Hu Sticker for Protection

|
Klik sini - http://www.7chakra.com/Huwa-Sticker.html

Banyak sangat testimoni tentang sticker ni. nanti saya cerita ya...
( haih..mengantuk pulak... he hee he.. )

Dont Read People !

|
** 123456789*

Masalahnye kalau masing-masing dah mula berjinak-jinak dengan ilmu nombor, habis semua birthday orang nak ditelek. saya juga begitu. masa mula-mula belajar numerologi, semua birthday kawan-kawan saya- jadi mangsa bacaan. Ha ha.

Ia bertujuan untuk membiasakan diri dengan elemen dan sifat-sifatnya. Ilmu yang baru, perlu dipraktis supaya 'esens'nya diperoleh. Tak payah nak kecoh satu alam," aku tahu pasal kau sebab aku boleh baca tarikh lahir kau."

Eh hello !!!! korang jangan nak perasan terror eh ! Ko ingat ko tu dah ikut 'jalan yang benar' sangat ke ?? suka-suka nak tafsir perangai orang. lagi meluat, kalau orang tak mintak tolong baca. pastu tegedik-gedik pulak nak tunjuk ko tu teror kan ?
Malu lah sikit.

Ilmu numerologi sungguhpun ada 'benar'nya, tapi jangan lah nak buat ayat macam hidup mati manusia boleh dibaca dari tarikh lahir. Banyak lagi pertimbangan lain.yang perlu diambil kira., silap-silap...boleh terpesong dari Islam. Jangan buat main.Tanggung lah sendiri.

Sungguhpun anda tahu yang " Si Dogol" itu tak sesuai bekerja dalam Bank, tapi dia dah 10 tahun kerja dengan Bank.. jangan lah sound direct kat die " kau tak sesuai sebenarnye keje kat bank ni, ko patut buat keje-keje macam jadi pak guard ke..."
Agak-agak la.... kalau tak pandai buat Konsultasi, jangan nak EKSEN BELAGAK PANDAI. Belajar dulu, macamana nak ambil hati 'client', apa ayat yang sesuai, bagaimana cara nak playsafe.

Numerologi bukan untuk JUDGE orang. Harap maklum.

Reiki : Love Energy

|
Ada ketikanya, Reiki memberi saya 'ingatan' tentang Miracles. Tentang betapa indahnya energi penyembuhan yang kita kadang-kadang tak perasan akan kehadirannya.

Lama saya beralun rentak dalam Penyembuhan Reiki ini, sehingga ia menjadi perkara biasa-biasa saja. Saya tidak 'alert' untuk melihat keajaibannya. Bila sakit, terus saja gosokkan tangan dan letak di tempat yang sakit. Bila muram, letakkan saja tangan di dada dan baca Al-Fatihah. Tak terfikir langsung begini " aku sedang Reiki, dan sekejap lagi mesti baik..sebab aku dah Reiki". Tidak. Hanya Allah jualah yang menyembuhkan. Bagaimana cara, saya serahkan saja kepadanya.

Sesuatu luka akan cepat sembuh jika saya Reiki dengan kasih sayang. Yang lahir dari hati. Yang tak dibuat-buat. Baru-baru ini, saya Reiki kawan saya, lengannya terluka agak dalam tercedera pada 3 hari sebelum saya jumpa. Lalu saya Reiki macam biasa dan 'menjahit' lukanya supaya cepat sembuh.

Alhamdulillah, keesokan hari - luka tersebut seperti 'terjahit' ,tertutup rapat dan kering. Saya sendiri 'terkagum' dengan energi penyembuhan Reiki. Syukur Alhamdulillah.. Allah jua yang menyembuhkan.

Dia kata pada saya " What u did to me ( healing ) was simply amazing. Saya ada luka di lutut 2 minggu lepas, tak teruk macam di lengan, tapi sampai hari ni belum baik-baik. Tapi luka kat lengan ni dah baik.Ia sembuh dengan sangat cepat ! "

Saya tersenyum dan bersyukur , Allah jua yang menyembuhkan.

Saya sudah agak lama tidak 'miracle' seperti ini. Bila ia berlaku, saya rasa bersyukur kerana dipertemukan dengan ilmu penyembuhan ini. Saya terkenang kembali bagaimana 'rasa' saya ketika Reiki lengannya hari itu.. Ya ! " Energi Kasih Sayang" mengalir dengan sangat tulus sepanjang saya 'mengulit' lengannya yang luka.

At last...i fall into Delta zone..

|
Semalam pergi Yoga. Jason Class. :)
( Jason is my favourite insctructor. )
Lately terlalu sibuk sampai tak dapat nak attend yoga selalu-selalu. Saya tak pernah tertidur dalam kelas yoga bila sampai part "savasana". Kecuali bila pergi kelas 7pagi, memang yoga dalam keadaan mamai dan mengantuk. ha ha.

I always failed to get rest during yoga. ha ha.. DUKAsana je memanjang. wakakaka.. !!
Tapi semalam, AKHIRNYA ! saya terjejak jugak " Delta Zone" ...terlelap dalam sedar. Sampai kene kejut dek instructor. he he he..

Mahu yoga lagi !!!

Numerologi dan peringatan...

|
.
.
Pertama, tahu rahsia nombor. Apakah elemen no 1-9, siapa mewakili tanah, udara, angin, air dan api. Ketahui sifat kekuatan dan kelemahannya dari semua aspek.

Kemudian, aplikasi pengetahuan tentang nombor dalam tarikh lahir disebut numerologi. Dari sini, pelbagai rahsia diri disingkap satu persatu. Bagi yang terbuka, ada nur di dalamnya. Bagi yang tak percaya...tiada apa akan diperolehi ! Hanya bahan ketawa. Kesian.

Ilmu ini boleh dikembang kepada semua perkara. Nombor telefon, nombor rumah, tarikh hari ini, tarikh akan datang, nombor kereta.. apa sahaja yang BERNOMBOR, si pengkaji numerologi pasti peka dengan maksudnya. Bagi saya, itulah beza antara orang berilmu dengan tidak. Tidak melihat nombor 5 6 7 8 3 4 1 9 2 sebagai nombor sahaja..tetapi punya erti, kelebihan, kekurangan dan penyelesaiannya.

Dalam program Retreat & Recharge yang Dr Mir Hazil anjurkan, seringkali tarikh-tarikh istimewa seperti 090909, 101010, samada Tarikh Hijrah / Tarikh Masehi akan dikupas halus. Beserta dengan membuka lembaran kitab Al-Quran, memerhati ayat ke (nombor) berapa, surah ke berapa...ianya diperhalusi dengan MAKNA ayat tersebut.

- Ikuti kisah 10/10/10 Dr Mir Hazil di SINI -

Allah swt tidak menurunkan sesuatu ilmu dengan sia-sia. Sungguhpun ilmu itu dikuasai oleh sesuatu kaum kafir, bagi saya tidak ada salahnya kita mengadun ilmu dan melihat dengan skop yang lebih luas.

Dalam Islam juga ada nombor-nombor Istimewa yang DIINGATI oleh penganutnya. Seperti 5 Rukun Islam, 6 Rukun Iman, 99 Nama Allah, 13 Rukun Solat, dan 25 Nabi dan banyak lagi. Malangnya, hari ini ramai sungguh antara kita yang memandang tanpa mata nombor-nombor yang muncul dalam pergerakan harian mereka.

Lalu, bila ada satu ilmu seperti Numerologi (dari China), maka ilmu ini kelihatan seperti sungguh kabur dan sesat. Padahal, mereka belum pun mengkaji sebelum menghukum !

Tidak saya nafikan, ramai "CIKGU PALSU NUMEROLOGI " di Malaysia sedang menyebarkan 'iklan' (bukan ilmu) mereka. Kasihan Orang Kita.... yang iklan paling hebat tu nampak macam betul.. padahal dah kene tipu.

Berhati-hatilah sangat tu...

Reiki Special - 10/10/10

|
Lama sungguh tak ke Reiki Centre, IQBC. Makin rindu dengan energi ilmu dan benda2 luar biasa. Saya masih tak tahu bagaimana cara untuk ke sana esok pagi, kerana tiada kereta :(
Kereta masuk workshop. Hari Isnin baru siap.

Pn Habibah mungkin datang dari Temerloh naik bas. Hm..macam mana nak ke sana ?

Saya betul2 sudah hilang fokus dalam kerja. Energi semakin menurun. Terasa lama, buruk dan berbau hapak. Energi ini perlu 'dicuci', di wangikan.. saya perlu kesegaran baru. Mudah2an ada sesuatu untuk saya di sana. Dapat bersama dengan rakan2 se Reiki pun dah cukup bagus.

Tak sabar nak dengar ilmu yg bakal Master Hazil kongsi.

Berbulan-bulan emosi saya terseksa dengan pelbagai karenah yang kecil-kecil tapi menyesakkan jiwa. Saya betul2 letih dengan ape yg telah dan sedang berlaku. Saya harap selepas ini, berhentilah semua ujian yg sungguh menggedik ini. Akhirnya, tercalit trauma pada diri saya. :(

Mudah2an saya akan dapat semula kekuatan untuk Mencuci Trauma tersebut.

Tugasan di ofis semakin berat. saya perlu fokus dan bersungguh-sungguh. Banyak impian saya tergendala. Terasa seperti saya kehilangan sokongan. Terumbang ambing keseorangan.

Aduh. saya ingin bangun. bangun dari kelesuan ini. ingin mengejar sesuatu yang lebih hebat dan luar biasa. yang bakal memadamkan 'pandang rendah' orang terhadap saya.

saya ingin jadi rajin dan bertenaga.
rajin. rajin . rajn.
mahu keluar dari belenggu ini.

Reiki for Health : Demam

|
1. Chakra Utama - Base , Heart , Crown
2. Cleansing
3. Energizing
4. Bim energi pada 7 lapisan aura
5. Redha dan Tawakal


Ulang byk kali bada chakra di atas, disamping teruskan energize pada semua chakra2 yang lain.