Tanggungjawab Master Reiki

|
Tajuknya mungkin nampak berat, tapi ia sebenarnya cuma satu pengingatan kepada diri saya. Seusai Reiki Master attunement selesai, guru menerapkan tanggungjawab yang harus dipikul oleh Reiki Master yang baru. Bahawa menjadi Reiki Master (RM) bukan sesuatu yang boleh dibangga dan dicanang kosong.

Menaikkan nama Reiki & mengindahkan ilmu reiki di mata masyarakat adalah sesuatu yang sukar, namun ia bukan mustahil. Dan usaha menaikkan obor itu harus diangkat bersama batolion yang berpadu. Berkali-kali MasterG Hazil pesan tentang obor itu harus diangkat tinggi, agar ianya kelihatan gah & dipercayai.

Pada saya, semua pihak harus terbuka dalam pelbagai teknik meningkatkan nama Reiki. Harapan yang satu barangkali memunculkan idea yang berbeza, teknik yang mungkin juga sama atau berbeza. Jika ada keterbukaan , insyaALlah.. nama Reiki pasti akan lebih jauh. Tapi, mesti ! wajib ! untuk mensepakatkan perbezaan itu agar ia menjadi satu keputusan yang konkrit yang memberi jalan kepada hasil yang positif.

Teringat-ingat pesan MasterG Hazil, ' kalau nampak orang accident... send Reiki pada dia..itu tanggungjawab sosial '. Kalau nampak orang sakit kronik, terus send Reiki pada dia. Jangan nak diharap sangat pada soal ongkos.

" anda tak akan jadi kaya raya dengan Reiki "
" Reiki itu sebuah perjalanan.. Ya Allah ..tunjukkan lah kami ke jalan yang lurus.."

itu adalah ayat2 biasa yang MasterG sebut berkali-kali untuk mengingatkan pada semua pelajar terutama Reiki Master.

Saya sendiri, marah dan kecewa jika ada Reiki Master ( dari aliran lain ) yang 'menjaja Reiki' secara murahan.. lalu menyebabkan kekeliruan kepada masyarakat. Saya juga kecewa kepada apa jua bad service dari Reiki Master yang menyebabkan terbantutnya pemberitahuan keistimewaan Reiki kepada masyarakat. Saya mengingatkan diri saya untuk buat yang terbaik dan cuba pikul amanah ini sebaik mungkin.

MasterG Hazil selalu jadi idola saya, terutama part membahagikan emosi dan tugas. Bukan senang nak attune energi untuk patient, bila hati pun tak aman @ badan pun tak sihat @ fikiran pun terganggu. Tapi, ilmu jua lah yang menjadikan manusia itu berbeza.


Wallahua'lam

No comments: