New Inspiration (2)

|


Hari tu aku bercuti dan berehat melapangkan diri dengan 'kesejukan'. Selalunya, kalau aku seperti hilang diri, aku akan mencari kesejukan dan disitu aku bertemu kebebasan. Minda aku bebas dari segala keresahan. Hati aku tenang dan bebas dari segala belenggu. Aku menjadi aku.

Aku belajar menerima kesilapan yang lalu. aku belajar menerima diri aku yg lemah. aku belajar menerima kekuatan aku. Dan pembelajaran ini tidak akan berhenti sehingga aku mati.

Hampir berbulan aku cuba kembali menjadi aku.

" i choose to not give up "

--------------------------------------------------------------------------

LUCID DREAM



2 malam yang lepas, aku bermimpi. dah lama aku tak dapat 'lucid dream'. kali terakhir aku dapat lucid dream pada December 2008. Wah, hampir setahun juga.

Dalam mimpi tersebut. :
Aku berada dalam satu bilik yang penuh dengan buku-buku tebal. bilik itu seperti direka cipta oleh 2 orang yang sengaja ingin memisahkan aku dengan dunia luar. Selama bertahun aku tinggal disitu dan aku fikir aku happy dengan kehidupanku.

Entah bagaimana, tiba-tiba ada satu panggilan yang mendetikkan hati aku utk keluar dari situ. Aku selama ini tersedar yang aku terpenjara dalam bilik kebal. Aku cuba membuka pintu utk keluar. malangnya, sudah di mangga. Aku cuba pecahkan dinding bilik, juga tidak pecah. Aku cemas.

Namun, keinginanku melonjak. Dan aku sedar bahawa aku cuma bermimpi. bilik ini cuma ilusi. aku mesti cari jalan keluar. Tiba-tiba, buku-buku yang selama ini aku baca menjadi penyelamat. Mereka menjadi tangga yang boleh berubah bentuk dan menunjuk jalan keluar. 2 orang yang selama ini memenjarakan aku kelam kabut memastikan aku tidak berjaya keluar. Tapi malangnya, buku itu hanya ingin menyelamatkan aku. Setiap kali 2 orang itu cuba memijak tangga buku, tangga itu berderai.

Pintu yang dimangga kebal itu tiba-tiba terbuka. Dan aku yang bermimpi ini sedar, selama ini pintu itu kebal kerana ketakutan dan ketidakyakinan dalam diri aku.

Akhirnya aku bebas.. keluar.. dan ada burung yang menunggu dan menyambutku diluar. Membawa aku terbang. Aku naik burung..dan burung itu bertanya " aku hendak kemana?".
Aku jawab " aku ingin melihat dunia...melihat bumi dengan mata kebebasanmu ".

Burung itu membawa aku terbang tinggi.. lalu aku melihat ke bawah, ada gunung yang indah, pohonan menghijau..ada pokok renek, ada pokok tinggi.. aku tidak mahu berhenti terbang. Sehingga aku berkata pada burung, " bawa aku ke satu tempat yang terbaik utk ku ".

Burung itu seperti faham kehendak 'hati'ku.

Dan dibawanya aku ke satu kawasan lereng bukit, ada kolam yang airnya sungguh cantik dan tenang. Seperti satu taman. Ada bunga-bungaan yang terang gemilang. Bunga itu berwarna purple, kuning dan pink. Aku mendekati bunga tersebut.. Subhanallah.. Kelopaknya bukanlah kelopak bunga biasa. Ia terdiri dari cecair yang mengeras dan pabila terkena cahaya, ia berkilau mengikut warna yang aku mahu lihat.


Bila aku pegang bunga tersebut, seperti ada sesuatu yg disampaikan. " carilah kebebasan. Aku terjadi dengan kehendak dirimu, kau mahu melihat aku begini, lalu aku jadi bunga seperti yg kau mahukan. Kuatlah menghadapi rintangan. Telah kau harung segenap alam, belum cukupkah pengalaman itu utk kau jadi seperti yang kau mahu ?"

Di taman itu, aku terasa jiwa aku bebas. Segala beban terlepas. Aku yg bermimpi ini sedar aku sedang bermimpi. Lalu kulepaskan segala bebanan, sakit hati, kesedihan, kekalahan, dan ketakutan ke taman tersebut. Aku semakin bebas. Hati aku makin lapang.

Burung tadi membawa aku pergi.. keluar dari taman..

Aku tahu misi mimpi telah selesai. Dan aku buka mata. Aku bangun dari tidur.

Senyuman terukir di bibir.
Alhamdulillah.. ya Allah..terima kasih atas inspirasi ini.

