Hari tu aku bercuti dan berehat melapangkan diri dengan 'kesejukan'. Selalunya, kalau aku seperti hilang diri, aku akan mencari kesejukan dan disitu aku bertemu kebebasan. Minda aku bebas dari segala keresahan. Hati aku tenang dan bebas dari segala belenggu. Aku menjadi aku.
Aku belajar menerima kesilapan yang lalu. aku belajar menerima diri aku yg lemah. aku belajar menerima kekuatan aku. Dan pembelajaran ini tidak akan berhenti sehingga aku mati.
Hampir berbulan aku cuba kembali menjadi aku.
" i choose to not give up "--------------------------------------------------------------------------
LUCID DREAM 2 malam yang lepas, aku bermimpi. dah lama aku tak dapat 'lucid dream'. kali terakhir aku dapat lucid dream pada December 2008. Wah, hampir setahun juga.
Dalam mimpi tersebut. :
Aku berada dalam satu bilik yang penuh dengan buku-buku tebal. bilik itu seperti direka cipta oleh 2 orang yang sengaja ingin memisahkan aku dengan dunia luar. Selama bertahun aku tinggal disitu dan aku fikir aku happy dengan kehidupanku.
Entah bagaimana, tiba-tiba ada satu panggilan yang mendetikkan hati aku utk keluar dari situ. Aku selama ini tersedar yang aku terpenjara dalam bilik kebal. Aku cuba membuka pintu utk keluar. malangnya, sudah di mangga. Aku cuba pecahkan dinding bilik, juga tidak pecah. Aku cemas.
Namun, keinginanku melonjak. Dan aku sedar bahawa aku cuma bermimpi. bilik ini cuma ilusi. aku mesti cari jalan keluar. Tiba-tiba, buku-buku yang selama ini aku baca menjadi penyelamat. Mereka menjadi tangga yang boleh berubah bentuk dan menunjuk jalan keluar. 2 orang yang selama ini memenjarakan aku kelam kabut memastikan aku tidak berjaya keluar. Tapi malangnya, buku itu hanya ingin menyelamatkan aku. Setiap kali 2 orang itu cuba memijak tangga buku, tangga itu berderai.
Pintu yang dimangga kebal itu tiba-tiba terbuka. Dan aku yang bermimpi ini sedar, selama ini pintu itu kebal kerana ketakutan dan ketidakyakinan dalam diri aku.
Akhirnya aku bebas.. keluar.. dan ada burung yang menunggu dan menyambutku diluar. Membawa aku terbang. Aku naik burung..dan burung itu bertanya " aku hendak kemana?".
Aku jawab " aku ingin melihat dunia...melihat bumi dengan mata kebebasanmu ".
Burung itu membawa aku terbang tinggi.. lalu aku melihat ke bawah, ada gunung yang indah, pohonan menghijau..ada pokok renek, ada pokok tinggi.. aku tidak mahu berhenti terbang. Sehingga aku berkata pada burung, " bawa aku ke satu tempat yang terbaik utk ku ".
Burung itu seperti faham kehendak 'hati'ku.
Dan dibawanya aku ke satu kawasan lereng bukit, ada kolam yang airnya sungguh cantik dan tenang. Seperti satu taman. Ada bunga-bungaan yang terang gemilang. Bunga itu berwarna purple, kuning dan pink. Aku mendekati bunga tersebut.. Subhanallah.. Kelopaknya bukanlah kelopak bunga biasa. Ia terdiri dari cecair yang mengeras dan pabila terkena cahaya, ia berkilau mengikut warna yang aku mahu lihat.
Bila aku pegang bunga tersebut, seperti ada sesuatu yg disampaikan. " carilah kebebasan. Aku terjadi dengan kehendak dirimu, kau mahu melihat aku begini, lalu aku jadi bunga seperti yg kau mahukan. Kuatlah menghadapi rintangan. Telah kau harung segenap alam, belum cukupkah pengalaman itu utk kau jadi seperti yang kau mahu ?"
Di taman itu, aku terasa jiwa aku bebas. Segala beban terlepas. Aku yg bermimpi ini sedar aku sedang bermimpi. Lalu kulepaskan segala bebanan, sakit hati, kesedihan, kekalahan, dan ketakutan ke taman tersebut. Aku semakin bebas. Hati aku makin lapang.
Burung tadi membawa aku pergi.. keluar dari taman..
Aku tahu misi mimpi telah selesai. Dan aku buka mata. Aku bangun dari tidur.
Senyuman terukir di bibir.
Alhamdulillah.. ya Allah..terima kasih atas inspirasi ini.
No comments:
Post a Comment