Aim Higher

|



Motivator pesan utk Aim Higher.

Lagi tinggi Aim, lagi banyak kerja.
Lagi banyak kerja, lagi kurang masa.
Lagi kurang masa, lagi banyak kecewa.


Habis tu, macamana ?




15/1/2016

things i wanted the most...

|
Menjeruk jauh dalam hati, diam-diam perit sendiri. Padan muka tak mau reiki hari-hari siapa suruh. To do list dah terbang ke mana arah sebab tak payah tulis pun dah sarat dengan kerja lepas satu, satu tak habis-habis.

Apatah lagi wish list, apa yang di mahukan pun tak jelas. Macamana nak dapat yang elok-elok ?

Sekarang jomlah listkan..

- saya mahu tenang fikiran & emosi
- saya mahu suami memahami
- saya mahu jadi isteri memahami
- saya mahu suami isteri sehati satu impian
- saya mahu mata abah pulih
- saya mahu beban mak berkurang
- saya mahu lebih solehah
- saya mahu langsai hutang
- saya mahu bebas
- saya mahu kaya & bijaksana
- saya mahu solat tahajud setiap malam
- saya mahu ganti puasa
- saya mahu sihat seperti 17 tahun
- saya mahu matang dan berjaya
- saya mahu banyak sedekah
- saya mahu berakhlak baik
- saya mahu rajin reiki
- saya mahu ubati orang sakit
- saya mahu berbakti sebanyak-banyaknya
- saya mahu bahagia dan ceria
- saya mahu kurus berbadan cantik
- saya mahu memiliki wajah yang manis
- saya mahu memiliki perniagaan yang berkembang pesat
- saya mahu memiliki keluarga yg mengamalkan islamic lifestyle


Masukkan semua Wishlist di atas ke dalam metaphysic ball.........

energize... reiki...

upload .

imagine saya dapat semuanya.

Amin !


30 -09-2015

p/s : malam tadi saya mandi S7 Ramadhan + Garam + ( bunga tak jumpa ) , pukul 12.30 malam sempena Supermoon malam sebelumnya.

Bertemu diri

|


Blog ini seperti gua. 
Saya datang jika mahu bersendiri. Di luar terlalu pikuk sehingga saya hanyut.
Meski pelik dan ntah apa-apa tulisannya, tapi bila baca semula cebisan nota yang lepas, saya kembali ingat diri saya.

Betapa dahulu darahnya muda. Jatuh berkali-kali tapi masih mahu bangun. Sekarang belum tua dari bilangan usia. Tapi barangkali dosa terlalu menimbun, lalu mengambil hayat dan kudrat meninggalkan usia yang semakin singkat.

3 hari di rumah memberi masa untuk saya menarik buku-buku 'self healing'. Buku Reclaim Your Heart tulisan Ustazah Yasmin Mogahed begitu menyentuh setiap fikiran saya . Saya mula memahami atau mungkin sebelum ini sudah tahu, tapi ia mengingat-ingatkan saya tentang perkara yang berlaku. Membawa saya untuk terima dan redha ujian demi ujian yang makin berat. 

Berselang seli saya baca Buku Reiki. Sedikit demi sedikit nafas saya ada kelegaan. Seperti melihat seurat cahaya dalam bilik gelap. Hati semakin menyinar. Ada sesuatu yang boleh saya buat. Ada jalannya. Ada cara yang boleh saya kerjakan.

Oh ! Dahulu saya mahir. Semua benda saya Reiki. Tapi makin lama.. kononnya short cut..petik2 jari, iringan minda kononnya memadai. Akhirnya jiwa tak meyakini. Bagaimana nak menjadi ?

Teringat Dr Hazil cakap dulu masa mula-mula belajar Reiki, biasanya master-master ni dah makin lama makin pro. Petik jari ja. Tak tahu lah pro ke malas. Saya mengaku saya malas. Sudah tiba saatnya saya teruji sendiri.

Ternyata, Reiki dengan tertib lebih berkesan. Buat lah hands on. Buatlah distant healing. Betul-betul. Macam belajar dalam kelas. 

Sedikit demi sedikit, saya mengutip cebisan diri yang pecah ke lantai.

Impian yang awal-awal lagi telah berkecai. Saya kutip.

Kutip. 

Mudahan ada energi luar biasa untuk saya cantum semula.


19.12.2014


Rescue

|
Kalau boleh minta CPR, kadang-kadang aku mahu memilih untuk mati. Bukan cinta yang disembunyi dari orang, bahkan derita yang tersimpan diam.

Berfikir banyak kali tentang fasa baru ini. Benar atau tergesa-gesa? Atau bodoh sekali penilaianku. Atau mungkin kifarah sepanjang hidup.

Terlalu banyak rahsia.

Jika boleh mohon diselamatkan dari hanyutan dunia, aku mahu ke akhirat. Tapi cinta belum cukup dijadikan bekal.

Doa demi doa .

Pohon dengan esakan.

