Beberapa malam yang lepas, saya bermimpi. Ada satu kolam seperti akuarium besar... besaaaar sangat-sangat.. di dalam kolam itu ada air berwarna biru yang sungguh cantik, bersih, damai dan banyak ikan-ikan di dalamnya. Ada ikan kecil, ikan besar, dan tumbuh-tumbuhan lain. Dalam tu jugak orang boleh berenang bersama-sama ikan yang ada . ( macam aquaria lah pulak ).
Kolam itu seperti kepunyaan saya. Tiba-tiba, semua menjadi cemas. Air kolam terus surut. Surut. Limpahan airnya tidak nampak ke mana. Tapi air terus surut sehingga kolan menjadi kering kontang. Ramai yang cemas. Saya sangat risau kalau2 ikan yang ada mati kerana tiada air.
Ramai yang bergegas bertemu saya, dan masing-masing berusaha untuk mencari sumber air untuk mengisi air dalam kolam. Ikan-ikan seperti memahami perasaan saya kalau saya melihat mereka mati..pasti saya meraung kesedihan. Lalu mereka cuba bertahan dari mati sehingga saya jumpa jalan penyelesaiannya. Saya bertemu dengan ramai orang yg saya dah lama tak jumpa, tiba-tiba muncul dalam akuarium itu.
Tak sangka rupanya sebelum ni mereka ada. Ada yang melarikan diri., ada yang mencari air untuk diisi. Alhamdulillah, akhirnya kami ( saya & mereka ) bertemu punca air.. Ikan-ikan kelihatan tenang, walaupun sudah terlalu lama mereka ketiadaan air. saya pelik melihat keadaan itu. Sepatutnya ikan dah mati kalau tak ada air.
Belum sempat saya mengisi air hingga penuh, saya terjaga.
Apa maksudnya, saya kurang mengerti. Dan saya ingin sekali mengerti.
Efek Samping Obat Kuat Forex Palsu
7 years ago
1 comment:
Saya bukan ahli menafsirkan mimpi, tapi saya pernah terdengar seorang arif berkata bahawa air itu majazi pada ilmu, sebagaimana Allah berfirman dlm surah Alkahfi 109. Isi dlmnya adalah harta yg terpendam. Kalau tajam ilmunya mutiara akan ditemui, kalau kalau tumpul dapat ikan je la … wallahualam
Post a Comment