Blog ini seperti gua.
Saya datang jika mahu bersendiri. Di luar terlalu pikuk sehingga saya hanyut.
Meski pelik dan ntah apa-apa tulisannya, tapi bila baca semula cebisan nota yang lepas, saya kembali ingat diri saya.
Betapa dahulu darahnya muda. Jatuh berkali-kali tapi masih mahu bangun. Sekarang belum tua dari bilangan usia. Tapi barangkali dosa terlalu menimbun, lalu mengambil hayat dan kudrat meninggalkan usia yang semakin singkat.
3 hari di rumah memberi masa untuk saya menarik buku-buku 'self healing'. Buku Reclaim Your Heart tulisan Ustazah Yasmin Mogahed begitu menyentuh setiap fikiran saya . Saya mula memahami atau mungkin sebelum ini sudah tahu, tapi ia mengingat-ingatkan saya tentang perkara yang berlaku. Membawa saya untuk terima dan redha ujian demi ujian yang makin berat.
Berselang seli saya baca Buku Reiki. Sedikit demi sedikit nafas saya ada kelegaan. Seperti melihat seurat cahaya dalam bilik gelap. Hati semakin menyinar. Ada sesuatu yang boleh saya buat. Ada jalannya. Ada cara yang boleh saya kerjakan.
Oh ! Dahulu saya mahir. Semua benda saya Reiki. Tapi makin lama.. kononnya short cut..petik2 jari, iringan minda kononnya memadai. Akhirnya jiwa tak meyakini. Bagaimana nak menjadi ?
Teringat Dr Hazil cakap dulu masa mula-mula belajar Reiki, biasanya master-master ni dah makin lama makin pro. Petik jari ja. Tak tahu lah pro ke malas. Saya mengaku saya malas. Sudah tiba saatnya saya teruji sendiri.
Ternyata, Reiki dengan tertib lebih berkesan. Buat lah hands on. Buatlah distant healing. Betul-betul. Macam belajar dalam kelas.
Sedikit demi sedikit, saya mengutip cebisan diri yang pecah ke lantai.
Impian yang awal-awal lagi telah berkecai. Saya kutip.
Kutip.
Mudahan ada energi luar biasa untuk saya cantum semula.
19.12.2014