New inspiration (1)

|
15-10-2009 : Ambil aura photo dengan MasterG. Hari tu hari yg ku lapangkan hati untuk menerima nasihat dari MasterG. Dah lama tak cerita2 pasal aura, energi dan self development ngan MasterG. Pesan MasterG tetap sama : 1) cari diri. keyword freedom soul 2) isu warna biru - perlu diperbaiki. 3) perincikan kehendak 4) challenge- susah maintain momentum 5) kena berfikiran berlandaskan prinsip diri.

Antara yang ditekankan. Aku :
  1. must forgive myself
  2. love myself
  3. love others
Aku harus jaga soul aku walaupun aku banyak selesaikan masalah hidup based on daily basis. Minda aku boleh bagi macam-macam alasan. Tapi soul lama kelamaan akan merajuk kalau kehendaknya tidak dipedulikan.
|

bila semua rentak dipalu canggung, bila lagu ditingkah irama, bila aura membias tiada warna, bila duit tiada bernombor, bila hati tidak bererti, bila malam tidak lagi sepi, bila semuanya hilang, bila yang ada itu lihatnya tiada, dan segalanya serabut tiada punca...

Air yang surut ...

|
Beberapa malam yang lepas, saya bermimpi. Ada satu kolam seperti akuarium besar... besaaaar sangat-sangat.. di dalam kolam itu ada air berwarna biru yang sungguh cantik, bersih, damai dan banyak ikan-ikan di dalamnya. Ada ikan kecil, ikan besar, dan tumbuh-tumbuhan lain. Dalam tu jugak orang boleh berenang bersama-sama ikan yang ada . ( macam aquaria lah pulak ).
Kolam itu seperti kepunyaan saya. Tiba-tiba, semua menjadi cemas. Air kolam terus surut. Surut. Limpahan airnya tidak nampak ke mana. Tapi air terus surut sehingga kolan menjadi kering kontang. Ramai yang cemas. Saya sangat risau kalau2 ikan yang ada mati kerana tiada air.

Ramai yang bergegas bertemu saya, dan masing-masing berusaha untuk mencari sumber air untuk mengisi air dalam kolam. Ika
n-ikan seperti memahami perasaan saya kalau saya melihat mereka mati..pasti saya meraung kesedihan. Lalu mereka cuba bertahan dari mati sehingga saya jumpa jalan penyelesaiannya. Saya bertemu dengan ramai orang yg saya dah lama tak jumpa, tiba-tiba muncul dalam akuarium itu.


Tak sangka rupanya sebelum ni mereka ada. Ada yang melarikan diri., ada yang mencari air untuk diisi. Alhamdulillah, akhirnya kami ( saya & mereka ) bertemu punca air.. Ikan-ikan kelihatan tenang, walaupun sudah terlalu lama mereka ketiadaan air. saya pelik melihat keadaan itu. Sepatutnya ikan dah mati kalau tak ada air.

Belum sempat saya mengisi air hingga penuh, saya terjaga.



Apa maksudnya, saya kurang mengerti. Dan saya ingin sekali mengerti.

Recharge

|
Bila rasa terlalu banyak benda / ujian berlaku ..cepat-cepat muhasabah diri. Cepat-cepat sedarkan diri supaya jgn terleka. Kaya pun ujian. Miskin pun ujian. Cinta itu ujian. Benci itu juga ujian. Siapa yang berada dalam kategori berjaya dalam ujianNya?

Aura sering berubah-ubah. Aura paling luar badan sering berubah mengikut suasana semasa. Pandang semula ke dalam diri, apa yang minda fikirkan ? apa yg minda mahu ? apa yg hati mahu? ayat apa yg selalu bermain dalam fikiran ?

Apa yang sedang kita tarik ? Adakah aura kita sedang menarik keindahan ? atau aura kita sedang menarik kecelakaan ?

anda adalah apa yang anda fikir.
saya adalah apa yang saya fikir.

Selalu muhasabah supaya kita sentiasa sedar apa yg sering bermain difikiran sejak akhir2 ini. Dan apa yg telah berlaku sejak akhir2 ini ? Law of attraction sentiasa berlaku dan tidak pernah berhenti menjalankan tugasnya.

kalau rasa aura sedang bocor , cepat-cepat buat self healing. Bersihkan aura. Rajin-rajin meditasi, rajin-rajin senaman aura. recharge lah. recharge.

recharge.

install semula 'belief system' yang baru. Masukkan tenaga-tenaga positif dalan diri, kuatkan perisai aura, indahkan warna pelangi diri, tingkatkan rasa percaya dan bersyukur dengan diri.

insyaAllah, lepas recharge, semuanya akan berada pada tempatnya semula.
semangat yang pudar akan kembali segar.
hidup yang hambar akan kembali mengujakan !

recharge energi.
muhasabah kelemahan diri. kenal pasti. redha, ikhlas & pasrah. install program baru. yakin dan tawakal dengan kerja Allah.

selesai.


* saya rindu banget dgn Retreat & Recharge bersama MasterG Hazil.. :(