it's not a championship...

|
ini bukan soal siapa mahu jadi juara. tiada piala untuk direbut. tiada medal untuk disarung. ini bukan soal siapa menang siapa kalah. bukan antara aku dan engkau. bukan antara aku dan dia. bukan antara aku dan mereka. bukan.

ia sebuah perjalanan yang panjang, yang ada tawa, ada duka, ada pahit, ada manis. tetapi ia umpama mimpi sahaja bila berada di dunia akhirat kelak. yang berlaku hari ini, cuma sebagai bekal. bukanlah hari ini hari hisab. tapi perbuatan hari ini menjanjikan 'kualiti' hisab.

Ramadhan: Retreat & Recharge

|
Masa yang terbaik untuk cuci dosa.
Masa yang terbaik untuk menambah pahala.
Masa yang baik untuk berubah.
Masa yang baik untuk recharge energi
Masa yang baik untuk buang sakit jiwa
Masa yang baik untuk buang sakit mental
Masa yang baik untuk repair sakit fizikal

Ramadhan adalah masa yang terbaik untuk anda berkomunikasi dengan diri anda. Dengarlah suara hati, bercakaplah dengan Dia, carilah jalan yang lurus itu. Barangkali anda telah terpesong jauh.