Numerologi dan peringatan...

|
.
.
Pertama, tahu rahsia nombor. Apakah elemen no 1-9, siapa mewakili tanah, udara, angin, air dan api. Ketahui sifat kekuatan dan kelemahannya dari semua aspek.

Kemudian, aplikasi pengetahuan tentang nombor dalam tarikh lahir disebut numerologi. Dari sini, pelbagai rahsia diri disingkap satu persatu. Bagi yang terbuka, ada nur di dalamnya. Bagi yang tak percaya...tiada apa akan diperolehi ! Hanya bahan ketawa. Kesian.

Ilmu ini boleh dikembang kepada semua perkara. Nombor telefon, nombor rumah, tarikh hari ini, tarikh akan datang, nombor kereta.. apa sahaja yang BERNOMBOR, si pengkaji numerologi pasti peka dengan maksudnya. Bagi saya, itulah beza antara orang berilmu dengan tidak. Tidak melihat nombor 5 6 7 8 3 4 1 9 2 sebagai nombor sahaja..tetapi punya erti, kelebihan, kekurangan dan penyelesaiannya.

Dalam program Retreat & Recharge yang Dr Mir Hazil anjurkan, seringkali tarikh-tarikh istimewa seperti 090909, 101010, samada Tarikh Hijrah / Tarikh Masehi akan dikupas halus. Beserta dengan membuka lembaran kitab Al-Quran, memerhati ayat ke (nombor) berapa, surah ke berapa...ianya diperhalusi dengan MAKNA ayat tersebut.

- Ikuti kisah 10/10/10 Dr Mir Hazil di SINI -

Allah swt tidak menurunkan sesuatu ilmu dengan sia-sia. Sungguhpun ilmu itu dikuasai oleh sesuatu kaum kafir, bagi saya tidak ada salahnya kita mengadun ilmu dan melihat dengan skop yang lebih luas.

Dalam Islam juga ada nombor-nombor Istimewa yang DIINGATI oleh penganutnya. Seperti 5 Rukun Islam, 6 Rukun Iman, 99 Nama Allah, 13 Rukun Solat, dan 25 Nabi dan banyak lagi. Malangnya, hari ini ramai sungguh antara kita yang memandang tanpa mata nombor-nombor yang muncul dalam pergerakan harian mereka.

Lalu, bila ada satu ilmu seperti Numerologi (dari China), maka ilmu ini kelihatan seperti sungguh kabur dan sesat. Padahal, mereka belum pun mengkaji sebelum menghukum !

Tidak saya nafikan, ramai "CIKGU PALSU NUMEROLOGI " di Malaysia sedang menyebarkan 'iklan' (bukan ilmu) mereka. Kasihan Orang Kita.... yang iklan paling hebat tu nampak macam betul.. padahal dah kene tipu.

Berhati-hatilah sangat tu...

2 comments:

aduka30 said...

cik timah...aku pun ada tersedar yang unsur besi yang tertulis di papan kimia itu nombor nya sama dengan nombor surah shadid atau besi di dalam alquran...namun adakah ini satu kebetulan atau ketetapan...berbahagia bagi org2 yang suka berfikir akan kebesaranNYA...ALLAH HU

FAZA @ IMA said...

:)
banyak lagi perkara2 menarik tentang nombor, unsur2 sains yang diperjelas dalam ilmu nombor - yang di'rakam' dalam Al-Quran..