Selesa menggunakan pendulum sebagai salah satu kaedah scanning. Kristal yg berbucu sangat sesuai dijadikan pendulum. Tapi sebenarnya, semua benda boleh dijadikan pendulum, yang penting ialah ianya perlu diikat dengan tali/rantai supaya ia boleh bebas berpusing dan bergerak.
Sebelum ini, saya ada menyimpan 1 pendulum dalam handbag. Jadi, kemana-mana saya akan bawa dan boleh menggunakannya pada bila-bila saya perlukan. Masalahnya, pendulum dan handphone diletak bersama, energi kristal tu saya rasa seperti sedikit tercemar. Lalu, jawapan yang diperolehi kurang memuaskan dan tak berapa konsisten.
Sekarang, saya pakai rantai yang ada buah kristal. Apabila ada perkara yang perlu di scan, saya tanggalkan rantai dan jadikan pendulum. 2 dalam 1. :) he he. Jawapan yang diperolehi lebih tepat berbanding dengan pendulum sebelum ini. Mungkinkah kerana energinya sebati dengan energi saya ?
Saya masih 'try n error' dgn pendulum. , walaupun sudah hampir 5 tahun tahu 'ilmu' ini. Percayalah, kalau tak praktis, ilmu yang bertahun belajar tu akan hilang dan anda tak mungkin akan 'pakar' dalam bidang tersebut. Heart scanning lebih banyak memandu saya dalam proses healing. Seronok juga main-main dgn pendulum. Kalau tak ada kerja, boring2 tunggu orang, boleh berlatih guna pendulum.
Bagaimana cara guna pendulum ? Erm... sila lah google ! he he..
Efek Samping Obat Kuat Forex Palsu
7 years ago
No comments:
Post a Comment