Dia selalu menjawab segera. Syukur . Tapi nanti-nanti diuji lagi jiwaku yang rapuh mahu pecah ini. Hingga terasa tak terdaya mahu mengorak langkah. Mahu dipapah semangatku.

Bila diri sudah hilang dalam diri. Apalah yang ada lagi ?

Ku pohon Salam.
Ku pohon KeSelamatan.
Ku pohon bahagia.


Cukuplah rasa derita yang telah Kau  beri pinjam, aku mohon Kau ambil semula.
Tuhan, izinkan pula aku merasa bagaimana enaknya cinta yang Kau redha.

Ampunilah. Selamatkanlah aku yang sedang perit ini.
Duhai yang Maha Berkuasa.

Gugurlah Benci

|
Kemarahan apakah sempat beraja di hati ? Sedang diri ini dahulu tak kenal erti marah, tak tahu erti rusuh. Busuknya hati ini hingga sempat si jahat meraja di hati. Aduhai

Gugurlah benci.

Satu persatu ketidakpuasan. Ya ! Seperti hukuman si pe Neraka yang dahaga air di dalam api. Tak puas-puas.

Gugurlah benci.

Bagaimana mungkin keinginan menjadi mati. Semangat menjadi pudar. Tika dunia sedang mengorak mengukir lazat.

Tidak.

Dunia bukan tempat kelazatan.

Lalu gugurlah benci. Jangan membenih dalam diri.

Hingga satu hari.

Cinta menguasi diri.


19.12.2014

Kasih Pengikat Komitmen

|
Mencemar duli untuk tahun 2014. Hati tak mampu untuk menyimpan lalu ku luah menjadi perkataan di sini. Sejak 22 Jun lalu, terlalu banyak air mata yang ditahan. Sesekali keluar dalam diam bila bersendiri.

Sebelum ini, twitter jadi peluah rasa. Bagus juga sudah tidak melampias di situ. Lupa username. Lupa password.

Kebelakangan ini, jarang sekali buat full self healing mahupun merawat orang. Resq56 yang dahulunya jadi rutin ..sekarang sesekali. 

Terasa dunia ini memberi keadilan yang berbeza..Saya fikir keadilan itu disalur mengikut intention minda juga. Akhir ini terasa aneh bila saya mengambil berat tentang orang A, tapi diambil berat oleh orang B. Kemudian saya ambil komitmen dgn orang C. Dimana bersama si C, rasanya berbeza sekali dengan A dan B.

Barangkali itu ujian keadilan. Saya masih mencari petunjuk jalan mana harus dipilih yang betul. Yang seragam dengan agama dan jiwa. Selayaknya saya rasa ringan dan mudah bila berbuat kebaikan, bukan ?

Bercakap tentang komitmen, saya benar-benar mahu rasa kasih menjadi pengikat komitmen. Jika mahu terus kekal bekerja dengan sesebuah syarikat, pasti kasih pada pekerjaan itu menjadi pengikat, bukan ? Jika duit yang jadi pengikat komitmen, saya fikir bila-bila masa pasti akan berlaku kecurangan.

Naluri akan sentiasa berusaha untuk melepas diri mencari lebih kesenangan.

Saya masih mencari petunjuk. Sesekali hati remuk. Sesekali tampalan yang ada terurai . Dan berkecai.


5 Julai 2014,
7 Ramadhan 1435

Rahsiaku RahsiaMu

|
Beginilah kan, kita sering menyusah-nyusahkan perkara mudah kerana perangai kita sendiri, kerana preferences yang kita wujudkan sendiri.

Mahu makan nasi ayam di kedai Pak Mat sebab sedap sangat,, tapi tak mahu makan disitu sebab panas dan lantainya bermozek licin. Apa nak buat, pakcik itu ada impiannya sendiri mahu kedai bermozek licin. :p Kalau kita mahu juga makan nasi ayam itu datang lah dengan baju yang nipis, ringan dan tidak simpan peluh. Dan jangan pula gatal pakai kasut bertumit halus / jenis senang jatuh. Apa yang penting ialah cari jalan penyelesaian. Adapt. adapt . adapt dengan persekitaran.

Kenapa kita perlu mencari-cari ketidaksamaan sedangkan nilai persamaan itu jauh lebih mudah dicari ?

Kenapa perlu cari yang negatif sedangkan yang positif itu didepan mata?

Kenapa mencari dan membiar jurang yang besar, sedang ia boleh didekat dan dicetekkan ?

Jawabnya pada diri yang kadangkala meletak garis panduan yang tidak kena pada tempatnya. Saya sendiri ada waktunya sukar untuk menjawab pelbagai persoalan diri. Barangkali itulah pentingnya gerak hati yang datangnya dari Allah,bukan ? Bagi memudah cara.

Ada rahsia kita, jadi rahsia Allah.
Ada rahsia Allah, rahsia buat kita.

Ada yg boleh terbuka.
Ada yang tertutup selamanya.


1 Mac 2014

saya masih tak percaya, tahun 2013 hanya ada 1 post shj di blog ini.