nak pergi nur reiki salam.

|
saya nak pergi nur reiki salam, langkawi..
nak sangat.
nak sangat.
nak sangat..

send metaphysics ball.. ( saya berada di langkawi )
money energy..money energy..
oooh..

Scanning - Palm Chakra & Heart Chakra

|

Kali ini bercerita tentang scanning lagi.

Basicly, scanning dalam Reiki menggunakan palm chakra. Caranya seperti yang saya ceritakan ringkas pada post sebelum ini. Palm chakra akan diaktifkan sebelum scanning. Namun, ada sesetengah orang, menghadapi masalah untuk 'merasa energi' menggunakan tangan kerana asbab tertentu. Lalu, 'rasa energi' itu di bawa kepada sensor yang lain, contohnya scanning melalui
' heart chakra'. Pengamal Reiki akan dapat 'merasa'/ instinct pada apa-apa kondisi pesakit atau peristiwa.

Palm Chakra


Bagi saya, pada mula-mula saya belajar Reiki 1 dan Reiki 2, palm chakra saya memang aktif. Kiranya, senang lah nak scan pakai tangan. Tapi, lama kelamaan saya skill tersebut cam makin kurang dan kurang. gelabah jugak lah saya waktu tu. MasterG Hazil menerangkan kenapa terjadinya situasi tersebut... ( untuk tahu lebih lanjut.. belajar lah Reiki :) )

Selepas belajar advance Reiki, scanning menggunakan
heart chakra saya sharpens.. sedikit demi sedikit..

Apabila
Heart Chakra terganggu, kebolehan untuk scanning melalui heart juga sedikit terganggu. Namun, palm chakra kembali berfungsi. Hari ini, saya kembali scanning menggunakan tangan + heart.

Apa jua yang terjadi, saya yakin ada sesuatu pelajaran untuk saya.

Reiki itu sebuah Perjalanan..

|
Comments from http://mastershifoo.wordpress.com/2009/03/17/otak/#comment-225

Paklah Says: March 18, 2009 at 11:41 am
salam,kisah otak yg terdapat dlm kepala otak setiap manusia memang hebat,cuba bygkan pd 2 syawal 1429h,d saat saya dan isteri sedang bergembira dgn ayah d hari yg mulia,pada hari itu juga saya menceritakan hala tuju perjuangan saya dan master HAZIL utk menjadikan REIKI,satu rawatan alternatif d malaysia dan banyak lagi,keesokannya dia telah kembali kerahmatullah,cuba bygkan jika anda d tempat saya,dialah satu satunya insan yg banyak memberi tunjuk ajar supaya terus berjuang dgn master HAZIL,memanglah d dlm perjuangan perlu banyak pengorbanan,banyak onak duri yg saya lalui cuma ayah sahaja yg tahu,apa yg saya nak kongsi d sini,tanpa pengcahayaan 4 kali NUR REIKI SALAM SERTA RESQ 56 MUNGKIN SAYA TAK SEKUAT INI,kepada semua pembaca dan pengamal reiki d nusantara laluilah pengalaman NURREIKI SALAM sekurang kurangnya 4x barulah anda merasai nikmat ISTIQAMAH,insyaallah.



Ipin09 Says: March 18, 2009 at 10:03 pm
betul..betul..betul…



Master Az Zahra Says: March 19, 2009 at 9:40 am
Paklah hebat..setiap kita mempunyai perjalanan yang berbeza-beza dalam mengharungi cabaran menuju istiqamah.Kehilangan org tersayang, memberi lebih makna untuk kita agar lebih menghargai dan mensyukuri segala nikmat yg diperolehi dulu, sekarang dan akan datang..
Terpahat di minda saya intonasi suara MasterG :” reiki itu sebuah perjalanan…Ya Allah, tunjukkan kami jalan yg lurus ”
Saya kaget dalam melihat segala apa yg diuji. Antara dugaan syaitan, nafsu diri dan perjalanan menuju cahaya. Subhanallah.. ia sungguh tidak mudah seperti yang disangka.
Wallahua’lam.

Karuna Ki

|
dah dekat 2 tahun saya menamatkan pengajian hingga Usui Reiki Master.
dan sejak Reiki Level 1 saya tahu tentang Karuna Ki dan Imara Ki.

tapi masih belum terbuka hati saya untuk pelajarinya.

Kini, tiba sudah..
saya bersedia untuk mempelajari Karuna Ki.

Red Personality

|
Berhadapan dengan personaliti merah memberi satu cabaran. Cabaran untuk memahami tenaga dan kuasa yang ada pada diri mereka. Biarpun gembira kerana sering aktif dan ceria, sikap agresifnya mungkin sesekali mencabar kesabaran diri.

Jika sesiapa inginkan cabaran, jumpalah dengan personaliti merah. Mereka jujur dalam kata-kata tetapi adakalanya sedikit menunjuk-nunjuk.

Fakta 1 : Aura saya kebelakangan ini berwarna ungu / violet.

Fakta 2 : Personaliti merah lebih serasi bagi menjalankan hubungan dengan personaliti violet memandangkan violet adalah seorang yang berwawasan dan berpandangan jauh. Kedua-duanya suka membantu dan mampu memberi insipirasi kepada masyarakat. - Aura Personaliti Warna

Ini lah dikatakan aura itu adalah magnet. Cepat betul tarikannya.
Aura saya tidak pernah berwarna aura ungu/ violet.. saya jarang2 sekali berdepan dengan personaliti merah.

Saya bertemu satu lagi keajaiban aura.

Kali ini, saya terasa tercabar. Sikap degil seharusnya direndahkan sebanyak-banyaknya.

SCANNING

|


Ringkasnya, Scanning ialah teknik 'merasa' aura pada badan manusia / benda hidup yang lain.


Reiki Level 1 :

Diajar teknik scanning dengan merasa aura pada sekitar tubuh, dengan meneliti rasa panas atau sejuk aura tersebut. Melalui teknik ini, dapat kita kenal pasti chakra mana yang berada dalam level yang baik ataupun bermasalah. Selepas kenalpasti kelemahan chakra, cthnya di base chakra terasa sejuk, maka boleh lah lakukan Reiki di situ.


Reiki Level 2 :

Teknik scanning diajar dengan mengukur 'ketumpatan' tenaga aura pada setiap chakra. Setiap chakra dari base, sacral, ......hingga ke crown chakra di 'ukur' jarak jauh dekatnya tangan yang merasa aura dengan badan. Sebelum itu haruslan mencari 'titik normal' aura supaya dapat membezakan antara yang bermasalah dengan yang tidak. Nak tahu lebih lanjut teknik ini ? Belajar lah Reiki.


Reiki Level Advance :

Bagi sesetengah pelajar Reiki, ini lah masanya yang paling menyeronokkan. Scanning yang lebih advance dapat dilakukan sekiranya Teknik Scanning pada Level 1 & 2 telah diasah dengan baik. Pelajar diajar scan 'benda-benda metafizik'.. seperti emosi, fizikal, spiritual atau minda. Begitu juga dengan tahap-tahap tertentu makhluk halus. Hantu raya ka ? Sumpahan ka ? Saka ka ? Atau apa saja. Hm.......


Pada saya, teknik scanning ini sangat penting untuk diasah. Ia membolehkan pengamal Reiki mendapat 'guideline' tentang permasalahan pesakit dan mengenal pasti punca permasalahan.


Ada juga yang suka scan dulu sebelum berbuat sesuatu perkara.

Cthnya : Sesuai pergi shopping waktu siang ke malam ? / Pakai baju hijau ke merah ? Atau dia dah kawin ke belum ? dan macam-macam lagi aplikasi scanning.


Selamat belajar Reiki !

Uih, ima ke tu ?

|
Aura saya kuning hijau. Itu yang biasa-biasa punya hari.
Hari yg kurang biasa...aura saya jadi hijau biru.

itu memang pattern aura saya, dah dekat 3 tahun.
semalam, saya buat ujian aura lagi.

terkejut.
uih.. aura ima ke tu ?
purple-putih ?
biar betul ..mcm bukan ima je.. hehehe..

camana leh jadi cam tu ?
adakah sebab beberapa hari yang lepas saya mandi + lavander ?

musykil.