Reiki For Student : Anak 4-8 tahun, bagaimana mereka?

|



Kebelakangan ini saya menyediakan sesi terapi Reiki untuk pelajar cemerlang. Sangka saya pelajar itu kurang sukses kerana mereka stress dan emosinya boleh jadi berceramuk kerana faktor sekolah, famili, guru, kawan atau faktor kesihatan.

Ya. Ada benarnya untuk pelajar remaja. Mereka berada di dalam fasa pencarian identiti. Kebiasannya bagi kanak-kanak berumur 1-12 tahun, warna aura mereka cenderung berwarna panas seperti merah, jingga atau kuning. Apabila masuk ke sekolah menengah iaitu fasa awal remaja, warna aura sudah mulai berkombinasi dengan warna sejuk seperti hijau, biru, indigo atau violet. Nah, itulah yang disebut sebagai fasa perubahan atau fasa penentuan identiti.

Saya akan bincang hal ini dalam entri yang akan datang. InsyaAllah.



Hari ini, saya mahu menyentuh Reiki untuk pelajar tadika - sekolah rendah. Saya agihkan dalam 2 kategori iaitu umur 4-8 tahun dan 9-12 tahun.

Kanak-kanak 4-8 tahun :

Ramai ibu bapa yang menghantar anak mereka untuk sesi terapi Reiki di tempat saya dengan harapan yang menggunung agar anaknya boleh terus jadi rajin, suka belajar dan kurangkan main. Saya cuba sedaya upaya untuk mengharmonikan aura si anak untuk beberapa sesi terapi, di samping memberi semangat kepada si anak, dan membacakan numerologi anak kepada ibu bapa. 

Apa yang saya lihat, energi si anak sungguh 'bersih' tanpa sebarang trauma atau masalah berat. Cuma kadang kala keletihan kerana aktif bermain. Pada usia ini, mereka umpama mutiara yang perlu digilap mengikut potensi masing-masing. Ada yang memerlukan kehadiran ibu/ayah ketika mengulangkaji atau membuat kerja sekolah. Tapi sayang sekali, si ibu memberi alasan terlalu penat bekerja dan membiarkan saja anak buat kerja sekolah sendiri. Disebabkan ibu tak faham teknik mengajar yg sesuai... maka sesi pembelajaran menjadi suatu perkara yang sukar untuk anak.

Ada juga parent yang memberi impian terlalu rendah untuk anak-anak. Mereka cuma pesan pada anak .. 

" Aiman mesti buat kerja sekolah sampai siap..kalau tak pandai pun tak apa..tak dapat no 1 pun tak apa..yang penting buat kerja sekolah.."

Saya seperti mahu menangis bila mendengar pesanan begitu. Habis ? Buat apa datang buat sesi terapi ini ? Bukankah terapi ini namanya " Terapi Reiki untuk jadi Pelajar Cemerlang?"  

Berhati-hatilah agar tidak memberi arahan yang kurang tepat dan bercanggah dengan tujuan mereka ke sekolah. Jika anda kurang berjaya di sekolah dahulu, usah duplicate pada kehidupan anak. Potensi mereka barangkali jauh lebih besar jika anda kembangkan dengan baik.

Berkenaan aduan anak berumur 5-7 tahun yang terlalu suka main PSP, Tab, Angry Bird dan macam-macam lagi..Saya melihat hal ini hanya berlaku dalam keluarga 'senang' beli barang. Ayah sibuk bekerja, ibu juga sibuk kerja sampai malam. Anak tinggal di nurseri. Waktu berkualiti bersama anak begitu singkat sekali. Bila anak semakin nakal, kurang hormat dan degil...ibubapa menjadi runsing dan membuang kerunsingan dengan membuat syarat pada anak " jika Aiman buat baik minggu ini...ibu hadiahkan ipad..." 

Lebih besar kerunsingan dan rasa bersalah, lagi mahal barang yang bakal dibeli. Saya melihat sendiri hal ini depan mata. Datang untuk sesi rawatan, si ibu mengadu kerunsingannya.. si anak sibuk duduk disebelah tapi sibuk main game di gadget. Kerana mahu menutup mulut anak, ibu sumbat saja dengan besi canggih. Anak yang kecil harus didedahkan dengan IMPIAN yang besar. Supaya mereka jadi dewasa, lebih menghormati dan pandai bawa diri.

Saya lihat jika lebih banyak ibu mendidik, lebih banyak bapa mengambil berat, kelakuan anak jadi matang walaupun mereka baru 4 -5 tahun sahaja ! 
 




Jumpa lagi...


No comments: