Dulu masa mula-mula belajar Reiki... banyak fokus dengan ilmu, menghafal prinsip, mengaplikasi prinsip,.. belajar teknik dll... MasterG cakap...'belasah' je.. yang penting buat. Energi Reiki tu bijak.. boleh pergi sendiri kat tempat yg sakit tu. Masa tu, saya masih belum pandai..jadi buat-buat pandai... cedok ilmu sana sini... dan terus apply tanpa jemu.
Student Vision Board |
Makin kerap kita buat healing, makin banyak ilham yang dapat masa merawat.Sambil buat, sambil belajar. Kalau ada penyakit yang tak sure...terus rujuk buku / google utk memudahkan healing. Bila perawat faham sistem tubuh, akan lebih mudah energi penyembuhan tu sampai pada pesakit.
Bertahun-tahun praktis reiki, akhirnya saya jumpa kelebihan diri. Apa yang betul-betul kita mahir, dan jenis sakit yg macamana kita lebih suka rawat/handle. Sepanjang tempoh itu...jangan sesekali rasa hebat. Setiap kali sesi, sentiasa ingat bahawa "saya cuma tukang, Allah saja yang dapat menyembuhkan". Konsep usaha, ikhlas dan tawakal sangat digunapakai dlm rawatan Reiki ini.
Antara perkara penting dalam Reiki ialah.. Menjaga Rahsia Pesakit. Jangan cerita dan kecoh-kecoh kelemahan pesakit. Jika ada sesi sharing, harus bijak menapis ayat dan kongsi pengalaman dengan orang yang betul shj.
Saya selalu rujuk dengan Dr Hazil setiap kali selepas buat rawatan untuk check semula teknik dan apa yang kurang..Kemudian, saya touch up semula supaya pesakit dapat penyembuhan yang optimum.
Hari ini, saya masih belajar dan belajar merawat diri dan merawat org lain. Ilham Allah beri bila-bila masa...ujian juga Allah beri bila-bila masa. Jika third eye dah sharpen, saya harus belajar untuk 'menapis' info-info yang perlu sahaja kepada pesakit.. Ada benda boleh dicerita, ada benda cuma untuk diri sendiri saja. Saya masih belajar. Mohon petunjuk dari Allah dan dari kalian juga.
Alhamdulillah, saya rasa seronok bila dengar berita baik dari client..
Saya suka bila client saya tak sakit lagi...kalau boleh biarlah betul-betul sihat... Ada waktu, Reiki menjadi pemudah cara penyembuhan. Pesakit akhirnya bertemu dengan rawatan yang paling serasi dengannya.
Wallahua'lam.
Master Fatimah
No comments:
Post a Comment