Ikhlas, Allah bayar cash kebaikanmu..

|
Ternyata apa yg ku lalui tidak lama tadi meninggalkan kesan spiritual dalam diri aku.

( terima kasih jika sudi baca kisah ini, mudah-mudahan anda dapat iktibar )

Hari ini, aku, mak dan abah ke pusat refleksologi. Alhamdulillah, selesai diurut 1 jam, terasa lega kaki ni. Lepas urut, lapar lah sudah. Terus saja kami bergegas ke foodcourt berhampiran. Abah dan mak makan besar hari ni. Seronok bila melihat abah menikmati makanan Arab, walaupun mahal tapi kepuasannya terasa dan terserlah di wajah abah.

Sesudah makan, kami bersembang-sembang lagi sebelum angkat kaki pulang. Tiba-tiba, ada seorang mamat datang menghampiri meja dan memberi salam pada abah. Terlintas di suara hati saya , " mesti nak mintak tolong duit ni..".

Maka, mamat tu pun berceritalah yang dia baru keluar dari penjara dan ingin pulang ke Kelantan, tapi tidak cukup wang tambang dan makan. Di poketnya cuma ada RM 10, dan dia tunjukkan dompet dan ic sementaranya. Abah mendengar dan bertanya-tanya latar belakang mamat tu.

Aku melihat 'body language' mamat tersebut, ada sebahagian yang diucap benar, tapi ada juga yang dia menipu. Riak tubuhnya seperti penagih dadah. Tapi dia pandai benar mengatur ayat sopan bahawa dia ingin pulang ke kampung bertemu ibu, seolah ceritanya itu benar sekali.

Dipendekkan cerita, abah memang baik hati.. ikhlas dihulurkan not RM50 kepada mamat tersebut. " Nah, ambil lah. Mudah-mudahan lepas ni buat kebaikan, sokong PAS ", seloroh abah.

Mamat tu pun berterima kasih dan beredar.

************************

Sebaik dia beredar, kami bercerita tentang mamat tu. Aku beritahu abah, ayat mana yang mamat tu berkata benar, ayat mana yang dia tipu. Tapi kami tidak kisahlah dengan not yang diberi. Aku, mak dan abah mmg ikhlas hati memberi.

Kata abah , "kalau betul cerita dia, alhamudulillah kita bantu. Tapi kalau dia tipu pun, abah mmg nak bagi."

Aku tambah, " tak apa lah..kita tolong dia sekarang, nanti Allah akan permudahkan urusan kita yang lain. Allah akan tolong kita cara lain pulak..."

Tak lama kemudian, kami pun bangun dari meja dan ingin pulang.. kaki dah sihat, perut pun dah kenyang :D .Tiba-tiba, mak seperti menjerit , " eh, mak punya beg mana ??" Beg itu adalah beg yg sgt berharga. Terlalu berharga. Seperti ingin menangis mak, longlai kakinya.. barangkali terlintas dikepala mak, mamat tadi yang ambil tapi tak sedar.

Bila mak sedang gabra beg nya hilang, saya masih tenang. Ternampak di mata aku ( On Reiki, scanning) , sebenarnya beg itu tertinggal di pusat refleksologi tadi. Mmg mak tak pernah terlalai untuk sengaja meninggalkan beg tersebut. Entah kenapa, hari ni dia terlupa untuk ambil bersama , walaupun handbagnya diletakkan disebelah beg tersebut.

Kami bergegas, dan ambil semula beg berharga tersebut. Mak lega. Syukur alhamdulillah.

Aku terus berkata pada mak dan abah, " Allah bayar cash, pertolongan yang kita beri dengan ikhlas pada mamat tu. Dengan kita sedekahkan RM50 tu, mak tersedar beg nya tak ada dan dapat semula."

Benar sekali ayat-ayat saya tadi.." Allah akan balas dengan cara lain.."
Subhanallah..

Sepanjang jalan ke kereta, kami tak henti-henti ucap syukur. Terima kasih Allah, kerana menyelamatkan harta kami.


TQ Allah.

No comments: