Hattrick of Dejavu @ Bukit Cerakah

|
Venue : bukit cerakah

Date : 6/5/2012

Mode of energy : received n quiet.

Event : supermoon

R&R @iqbc

Published with Blogger-droid v2.0.4

Reiki for Tumor

|
Not very sure either i can share this story or not to public... { reiki master,cepat tegur;) }. Few months ago...seorang Ibu hubungi Ima..bertanyakan harga harga Ultrasonic Bubble Bath..sebab anak perempuan dia (6thn) ada tumor & sawan. 
Saya ajak dia bawa anaknya datang ke kedai saya. 

Sesi pertama,saya mendengar medical background N..kena sawan sejak kecil,dan bila diperiksa baru tahu ada tumor. Kata saya pada ibu&ayahnya ," InsyaAllah kak, kita cuba...dengan bubble bath & reiki..mudah-mudahan ada perubahan."

Setelah bawa Nbubble bath with Lavendar & Rosemary Oil...saya teruskan dengan rawatan Reiki. Dalam fikiran saya, ia cumalah penyakit fizikal iaitu tumor & sawan sahaja.

Semasa dalam proses healing Reiki 30 minit, saya melihat ada sesuatu yang bukan sekadar sakit fizikal. Ianya lebih dari itu. Base Chakra sangat tidak stabil. Terasa sangat panas,dan saya 'sense' negative energy. ( Benteng pertahanan diri diperkukuh - recheck HuiYin Point,lebih grounding & buka chanel third eye lebih luas ).

Ada sesuatu yang tak kena.
Ia bukan sekadar tumor.
Ia bukan sekadar sawan biasa.

Sesuatu telah berlaku pada si comel Nabila sejak di alam rahim..... sesuatu yang luar biasa.... rahim N luar biasa.... ada yang tidak kena pada Tiub Fallopionya.....

apa yang berlaku ? Nabila cuma budak 6 tahun ? Belum tiba usia gadis.....


Should i continue...? ;)

Meditasi tenangkan hati

|
Lama juga saya tidak jadikan meditasi sebagai amalan harian. Jiwa yang resah, fikiran yang negatif harus dibuang. Minda harus tenang. Jiwa harus bersih dari sangkaan buruk.

Tak semestinya meditasi perlu berlama-lama. 5 minit sudah cukup ...tapi itulah..kadang-kadang, yang 5 minit itu pun tak terbuat.

Saya duduk menghadap kiblat...pejamkan mata.. dan beri penumpuan pada pernafasan. Saya hanya mahu ketenangan. Lalu, prinsip asas reiki dibaca berulang-ulang. Untuk hari ini...kupadamkan api kemarahan.. ya..saya padamkan kemarahan...sedikit demi sedikit punca kemarahan itu muncul.....harus terima..harus redha...dan kemudian padamkan dengan sungguh-sungguh. Supaya ia tidak lagi beraja dalam diri.

Kemudian baca lagi Prinsip Asas Reiki..hilangkan resah dan gelisah... Pernafasan diatur lagi...Jika hilang ritma, atur lagi... Bawa semula minda ke alam meditasi.

Sambil membayangkan chakra merah ..dan lakukan sedikit 'alteration' pada chakra tersebut. Kepala saya tiba-tiba terlentok ke kiri... Seperti hanyut dalam lelap.. Keseimbangan diri harus dicari. Titik tengah harus ditemui.

Meditasi yang cuma beberapa minit, pasti dapat mengubah mood. Mengubah aura menjadi lebih baik, lebih segar.

Apabila bersedia, buka mata perlahan-lahan. Usapkan tangan di muka, dan ucapkan Alhamdulillah..


Terus ke PC, dan menaip entri ini ;)

Refleksologi Reiki - lebih cepat berkesan.

|
Syukur kerana diberi peluang untuk belajar Reiki diusia muda. Baru lepas urut refleksologi Reiki kat kaki mak.. Sebab selalu ular-ular, dan tak boleh pijak lantai sebab terlalu sakit. Selepas 1 jam rawatan, mak cakap dah tak sakit dan boleh jalan lagi jauh... Alhamdulillah..


Allah created our body so well. He made us walk so that we will always be pressing these pressure points and thus keeping these organs activated all times - Prof Ique

Reiki bantu merungkai blockage panas | sejuk

|
Baru-baru ini saya ada seorang client Reiki. Dilihat seperti sihat dan bertenaga kerana masih muda. Mengalami masalah personaliti - begitulah tanggapan mudah.

Saya cuma bertindak sebagai pengalir tenaga Ilahi kepada sistem bio energinya. Mudah-mudahan, bila tenaga chakra stabil dia pasti akan menjadi yang sepatutnya dia jadi. Ya lah, jika dia berpersonaliti kuning - dan tidak berperangai seperti kuning, pastilah ada masalah.

Client saya masih muda bertenaga, cantik sekali. Masalahnya, terlalu aktif dengan kawan-kawan sehingga tidak pulang ke rumah, bergaul bebas, mudah naik marah, mulut berbisa dll. Ibunya sungguh risau. Dan dari kerisauan dan kasih kepada anak, ibunya mengajak untuk melakukan Reiki dengan saya.

Alhamdulillah, sesi selama hampir 45 minit berlangsung. Sepanjang rawatan, saya dapati chakra solar plexus, sacral dan base sangat aktif dan panas. Sedangkan heart chakra, throat dan crown pula menyejuk seperti 'kipas' chakranya tidak berjalan lancar. Ternyata, apabila diperhati - ada blockage di antara solar plexus menuju ke heart chakra.

Keseronokan yang dicari-cari di luar fikirnya mampu memberikan kebahagiaan. Sedangkan makna kebahagiaan itu jauh lebih halus dan unik. Ia hadir di hati. Kegembiraan / rakan-rakan / clubbing / dunia fesyen yang dikejar tidak dapat memenuhi keperluan hatinya yang mendambakan kasih sayang. Kerana ada blockage.

Energi dari bawah tak dapat naik ke atas. Mengganggu kundalini. Tak ada proper flow. Tak ada keseimbangan. Warna terlalu panas hingga jadi mudah melenting. Saya cuba sedaya upaya untuk menstabilkan energi yang terlalu panas itu. Untuk pertama kali sesi, saya dapati kundalininya terlalu lemah. Tidak cukup untuk mengubah personaliti. Perlu ada sesi kedua dan seterusnya.

Seminggu selepas rawatan, ibunya ada memberitahu bahawa anaknya sudah mulai cool. Tak cepat melenting. Itu pun sudah cukup lega. Sekurang-kurangnya tidaklah menyakitkan hati ibu dek mulut yang laser.

Sambil mengingatkan diri saya, mengubah diri seseorang bukan kerja saya. Tapi ia hanya akan berlaku dengan keinginan pesakit itu sendiri secara semulajadi.Saya cuma menjadi tukang untuk membuka pintu blockage dan keresahan dijiwanya. Mudah-mudahan, dengan energi yang postif, doa ibu, maka si anak akan menjadi insan yang lebih baik hari demi hari. Ia pasti memerlukan masa.

Retreat&Recharge Maal Hijrah 1433 : Upload Wishlist & Rubbish List

|

Tarikh : 26/11/2011
@ 1 Muharram 1433

Tempat : "Sekolah Reiki Malaysia " ( IQBC,Shah Alam )

Kami berkumpul menghayati & mensyukuri - semua anggota tubuh yang masih ada, masih dipinjamkan Allah. Mengimbau detik Hijrah Rasulullah s.a.w, mengambil iktibar dan 
sama-sama MENGAMBIL LANGKAH untuk HIJRAH DIRI
Mudah-mudahan menjadi Muslim yang lebih baik
Wish list disenarai - sebagai landasan Perancangan untuk Tahun Baru
Rubbish List disenarai- sebagai pengingat jangan lalai !
Mudah-mudahan impian kami dengan usaha,doa dan tawakal - semuanya menjadi kenyataan.

Terima Kasih Dr Mir Hazilyang sentiasa mengingat-ingat bahawa kami adalah mutiara bernilai yang perlu digilap dengan TEKUN dan SABAR ! Semoga rezeki IQBC melimpah ruah !

12 tahun power spek tak naik ! Alhamdulillah

|
Ni kisah benar yang saya nak share sejak dulu-dulu-dulu lagi. Alhamdulillah, hari ni baru ada kesempatan & kekuatan untuk menulis.



Saya mula pakai cermin mata sejak umur 15 tahun lagi. Power kanta kiri 150, kanta kanan 150 juga. Dipendekkan cerita, saya sudah menggunakan cermin mata & contact lens hampir 12 tahun ! Tapi, power mata saya tak naik pun. Syukur Alhamdulillah. Harap-harap tak naiklah selepas ni.

Apa yang saya buat ? Selain dari makan sayur & buah - saya mula belajar Reiki pada usia 21 tahun. Jadi saya Reiki  mata saya setiap hari. Memanglah niat reiki mata tu untuk pulihkan rabun... sampai hari ni pun belum lagi berjaya. Tapi, tak naik power tu kira cukup baik dah. Betul tak ?

Chakra-chakra yang berkaitan mata ialah Third Eye Chakra dan Solar Plexus. Banyakkan memandang warna hijau untuk kesegaran mata. Tekapkan air / kain lembab (biru) di atas mata untuk kurangkan stress.

Banyakkan senaman pusing-pusing anak mata.

Saya juga buat distant healing ketika usia saya 15 tahun, ketika mata saya sudah mulai rabun. Penting untuk buang trauma. ( Walaupun kita tak perasan akan kehadiran trauma itu ).










InsyaAllah, kesihatan mata anda terjaga. :)


Saya juga pernah menulis tentang Reiki Mata  disini