Mana satu dulu ?

|
Balik dari raya, kerja terlalu bertimbun-timbun. Masalah juga bertimbun-timbun. Alhamdulillah, rezeki juga berduyun-duyun.

Satu persatu saya selesaikan urusan kerja, peribadi, dan lain2. Hari ni, dah sampai masanya utk menggodek 'kerja2 internet'. Blog-blog yang dah huru hara, fb yang tak sempat update. Mana satu dulu ? Semua nak dibuat. Semua nak digodek. Alahai..

1. Target - nak highlight bisnes yg mana satu ?
2. Fb/ Blog dulu ?
3. Realelite World/ Blog kecil2 dulu ?

Bile saya buka semua blog.. hah ! amek kau..macam fail yang bertimbun-timbun dihempuk depan meja. Uwaaaaaa....!~~

Last2.. saya update Blog Reiki ni dulu. hi hi.... :)
Mungkin saya patut meditasi dan tapping Resq56 untuk permudahkan keputusan saya?

Atau berpendulum ?
haha..

Alahai ima..benda kecik ni pun susah yer??

it's not a championship...

|
ini bukan soal siapa mahu jadi juara. tiada piala untuk direbut. tiada medal untuk disarung. ini bukan soal siapa menang siapa kalah. bukan antara aku dan engkau. bukan antara aku dan dia. bukan antara aku dan mereka. bukan.

ia sebuah perjalanan yang panjang, yang ada tawa, ada duka, ada pahit, ada manis. tetapi ia umpama mimpi sahaja bila berada di dunia akhirat kelak. yang berlaku hari ini, cuma sebagai bekal. bukanlah hari ini hari hisab. tapi perbuatan hari ini menjanjikan 'kualiti' hisab.

Ramadhan: Retreat & Recharge

|
Masa yang terbaik untuk cuci dosa.
Masa yang terbaik untuk menambah pahala.
Masa yang baik untuk berubah.
Masa yang baik untuk recharge energi
Masa yang baik untuk buang sakit jiwa
Masa yang baik untuk buang sakit mental
Masa yang baik untuk repair sakit fizikal

Ramadhan adalah masa yang terbaik untuk anda berkomunikasi dengan diri anda. Dengarlah suara hati, bercakaplah dengan Dia, carilah jalan yang lurus itu. Barangkali anda telah terpesong jauh.

WHAT DOES FIVE FINGERS REPRESENTS ON HUMAN HAND:

|


credit to : http://spiritualcenter.blogspot.com


The human hand has five fingers:

1. little finger
2.Ring finger
3.Middle finger
4.Index finger
5.Thumb finger.

What do these different fingers symbolize? They symbolize as following:


FINGER : REPRESENTS:

  • 1. Little finger : The physical body
  • 2. Ring finger : The mind
  • 3. Middle finger : The intellect
  • 4. Index finger : The individual self
  • 5. Thumb finger : The universal self

Reiki i kids..

|
insyaAllah..saya akan buat come back Reiki i Kids..

kepada ibu ibu , bapak-bapak, adik2 di luar sana..nantikan ya. :D
Reiki i kids ~ where imagination becomes true ..

Find your Guru..

|
5 tahun lepas, apabila saya baca buku-buku Reiki, perkara asas yang mula-mula ditulis dalam buku Reiki ialah berkenaan 'mencari guru'. Saya tidak faham kenapa begitu? Bukankah Reiki ini sudah ada silibusnya? Kenapa perlu mencari guru ?

Saya terus belajar...dan belajar Reiki..nah..dari pengalaman itu saya baru tahu pentingnya ada hubungan baik antara guru dan student. Apabila anda mula mengaplikasi Reiki dalam kehidupan harian, akan ada banyak soalan-soalan akan timbul difikiran. Ketika itu, hati tak sabar mahu jawapan. Jika tiada guru yang ingin membimbing, pasti persoalan itu tergantung dan kita akan tercari-cari hingga mungkin tersalah jalan.

Aduh.. sedih sekali jika berlaku begitu.

Reiki ini ada banyak sekali cabang-cabangnya.. Namun, Reiki yang paling ORIGINAL ialah USUI REIKI. Jika anda faham Usui Reiki, saya percaya..untuk memahami reiki-reiki yang lain mudah saja. Apa pun, jika anda masih belum belajar Usui Reiki, tapi sudah belajar Reiki2 yang lain.. saya ucapkan TAHNIAH. Tapi BERHATI-HATILAH menyusur jalan..

Sebaiknya BERHUBUNGLAH selalu dengan GURU yang beri attunement jarak jauh tu. Bukan hanya melalui EMEL, tapi BERJUMPALAH dengan GURU anda itu..Baru lebih berkat ilmunya. Dari perjumpaan, anda akan dapat lihat matanya, mulutnya, hatinya...adakah SEINDAH ILMU REIKI @ hanya sekadar INDAH RM.

Alhamdulillah..
saya berjumpa dengan Dr Mir Hazil Azran, beliau guru yang sangat saya senangi. Membimbing saya tanpa jemu malah keikhlasannya sering buat saya terharu. Saya selalu dapat LEBIH dari yang saya MAHU.

Kerana yang diberi bukan sekadar ILMU, tetapi juga NUR ILMU.


Terima Kasih Allah..

Yoga lagi..

|
Yoga sebetulnya satu gerakan yang bukan lah menyenangkan.. patah riuk badan dibuatnye. sekejap melentur ke kanan, sekejap melentur ke belakang..belum lagi dengan kepala yang perlu mencecah bumi bila kaki terbuka luas. Di saat melakukan gerakan itu, memang asyik terjerit-jerit kesakitan. Namun, semua keupayaan diri tidak boleh dipaksa. waktu itu lah, minda dan emosi mula tercuit, oh..aku belum layak melakukan lebih dari ini. Keupayaanku setakat ini saja.

Seperti Reiki, Yoga juga memerlukan praktis yang kerap supaya pengalaman dapat ditimba. Dan 'rasa' utk setiap pengalaman itu juga berbeza-beza. Ada hari kita mampu berdiri di atas kepala dengan lama.. ada hari kita tidak mampu berdiri langsung kerana tiada fokus.

Saat-saat saya tidak dapat menghadirkan diri di kelas yoga, saya sedikit kecewa. Bila ibu menghalang saya untuk ke yoga kerap2..saya sedikit hampa. Lalu memadam semangat sedikit. Tapi pesan ibu ada betulnya, yoga tu mengasyikkan saya...terlalu menyeronokkan ..hingga banyak waktu juga terhabis untuknya.

Jika anda ingin mencuba yoga, saya mengalu-alukan anda. Ia bukan pergerakan perlahan dan melipat-lipat tubuh dengan bodoh...tapi ia benar-benar bermakna jika anda sedang melakukannya..

Namun, jika anda hanya memandang...pasti anda berbisik dalam hati " gila ! tak ada kerja ka melipat-lipat badan..buat apa nak buat macam tu..menyeksa diri.."

"Yang memandang, takkan punya rasa yang sama dengan yg sedang merasa."