it's not a championship...

|
ini bukan soal siapa mahu jadi juara. tiada piala untuk direbut. tiada medal untuk disarung. ini bukan soal siapa menang siapa kalah. bukan antara aku dan engkau. bukan antara aku dan dia. bukan antara aku dan mereka. bukan.

ia sebuah perjalanan yang panjang, yang ada tawa, ada duka, ada pahit, ada manis. tetapi ia umpama mimpi sahaja bila berada di dunia akhirat kelak. yang berlaku hari ini, cuma sebagai bekal. bukanlah hari ini hari hisab. tapi perbuatan hari ini menjanjikan 'kualiti' hisab.

No comments: