Crystal Healing

|
Awal Ramadhan tahun ini menguji saya dengan pelbagai ujian fizikal, mental dan emosi. Entah kenapa, puasa kali ni saya rasa macam budak darjah 1 puasa. Haha. Badan terlembik-lembik. Nak tiddoooo je.. tak larat nak buat keje. Memang teruk betul lah. Seolahnya saya tak pernah puasa sunat sebelum ni.. sabar je lah..

Tapi itu lah kan, namanya Puasa Ramadhan. 'Trimester' pertama - ujian keberkatan. :) Saya tak pernah berhenti buat self healing setiap hari. Selalunya memang full self healing. Paling 'busuk' pun, saya akan energize Crown, Heart dan Base Chakra.

Saya tak tahu, dada saya selalu rasa ketat je.. rasa cam penuuuuh dengan lemak/kolesterol.. Haha. Saya tak larat nak buat aktiviti berat, letih-letih badan, sebab jantung rasa tak bermaya. Saya selalu reiki heart chakra untuk kurangkan beban sakitnya.

Suatu hari, setelah 4-5 hari, dada saya semakin sakit, jantung saya macam dah tak boleh nak berdenyut. Huhu... :) Maka, saya mencari-cari apa lagi ubat yg sesuai untuk saya. Lalu terpandang GELANG CRYSTAL berwarna HIJAU ( Jade ) tergantung di 'kasut hiasan' saya.

Oh, mungkin saya perlu pakai gelang ni...warna hijau untuk tarik energi hijau..biar berputar sikit roda chakra saya. :)

Alhamdulillah... setengah hari saya pakai, dada saya semakin lega, jantung saya boleh berdenyut kuat semula.

Wow !~ Saya kata pada mak saya " Selama ni, Timah main percaya percaya je yang crystal mmg boleh merawat... tapi kali ni mmg timah RASA sendiri khasiat Kristal. Hanya orang sakit je dapat rasa perbezaan antara SIHAT DAN SAKIT. :) "

Sekarang, saya dah lega.. fizikal saya makin kuat. Jantung saya makin 'betul' ragamnya. Syukur alhamdulillah..

Tanggungjawab Master Reiki

|
Tajuknya mungkin nampak berat, tapi ia sebenarnya cuma satu pengingatan kepada diri saya. Seusai Reiki Master attunement selesai, guru menerapkan tanggungjawab yang harus dipikul oleh Reiki Master yang baru. Bahawa menjadi Reiki Master (RM) bukan sesuatu yang boleh dibangga dan dicanang kosong.

Menaikkan nama Reiki & mengindahkan ilmu reiki di mata masyarakat adalah sesuatu yang sukar, namun ia bukan mustahil. Dan usaha menaikkan obor itu harus diangkat bersama batolion yang berpadu. Berkali-kali MasterG Hazil pesan tentang obor itu harus diangkat tinggi, agar ianya kelihatan gah & dipercayai.

Pada saya, semua pihak harus terbuka dalam pelbagai teknik meningkatkan nama Reiki. Harapan yang satu barangkali memunculkan idea yang berbeza, teknik yang mungkin juga sama atau berbeza. Jika ada keterbukaan , insyaALlah.. nama Reiki pasti akan lebih jauh. Tapi, mesti ! wajib ! untuk mensepakatkan perbezaan itu agar ia menjadi satu keputusan yang konkrit yang memberi jalan kepada hasil yang positif.

Teringat-ingat pesan MasterG Hazil, ' kalau nampak orang accident... send Reiki pada dia..itu tanggungjawab sosial '. Kalau nampak orang sakit kronik, terus send Reiki pada dia. Jangan nak diharap sangat pada soal ongkos.

" anda tak akan jadi kaya raya dengan Reiki "
" Reiki itu sebuah perjalanan.. Ya Allah ..tunjukkan lah kami ke jalan yang lurus.."

itu adalah ayat2 biasa yang MasterG sebut berkali-kali untuk mengingatkan pada semua pelajar terutama Reiki Master.

Saya sendiri, marah dan kecewa jika ada Reiki Master ( dari aliran lain ) yang 'menjaja Reiki' secara murahan.. lalu menyebabkan kekeliruan kepada masyarakat. Saya juga kecewa kepada apa jua bad service dari Reiki Master yang menyebabkan terbantutnya pemberitahuan keistimewaan Reiki kepada masyarakat. Saya mengingatkan diri saya untuk buat yang terbaik dan cuba pikul amanah ini sebaik mungkin.

MasterG Hazil selalu jadi idola saya, terutama part membahagikan emosi dan tugas. Bukan senang nak attune energi untuk patient, bila hati pun tak aman @ badan pun tak sihat @ fikiran pun terganggu. Tapi, ilmu jua lah yang menjadikan manusia itu berbeza.


Wallahua'lam

Tersentuh

|
Tersentuh dengan ujianNya..
meskipun bukan keatasku, namun terasa energi kelabu menyelubungi. Dan derai kaca itu meski tidak kedengaran, namun lukanya kelihatan. Aku cuma dari jauh mendoakan. Aku cuma dari jauh mengharap semuanya berakhir dengan 'sesuatu'.
Kenapa harus begitu ? aku masih tidak faham. Masih ada yang terselindung dariku. Sangat tak tercapai dek akalku, tak terbau dek perasaanku.
Jika ini menguatkan asas, aku redha untuknya. aku pasrah utknya. aku ikhlas untuknya. Entah apa dugaan ini sungguh ajaib. Seperti ilmunya jua.
Kelemahan diperbaiki, kekuatan usah ditukar buruk. Aku terkesima dengan energi yang hadir ketika itu. Sungguh pelik.
Moga kalian tabah. Moga 'kalian' faham. Moga "kalian" tidak terus leka.Aku ingin sampaikan tangan membantu. Namun tanganku tak tercapai dek situasi begitu. Yang kecil, usah dibantutkan. Yang besar, usah diriakkan. Semua itu milik Allah.
Aku tersentuh dengan dugaan ini. Inilah kali pertama, air mata ini mengalir.. bukan kerana -aku. Tapi kerana SATU.