Kasih Pengikat Komitmen

|
Mencemar duli untuk tahun 2014. Hati tak mampu untuk menyimpan lalu ku luah menjadi perkataan di sini. Sejak 22 Jun lalu, terlalu banyak air mata yang ditahan. Sesekali keluar dalam diam bila bersendiri.

Sebelum ini, twitter jadi peluah rasa. Bagus juga sudah tidak melampias di situ. Lupa username. Lupa password.

Kebelakangan ini, jarang sekali buat full self healing mahupun merawat orang. Resq56 yang dahulunya jadi rutin ..sekarang sesekali. 

Terasa dunia ini memberi keadilan yang berbeza..Saya fikir keadilan itu disalur mengikut intention minda juga. Akhir ini terasa aneh bila saya mengambil berat tentang orang A, tapi diambil berat oleh orang B. Kemudian saya ambil komitmen dgn orang C. Dimana bersama si C, rasanya berbeza sekali dengan A dan B.

Barangkali itu ujian keadilan. Saya masih mencari petunjuk jalan mana harus dipilih yang betul. Yang seragam dengan agama dan jiwa. Selayaknya saya rasa ringan dan mudah bila berbuat kebaikan, bukan ?

Bercakap tentang komitmen, saya benar-benar mahu rasa kasih menjadi pengikat komitmen. Jika mahu terus kekal bekerja dengan sesebuah syarikat, pasti kasih pada pekerjaan itu menjadi pengikat, bukan ? Jika duit yang jadi pengikat komitmen, saya fikir bila-bila masa pasti akan berlaku kecurangan.

Naluri akan sentiasa berusaha untuk melepas diri mencari lebih kesenangan.

Saya masih mencari petunjuk. Sesekali hati remuk. Sesekali tampalan yang ada terurai . Dan berkecai.


5 Julai 2014,
7 Ramadhan 1435