Rahsiaku RahsiaMu

|
Beginilah kan, kita sering menyusah-nyusahkan perkara mudah kerana perangai kita sendiri, kerana preferences yang kita wujudkan sendiri.

Mahu makan nasi ayam di kedai Pak Mat sebab sedap sangat,, tapi tak mahu makan disitu sebab panas dan lantainya bermozek licin. Apa nak buat, pakcik itu ada impiannya sendiri mahu kedai bermozek licin. :p Kalau kita mahu juga makan nasi ayam itu datang lah dengan baju yang nipis, ringan dan tidak simpan peluh. Dan jangan pula gatal pakai kasut bertumit halus / jenis senang jatuh. Apa yang penting ialah cari jalan penyelesaian. Adapt. adapt . adapt dengan persekitaran.

Kenapa kita perlu mencari-cari ketidaksamaan sedangkan nilai persamaan itu jauh lebih mudah dicari ?

Kenapa perlu cari yang negatif sedangkan yang positif itu didepan mata?

Kenapa mencari dan membiar jurang yang besar, sedang ia boleh didekat dan dicetekkan ?

Jawabnya pada diri yang kadangkala meletak garis panduan yang tidak kena pada tempatnya. Saya sendiri ada waktunya sukar untuk menjawab pelbagai persoalan diri. Barangkali itulah pentingnya gerak hati yang datangnya dari Allah,bukan ? Bagi memudah cara.

Ada rahsia kita, jadi rahsia Allah.
Ada rahsia Allah, rahsia buat kita.

Ada yg boleh terbuka.
Ada yang tertutup selamanya.


1 Mac 2014

saya masih tak percaya, tahun 2013 hanya ada 1 post shj di blog ini.


Reiki Umpama Cinta dalam Diam

|
Ada waktunya saya cinta diam-diam. Ada waktunya saya cinta terang-terang. Mendoakan sahabat walaupun tak bertemu setelah sekian lama, tetapi tak pernah putus mendoakannya.. itu cinta diam-diam namanya :)



Saya terasa sungguh kehilangan cinta diam-diam oleh arwah Pakcik Alwi, kawan abah yang tinggal di Seremban. Ketika beliau masih ada, saya suka membaca status facebook yang macam-macam cerita masyarakat dan penuh nasihat. Kadang-kadang saya tahu, status yang ditulis umum itu sebenarnya dituju kepada saya. Saya juga rasa bila waktunya dia mendoakan kesejahteraan saya. Dan saya turut merasai bila dia 'memanggil' saya ketika dia sakit dan mohon healing dari saya. Ia sebuah 'cinta' yang tak terungkap dalam satu kondisi yang tersendiri. 

Sudah banyak bulan dia pergi meninggalkan kami. Saya terasa-rasa dia masih ada. Al-fatihah. Sungguh ! Saya terasa kehilangan cinta diam-diam itu !

#1 Pakcik sakit di kedai makan
Ketika berjalan pulang ke hotel, terjumpa satu kumpulan pakcik makcik berkerumun di tepi restoran. Rupanya ada pakcik sekitar 50an sedang disapu dengan minyak angin terduduk dalam keadaan yang sungguh lemah. Saya tanya " kenapa ? " Jawab seorang abang ( barangkali satu kumpulan dengan pakcik tu ) " terlalu letih, sampai pitam. Perjalanan jauh dari Semporna."

Kaki saya sudah tergerak untuk berhenti dan merawat pakcik itu. On second thought, saya membatalkan niat. Saya hanya lakukan distant healing, dan 'siram tenaga' supaya pakcik itu cepat sembuh berserta mendoakan kesihatannya sesegera mungkin.

#2 Nyai jatuh
Terkejut sungguh bila nyai terjatuh segedebuk ( wujud tak perkataan tu ? he he ) ketika melintas jalan. Divider itu sungguh tinggi dan kereta juga laju-laju. Waktu malam itu pula gelap dan tiada lampu. Aduh, tak tahu lah hati nyai dah sampai mana, sepatutnya dia perasan jalan tu tak rata.. tapi dia sangka rata dan jalan penuh selamba. Nah ! Tersungkur. 

Saya dan mak pimpin nyai bangun semula dan biar sehingga nyai reda sikit dupdap jantung sebelum meneruskan jalan. Dekat 1 jam jugak reiki 'heart chakra' nyai.. baru dia reda sikit. Ambil minyak S7 sapu pada lutut yang luka tu.


#3 Batuk
Sewaktu menaiki flight pulang dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur, ada seorang perempuan duduk didepan saya. Lama saya dengar dia terbatuk-batuk sampai sakit dada . Makin lama makin kuat dan panjang. Akhirnya dalam diam, saya reiki dengan 'teknik klon' beserta bacaan AlFatihah 3X. Alhamdulillah, tak sampai 5 minit, saya tak dengar dia batuk sampai landing di Kuala Lumpur.


p/s : Bagi yang tertanya-tanya atau masih baru dengan apa yang saya cerita ini, ia adalah teknik penyembuhan yang disebut Reiki. Kalau suka ilmu aura / penyembuhan diri tanpa kos yang tinggi, Ima saran anda dengar-dengar ambil info dulu dari Dr Mir Hazil Azran Ramli


Ima doakan semua pembaca blog Ima dalam keadaan sihat, ceria dan positif sentiasa. Take Care !