ir a principal |
Ir a lateral
Sejak beberapa minggu lalu..saya sering mendapat mimpi dan petunjuk yang semakin jelas. Sedikit demi sedikit..saya merasakan ada perubahan pada diri saya.Saya tidak pernah berhenti dari self healing. Walaupun sering 'sakit-sakit', saya terus tanpa henti Reiki diri sendiri. Saya tetap ingat pesan Master Hazil, lebih baik Reiki 5 minit, dari tak Reiki langsung. Agak sedih juga kerana sudah berbulan-bulan Reiki Retreat & Recharge di IQBC tidak berlangsung. Tidak dapat saya nafikan, R&R memang banyak membantu kesihatan saya. Sekadar nota utk diri saya : Kebelakangan, saya mimpi sesuatu yang berkaitan masa depan, soal hala tuju, soal perkahwinan, soal pertemuan.. Cuma sedikit kecewa, saya masih belum nampak jelas 'pelakon' didalam mimpi itu. Mungkin saya sendiri belum bersedia. Apa yg saya lihat, mimpi itu bersambung-sambung dan mempunyai siri yang sungguh menarik perhatian saya. Ia seperti satu 'skrip drama' yang mengajak saya menjiwai lakonan setiap pelakon yang ada dalam drama tersebut.Perasaan saya tidak sabar utk membongkar 'rahsia' itu. Mudah-mudahan akan terzahir segala yang tersirat.
1 comment:
salam
saya tercari2 tentang reiki. banyak orang menawarkan kursus reiki dengan bayaran yang pelbagai. saya ingin mencuba tetapi kurang yakin untuk mengambil kursus jarak jauh. untuk kursus hadir diri pula menuntut bayaran yang tinggi pula. apa pendapat anda?
Post a Comment