Lama sungguh tak ke Reiki Centre, IQBC. Makin rindu dengan energi ilmu dan benda2 luar biasa. Saya masih tak tahu bagaimana cara untuk ke sana esok pagi, kerana tiada kereta :(
Kereta masuk workshop. Hari Isnin baru siap.
Pn Habibah mungkin datang dari Temerloh naik bas. Hm..macam mana nak ke sana ?
Saya betul2 sudah hilang fokus dalam kerja. Energi semakin menurun. Terasa lama, buruk dan berbau hapak. Energi ini perlu 'dicuci', di wangikan.. saya perlu kesegaran baru. Mudah2an ada sesuatu untuk saya di sana. Dapat bersama dengan rakan2 se Reiki pun dah cukup bagus.
Tak sabar nak dengar ilmu yg bakal Master Hazil kongsi.
Berbulan-bulan emosi saya terseksa dengan pelbagai karenah yang kecil-kecil tapi menyesakkan jiwa. Saya betul2 letih dengan ape yg telah dan sedang berlaku. Saya harap selepas ini, berhentilah semua ujian yg sungguh menggedik ini. Akhirnya, tercalit trauma pada diri saya. :(
Mudah2an saya akan dapat semula kekuatan untuk Mencuci Trauma tersebut.
Tugasan di ofis semakin berat. saya perlu fokus dan bersungguh-sungguh. Banyak impian saya tergendala. Terasa seperti saya kehilangan sokongan. Terumbang ambing keseorangan.
Aduh. saya ingin bangun. bangun dari kelesuan ini. ingin mengejar sesuatu yang lebih hebat dan luar biasa. yang bakal memadamkan 'pandang rendah' orang terhadap saya.
saya ingin jadi rajin dan bertenaga.
rajin. rajin . rajn.
mahu keluar dari belenggu ini.