampir 5 tahun tahu 'ilmu' ini. Percayalah, kalau tak praktis, ilmu yang bertahun belajar tu akan hilang dan anda tak mungkin akan 'pakar' dalam bidang tersebut. Heart scanning lebih banyak memandu saya dalam proses healing. Seronok juga main-main dgn pendulum. Kalau tak ada kerja, boring2 tunggu orang, boleh berlatih guna pendulum.

Bagaimana cara guna pendulum ? Erm... sila lah google ! he he..

Scanning

|
Sejak dahulu lagi, saya akui...saya agak lemah dalam scanning.. ( ampun MasterG ! )..mmm..malas nak praktis ? eeerm..mungkin juga ! tapi mungkin juga sebab saya tak berapa suka terlibat dalam beberapa isu yg tak berapa pasti.

Kebelakangan ini, saya dihantui beberapa isu aneh lagi misteri yang sangat-sangat membuntukan kepala otak saya. he he. setelah difikir dan diteliti menggunakan akal.. masih tak dapat2 jawapan. Akhirnya, saya ambil keputusan untuk scan :)

3 kali hand scanning ...
lepas tu 1x scan pakai pendulum.
2 kali minta kawan scan..

Setelah membuat perbandingan scanning , kene letak dalam jadual..banding n buat kira2 sket...hehe...dapatlah jawapan sikit dan hati saya beransur lega.

p/s : jangan sesekali anda scan benda2 yang melibatkan masa depan. itu namanya menilik. haram.

Polishing intuition

|
Intuisi merupakan salah satu kelebihan manusia yang tidak dimiliki oleh malaikat sekalipun. Maka, kita dapat membuat keputusan seribu kali lebih tajam dan cepat dari analisa biasa. Hebat kan?

Bagaimana cara menguatkan intuisi ?
  • mulakanlah dengan otak kanan
  • guna otak kanan dulu, baru otak kiri
  • intuisi dulu, baru analisa
  • blink dulu, baru think.

Ikhlas, Allah bayar cash kebaikanmu..

|
Ternyata apa yg ku lalui tidak lama tadi meninggalkan kesan spiritual dalam diri aku.

( terima kasih jika sudi baca kisah ini, mudah-mudahan anda dapat iktibar )

Hari ini, aku, mak dan abah ke pusat refleksologi. Alhamdulillah, selesai diurut 1 jam, terasa lega kaki ni. Lepas urut, lapar lah sudah. Terus saja kami bergegas ke foodcourt berhampiran. Abah dan mak makan besar hari ni. Seronok bila melihat abah menikmati makanan Arab, walaupun mahal tapi kepuasannya terasa dan terserlah di wajah abah.

Sesudah makan, kami bersembang-sembang lagi sebelum angkat kaki pulang. Tiba-tiba, ada seorang mamat datang menghampiri meja dan memberi salam pada abah. Terlintas di suara hati saya , " mesti nak mintak tolong duit ni..".

Maka, mamat tu pun berceritalah yang dia baru keluar dari penjara dan ingin pulang ke Kelantan, tapi tidak cukup wang tambang dan makan. Di poketnya cuma ada RM 10, dan dia tunjukkan dompet dan ic sementaranya. Abah mendengar dan bertanya-tanya latar belakang mamat tu.

Aku melihat 'body language' mamat tersebut, ada sebahagian yang diucap benar, tapi ada juga yang dia menipu. Riak tubuhnya seperti penagih dadah. Tapi dia pandai benar mengatur ayat sopan bahawa dia ingin pulang ke kampung bertemu ibu, seolah ceritanya itu benar sekali.

Dipendekkan cerita, abah memang baik hati.. ikhlas dihulurkan not RM50 kepada mamat tersebut. " Nah, ambil lah. Mudah-mudahan lepas ni buat kebaikan, sokong PAS ", seloroh abah.

Mamat tu pun berterima kasih dan beredar.

************************

Sebaik dia beredar, kami bercerita tentang mamat tu. Aku beritahu abah, ayat mana yang mamat tu berkata benar, ayat mana yang dia tipu. Tapi kami tidak kisahlah dengan not yang diberi. Aku, mak dan abah mmg ikhlas hati memberi.

Kata abah , "kalau betul cerita dia, alhamudulillah kita bantu. Tapi kalau dia tipu pun, abah mmg nak bagi."

Aku tambah, " tak apa lah..kita tolong dia sekarang, nanti Allah akan permudahkan urusan kita yang lain. Allah akan tolong kita cara lain pulak..."

Tak lama kemudian, kami pun bangun dari meja dan ingin pulang.. kaki dah sihat, perut pun dah kenyang :D .Tiba-tiba, mak seperti menjerit , " eh, mak punya beg mana ??" Beg itu adalah beg yg sgt berharga. Terlalu berharga. Seperti ingin menangis mak, longlai kakinya.. barangkali terlintas dikepala mak, mamat tadi yang ambil tapi tak sedar.

Bila mak sedang gabra beg nya hilang, saya masih tenang. Ternampak di mata aku ( On Reiki, scanning) , sebenarnya beg itu tertinggal di pusat refleksologi tadi. Mmg mak tak pernah terlalai untuk sengaja meninggalkan beg tersebut. Entah kenapa, hari ni dia terlupa untuk ambil bersama , walaupun handbagnya diletakkan disebelah beg tersebut.

Kami bergegas, dan ambil semula beg berharga tersebut. Mak lega. Syukur alhamdulillah.

Aku terus berkata pada mak dan abah, " Allah bayar cash, pertolongan yang kita beri dengan ikhlas pada mamat tu. Dengan kita sedekahkan RM50 tu, mak tersedar beg nya tak ada dan dapat semula."

Benar sekali ayat-ayat saya tadi.." Allah akan balas dengan cara lain.."
Subhanallah..

Sepanjang jalan ke kereta, kami tak henti-henti ucap syukur. Terima kasih Allah, kerana menyelamatkan harta kami.


TQ Allah.

Clairsentience

|
Saya memang sedia maklum, kebolehan membau sesuatu perkara/ peristiwa akan datang sudah menjadi kebiasaan.

Ada satu kisah, saya dari Tmn Melawati nak ke Sungai Buloh. Cara paling mudah memang lah ikut MRR2. Fikiran saya teragak-agak untuk ikut MRR2. Lalu, saya melencong ikut DUKE. Apa hal pulak ikut DUKE kan ?

Uncle A : Bukan ke ikut jalan ni jauh ? Nape ikut jalan pusing satu alam ?
Aku : Emmm.. ( tak tau nak jawab camne. )..jalan kat area kepong-manjalara-damansara tu jem.
Uncle A : Musykil. Mana lah ko tau ni ? Jap nak dengar radio jap..( nak dgr info trafik )
Aku : Kat area situ ada accident..jem teruk lah.. biar lah ikut jalan jauh dari ngadap jem.


Saya pun selamba ikut DUKE- Jalan Duta - Plus NKVE. Keluar je tol Sg Buloh, jem teruk sangat.. Saya layan je lah jem tu..Saya tengok jalan Damansara, mmg jem tak terkira. Rupa-rupanya, memang ada accident.


Uncle A bergurau : Acik mmg dah nak percaya dah ngan ko ni..

hehe..
Anugerah Allah.. alhamdulillah...



---> baru2 ni, saya dapat teknik baru scanning. Saya dapat dengar 'lintasan hati' orang dari jauh di telinga saya. Tapi, saya hanya dapat dengar dalam mimpi je.. belum di dunia realiti.

Scanning - Palm Chakra & Heart Chakra

|

Kali ini bercerita tentang scanning lagi.

Basicly, scanning dalam Reiki menggunakan palm chakra. Caranya seperti yang saya ceritakan ringkas pada post sebelum ini. Palm chakra akan diaktifkan sebelum scanning. Namun, ada sesetengah orang, menghadapi masalah untuk 'merasa energi' menggunakan tangan kerana asbab tertentu. Lalu, 'rasa energi' itu di bawa kepada sensor yang lain, contohnya scanning melalui
' heart chakra'. Pengamal Reiki akan dapat 'merasa'/ instinct pada apa-apa kondisi pesakit atau peristiwa.

Palm Chakra


Bagi saya, pada mula-mula saya belajar Reiki 1 dan Reiki 2, palm chakra saya memang aktif. Kiranya, senang lah nak scan pakai tangan. Tapi, lama kelamaan saya skill tersebut cam makin kurang dan kurang. gelabah jugak lah saya waktu tu. MasterG Hazil menerangkan kenapa terjadinya situasi tersebut... ( untuk tahu lebih lanjut.. belajar lah Reiki :) )

Selepas belajar advance Reiki, scanning menggunakan
heart chakra saya sharpens.. sedikit demi sedikit..

Apabila
Heart Chakra terganggu, kebolehan untuk scanning melalui heart juga sedikit terganggu. Namun, palm chakra kembali berfungsi. Hari ini, saya kembali scanning menggunakan tangan + heart.

Apa jua yang terjadi, saya yakin ada sesuatu pelajaran untuk saya.

SCANNING

|


Ringkasnya, Scanning ialah teknik 'merasa' aura pada badan manusia / benda hidup yang lain.


Reiki Level 1 :

Diajar teknik scanning dengan merasa aura pada sekitar tubuh, dengan meneliti rasa panas atau sejuk aura tersebut. Melalui teknik ini, dapat kita kenal pasti chakra mana yang berada dalam level yang baik ataupun bermasalah. Selepas kenalpasti kelemahan chakra, cthnya di base chakra terasa sejuk, maka boleh lah lakukan Reiki di situ.


Reiki Level 2 :

Teknik scanning diajar dengan mengukur 'ketumpatan' tenaga aura pada setiap chakra. Setiap chakra dari base, sacral, ......hingga ke crown chakra di 'ukur' jarak jauh dekatnya tangan yang merasa aura dengan badan. Sebelum itu haruslan mencari 'titik normal' aura supaya dapat membezakan antara yang bermasalah dengan yang tidak. Nak tahu lebih lanjut teknik ini ? Belajar lah Reiki.


Reiki Level Advance :

Bagi sesetengah pelajar Reiki, ini lah masanya yang paling menyeronokkan. Scanning yang lebih advance dapat dilakukan sekiranya Teknik Scanning pada Level 1 & 2 telah diasah dengan baik. Pelajar diajar scan 'benda-benda metafizik'.. seperti emosi, fizikal, spiritual atau minda. Begitu juga dengan tahap-tahap tertentu makhluk halus. Hantu raya ka ? Sumpahan ka ? Saka ka ? Atau apa saja. Hm.......


Pada saya, teknik scanning ini sangat penting untuk diasah. Ia membolehkan pengamal Reiki mendapat 'guideline' tentang permasalahan pesakit dan mengenal pasti punca permasalahan.


Ada juga yang suka scan dulu sebelum berbuat sesuatu perkara.

Cthnya : Sesuai pergi shopping waktu siang ke malam ? / Pakai baju hijau ke merah ? Atau dia dah kawin ke belum ? dan macam-macam lagi aplikasi scanning.


Selamat belajar Reiki !