Recharge

|
Bila rasa terlalu banyak benda / ujian berlaku ..cepat-cepat muhasabah diri. Cepat-cepat sedarkan diri supaya jgn terleka. Kaya pun ujian. Miskin pun ujian. Cinta itu ujian. Benci itu juga ujian. Siapa yang berada dalam kategori berjaya dalam ujianNya?

Aura sering berubah-ubah. Aura paling luar badan sering berubah mengikut suasana semasa. Pandang semula ke dalam diri, apa yang minda fikirkan ? apa yg minda mahu ? apa yg hati mahu? ayat apa yg selalu bermain dalam fikiran ?

Apa yang sedang kita tarik ? Adakah aura kita sedang menarik keindahan ? atau aura kita sedang menarik kecelakaan ?

anda adalah apa yang anda fikir.
saya adalah apa yang saya fikir.

Selalu muhasabah supaya kita sentiasa sedar apa yg sering bermain difikiran sejak akhir2 ini. Dan apa yg telah berlaku sejak akhir2 ini ? Law of attraction sentiasa berlaku dan tidak pernah berhenti menjalankan tugasnya.

kalau rasa aura sedang bocor , cepat-cepat buat self healing. Bersihkan aura. Rajin-rajin meditasi, rajin-rajin senaman aura. recharge lah. recharge.

recharge.

install semula 'belief system' yang baru. Masukkan tenaga-tenaga positif dalan diri, kuatkan perisai aura, indahkan warna pelangi diri, tingkatkan rasa percaya dan bersyukur dengan diri.

insyaAllah, lepas recharge, semuanya akan berada pada tempatnya semula.
semangat yang pudar akan kembali segar.
hidup yang hambar akan kembali mengujakan !

recharge energi.
muhasabah kelemahan diri. kenal pasti. redha, ikhlas & pasrah. install program baru. yakin dan tawakal dengan kerja Allah.

selesai.


* saya rindu banget dgn Retreat & Recharge bersama MasterG Hazil.. :(

No comments: