Bertemu diri

|


Blog ini seperti gua. 
Saya datang jika mahu bersendiri. Di luar terlalu pikuk sehingga saya hanyut.
Meski pelik dan ntah apa-apa tulisannya, tapi bila baca semula cebisan nota yang lepas, saya kembali ingat diri saya.

Betapa dahulu darahnya muda. Jatuh berkali-kali tapi masih mahu bangun. Sekarang belum tua dari bilangan usia. Tapi barangkali dosa terlalu menimbun, lalu mengambil hayat dan kudrat meninggalkan usia yang semakin singkat.

3 hari di rumah memberi masa untuk saya menarik buku-buku 'self healing'. Buku Reclaim Your Heart tulisan Ustazah Yasmin Mogahed begitu menyentuh setiap fikiran saya . Saya mula memahami atau mungkin sebelum ini sudah tahu, tapi ia mengingat-ingatkan saya tentang perkara yang berlaku. Membawa saya untuk terima dan redha ujian demi ujian yang makin berat. 

Berselang seli saya baca Buku Reiki. Sedikit demi sedikit nafas saya ada kelegaan. Seperti melihat seurat cahaya dalam bilik gelap. Hati semakin menyinar. Ada sesuatu yang boleh saya buat. Ada jalannya. Ada cara yang boleh saya kerjakan.

Oh ! Dahulu saya mahir. Semua benda saya Reiki. Tapi makin lama.. kononnya short cut..petik2 jari, iringan minda kononnya memadai. Akhirnya jiwa tak meyakini. Bagaimana nak menjadi ?

Teringat Dr Hazil cakap dulu masa mula-mula belajar Reiki, biasanya master-master ni dah makin lama makin pro. Petik jari ja. Tak tahu lah pro ke malas. Saya mengaku saya malas. Sudah tiba saatnya saya teruji sendiri.

Ternyata, Reiki dengan tertib lebih berkesan. Buat lah hands on. Buatlah distant healing. Betul-betul. Macam belajar dalam kelas. 

Sedikit demi sedikit, saya mengutip cebisan diri yang pecah ke lantai.

Impian yang awal-awal lagi telah berkecai. Saya kutip.

Kutip. 

Mudahan ada energi luar biasa untuk saya cantum semula.


19.12.2014


Rescue

|
Kalau boleh minta CPR, kadang-kadang aku mahu memilih untuk mati. Bukan cinta yang disembunyi dari orang, bahkan derita yang tersimpan diam.

Berfikir banyak kali tentang fasa baru ini. Benar atau tergesa-gesa? Atau bodoh sekali penilaianku. Atau mungkin kifarah sepanjang hidup.

Terlalu banyak rahsia.

Jika boleh mohon diselamatkan dari hanyutan dunia, aku mahu ke akhirat. Tapi cinta belum cukup dijadikan bekal.

Doa demi doa .

Pohon dengan esakan.

Dia selalu menjawab segera. Syukur . Tapi nanti-nanti diuji lagi jiwaku yang rapuh mahu pecah ini. Hingga terasa tak terdaya mahu mengorak langkah. Mahu dipapah semangatku.

Bila diri sudah hilang dalam diri. Apalah yang ada lagi ?

Ku pohon Salam.
Ku pohon KeSelamatan.
Ku pohon bahagia.


Cukuplah rasa derita yang telah Kau  beri pinjam, aku mohon Kau ambil semula.
Tuhan, izinkan pula aku merasa bagaimana enaknya cinta yang Kau redha.

Ampunilah. Selamatkanlah aku yang sedang perit ini.
Duhai yang Maha Berkuasa.

Gugurlah Benci

|
Kemarahan apakah sempat beraja di hati ? Sedang diri ini dahulu tak kenal erti marah, tak tahu erti rusuh. Busuknya hati ini hingga sempat si jahat meraja di hati. Aduhai

Gugurlah benci.

Satu persatu ketidakpuasan. Ya ! Seperti hukuman si pe Neraka yang dahaga air di dalam api. Tak puas-puas.

Gugurlah benci.

Bagaimana mungkin keinginan menjadi mati. Semangat menjadi pudar. Tika dunia sedang mengorak mengukir lazat.

Tidak.

Dunia bukan tempat kelazatan.

Lalu gugurlah benci. Jangan membenih dalam diri.

Hingga satu hari.

Cinta menguasi diri.


19.12.2014