Red Personality

|
Berhadapan dengan personaliti merah memberi satu cabaran. Cabaran untuk memahami tenaga dan kuasa yang ada pada diri mereka. Biarpun gembira kerana sering aktif dan ceria, sikap agresifnya mungkin sesekali mencabar kesabaran diri.

Jika sesiapa inginkan cabaran, jumpalah dengan personaliti merah. Mereka jujur dalam kata-kata tetapi adakalanya sedikit menunjuk-nunjuk.

Fakta 1 : Aura saya kebelakangan ini berwarna ungu / violet.

Fakta 2 : Personaliti merah lebih serasi bagi menjalankan hubungan dengan personaliti violet memandangkan violet adalah seorang yang berwawasan dan berpandangan jauh. Kedua-duanya suka membantu dan mampu memberi insipirasi kepada masyarakat. - Aura Personaliti Warna

Ini lah dikatakan aura itu adalah magnet. Cepat betul tarikannya.
Aura saya tidak pernah berwarna aura ungu/ violet.. saya jarang2 sekali berdepan dengan personaliti merah.

Saya bertemu satu lagi keajaiban aura.

Kali ini, saya terasa tercabar. Sikap degil seharusnya direndahkan sebanyak-banyaknya.

No comments: