Find your Guru..

|
5 tahun lepas, apabila saya baca buku-buku Reiki, perkara asas yang mula-mula ditulis dalam buku Reiki ialah berkenaan 'mencari guru'. Saya tidak faham kenapa begitu? Bukankah Reiki ini sudah ada silibusnya? Kenapa perlu mencari guru ?

Saya terus belajar...dan belajar Reiki..nah..dari pengalaman itu saya baru tahu pentingnya ada hubungan baik antara guru dan student. Apabila anda mula mengaplikasi Reiki dalam kehidupan harian, akan ada banyak soalan-soalan akan timbul difikiran. Ketika itu, hati tak sabar mahu jawapan. Jika tiada guru yang ingin membimbing, pasti persoalan itu tergantung dan kita akan tercari-cari hingga mungkin tersalah jalan.

Aduh.. sedih sekali jika berlaku begitu.

Reiki ini ada banyak sekali cabang-cabangnya.. Namun, Reiki yang paling ORIGINAL ialah USUI REIKI. Jika anda faham Usui Reiki, saya percaya..untuk memahami reiki-reiki yang lain mudah saja. Apa pun, jika anda masih belum belajar Usui Reiki, tapi sudah belajar Reiki2 yang lain.. saya ucapkan TAHNIAH. Tapi BERHATI-HATILAH menyusur jalan..

Sebaiknya BERHUBUNGLAH selalu dengan GURU yang beri attunement jarak jauh tu. Bukan hanya melalui EMEL, tapi BERJUMPALAH dengan GURU anda itu..Baru lebih berkat ilmunya. Dari perjumpaan, anda akan dapat lihat matanya, mulutnya, hatinya...adakah SEINDAH ILMU REIKI @ hanya sekadar INDAH RM.

Alhamdulillah..
saya berjumpa dengan Dr Mir Hazil Azran, beliau guru yang sangat saya senangi. Membimbing saya tanpa jemu malah keikhlasannya sering buat saya terharu. Saya selalu dapat LEBIH dari yang saya MAHU.

Kerana yang diberi bukan sekadar ILMU, tetapi juga NUR ILMU.


Terima Kasih Allah..

Yoga lagi..

|
Yoga sebetulnya satu gerakan yang bukan lah menyenangkan.. patah riuk badan dibuatnye. sekejap melentur ke kanan, sekejap melentur ke belakang..belum lagi dengan kepala yang perlu mencecah bumi bila kaki terbuka luas. Di saat melakukan gerakan itu, memang asyik terjerit-jerit kesakitan. Namun, semua keupayaan diri tidak boleh dipaksa. waktu itu lah, minda dan emosi mula tercuit, oh..aku belum layak melakukan lebih dari ini. Keupayaanku setakat ini saja.

Seperti Reiki, Yoga juga memerlukan praktis yang kerap supaya pengalaman dapat ditimba. Dan 'rasa' utk setiap pengalaman itu juga berbeza-beza. Ada hari kita mampu berdiri di atas kepala dengan lama.. ada hari kita tidak mampu berdiri langsung kerana tiada fokus.

Saat-saat saya tidak dapat menghadirkan diri di kelas yoga, saya sedikit kecewa. Bila ibu menghalang saya untuk ke yoga kerap2..saya sedikit hampa. Lalu memadam semangat sedikit. Tapi pesan ibu ada betulnya, yoga tu mengasyikkan saya...terlalu menyeronokkan ..hingga banyak waktu juga terhabis untuknya.

Jika anda ingin mencuba yoga, saya mengalu-alukan anda. Ia bukan pergerakan perlahan dan melipat-lipat tubuh dengan bodoh...tapi ia benar-benar bermakna jika anda sedang melakukannya..

Namun, jika anda hanya memandang...pasti anda berbisik dalam hati " gila ! tak ada kerja ka melipat-lipat badan..buat apa nak buat macam tu..menyeksa diri.."

"Yang memandang, takkan punya rasa yang sama dengan yg sedang merasa."

Polishing intuition

|
Intuisi merupakan salah satu kelebihan manusia yang tidak dimiliki oleh malaikat sekalipun. Maka, kita dapat membuat keputusan seribu kali lebih tajam dan cepat dari analisa biasa. Hebat kan?

Bagaimana cara menguatkan intuisi ?
  • mulakanlah dengan otak kanan
  • guna otak kanan dulu, baru otak kiri
  • intuisi dulu, baru analisa
  • blink dulu, baru think.

Mode : Yoga

|

Sudah lama saya menanam hasrat untuk mengikuti kelas yoga secara serius. Minat saya terhadap senaman ini jarang sekali pudar, walaupun kesempitan masa dan peluang. Tahun lepas, Celebrity Fitness cawangan baru di WangsaWalk dibuka. Saya ambil keputusan untuk join CF hanya kerana ingin mengikuti kelas yoganya. Lain-lain angkat berat ke..cycling ke..dancing ke ape2 jenis workout yang lain saya tak peduli. Saya cuma mahu yoga. Haha. Semangat betul.


Malangnya, walaupun sudah 5 bulan CF dibuka, saya langsung tidak menjejak kaki ke sana. Sehinggalah satu waktu, terdetik di hati saya..saya MESTI BELAJAR YOGA. 3 hari berturut-turut saya masuk kelas yoga, waaahhhh..sangat seronok.


Hari pertama , kedua.. badan terasa sangat sakit dan sengal-sengal. Haha. Itu lah akibatnya tak pernah senaman. :D Tapi kesakitan itu memberi saya kebahagiaan. Lalu, asalkan ada saja masa terluang, saya pasti akan ke CF. Melihat teman-teman se-yoga boleh melentur tubuh dengan rileks, saya betul-betul tercabar. Hehe.


Minda saya terasa sangat tenang. Terasa seperti 500 kg stress di minda saya hilang ! Hebat sungguh senaman ini. Lebih menggembirakan, sejak saya rajin bersenam ni.. saya sudah jarang-jarang alergi. Sebelum ini, hampir setiap hari saya mesti makan ubat zyrtec, tapi percaya atau tidak, saya tidak menyentuh zyrtec sehingga 7 hari ! Ia merupakan satu kelegaan bagi saya. Syukur alhamdulillah.'



lagi cerita yoga.. tunggu...

Reiki Everyday..

|



Ikhlas, Allah bayar cash kebaikanmu..

|
Ternyata apa yg ku lalui tidak lama tadi meninggalkan kesan spiritual dalam diri aku.

( terima kasih jika sudi baca kisah ini, mudah-mudahan anda dapat iktibar )

Hari ini, aku, mak dan abah ke pusat refleksologi. Alhamdulillah, selesai diurut 1 jam, terasa lega kaki ni. Lepas urut, lapar lah sudah. Terus saja kami bergegas ke foodcourt berhampiran. Abah dan mak makan besar hari ni. Seronok bila melihat abah menikmati makanan Arab, walaupun mahal tapi kepuasannya terasa dan terserlah di wajah abah.

Sesudah makan, kami bersembang-sembang lagi sebelum angkat kaki pulang. Tiba-tiba, ada seorang mamat datang menghampiri meja dan memberi salam pada abah. Terlintas di suara hati saya , " mesti nak mintak tolong duit ni..".

Maka, mamat tu pun berceritalah yang dia baru keluar dari penjara dan ingin pulang ke Kelantan, tapi tidak cukup wang tambang dan makan. Di poketnya cuma ada RM 10, dan dia tunjukkan dompet dan ic sementaranya. Abah mendengar dan bertanya-tanya latar belakang mamat tu.

Aku melihat 'body language' mamat tersebut, ada sebahagian yang diucap benar, tapi ada juga yang dia menipu. Riak tubuhnya seperti penagih dadah. Tapi dia pandai benar mengatur ayat sopan bahawa dia ingin pulang ke kampung bertemu ibu, seolah ceritanya itu benar sekali.

Dipendekkan cerita, abah memang baik hati.. ikhlas dihulurkan not RM50 kepada mamat tersebut. " Nah, ambil lah. Mudah-mudahan lepas ni buat kebaikan, sokong PAS ", seloroh abah.

Mamat tu pun berterima kasih dan beredar.

************************

Sebaik dia beredar, kami bercerita tentang mamat tu. Aku beritahu abah, ayat mana yang mamat tu berkata benar, ayat mana yang dia tipu. Tapi kami tidak kisahlah dengan not yang diberi. Aku, mak dan abah mmg ikhlas hati memberi.

Kata abah , "kalau betul cerita dia, alhamudulillah kita bantu. Tapi kalau dia tipu pun, abah mmg nak bagi."

Aku tambah, " tak apa lah..kita tolong dia sekarang, nanti Allah akan permudahkan urusan kita yang lain. Allah akan tolong kita cara lain pulak..."

Tak lama kemudian, kami pun bangun dari meja dan ingin pulang.. kaki dah sihat, perut pun dah kenyang :D .Tiba-tiba, mak seperti menjerit , " eh, mak punya beg mana ??" Beg itu adalah beg yg sgt berharga. Terlalu berharga. Seperti ingin menangis mak, longlai kakinya.. barangkali terlintas dikepala mak, mamat tadi yang ambil tapi tak sedar.

Bila mak sedang gabra beg nya hilang, saya masih tenang. Ternampak di mata aku ( On Reiki, scanning) , sebenarnya beg itu tertinggal di pusat refleksologi tadi. Mmg mak tak pernah terlalai untuk sengaja meninggalkan beg tersebut. Entah kenapa, hari ni dia terlupa untuk ambil bersama , walaupun handbagnya diletakkan disebelah beg tersebut.

Kami bergegas, dan ambil semula beg berharga tersebut. Mak lega. Syukur alhamdulillah.

Aku terus berkata pada mak dan abah, " Allah bayar cash, pertolongan yang kita beri dengan ikhlas pada mamat tu. Dengan kita sedekahkan RM50 tu, mak tersedar beg nya tak ada dan dapat semula."

Benar sekali ayat-ayat saya tadi.." Allah akan balas dengan cara lain.."
Subhanallah..

Sepanjang jalan ke kereta, kami tak henti-henti ucap syukur. Terima kasih Allah, kerana menyelamatkan harta kami.


TQ Allah.

Untuk hari ini , jujurlah pada dirimu..

|
Dari : Tulisan GMaster Hazil

Reiki mengajar pengamalnya untuk jujur. Jujur bukan terlabel pada dahi sang ‘jujur’ tersebut hingga kejujurannya bisa terpapar kepada alam. Jujur lahir dari akhlaknya yang luhur hadir dari dalam alam dirinya, bukan dibuat-buat bukan direka-reka hingga terpancar ke alam luarnya. Jujur hadir dari suatu olah ‘akhlak’ yang panjang.

Insan bisa jujur bila kejujurannya diperlukan. Insan bisa ‘nampak’ jujur bila kejujurannya itu mahu dinampakkan. Insan bisa jujur dalam menampakkan kejujurannya tatkala kejujurannya indah diperkatakan. Namun jujur yang jujur bukan hadir dari kejujuran yang tidak jujur semata-mata mahu dilihat atau dikatakan jujur. Jujur yang jujur tidak memerlukan pandangan atau kata pujian orang lain untuk menentukan kejujurannya. Ini kerana jujur yang utama adalah pada dirinya. Hanya dirinya yang tahu sejauh mana kejujurannya dan sejujur mana kejujurannya.

Jujur bukan paksaan.. ia juga bukan relaan yang dibuat-buat. Ia suatu ‘rasa’ yang asli. Ia dididik hingga sebati lalu mengalir penuh berhemah dan terdidik. Ia boleh berkurang.. juga boleh bertambah. Kadang terkurang.. kadangnya terlebih sudah. Pun begitu, intinya perlu ada dan kekal asli kerana dari inti itulah segala sifat tambah yang lain bisa bertempat. Jika tiada kejujuran, tiadalah cantiknya amanah, yang kelak menghadirkan rasa percaya. Tanpa percaya, bagaimana keyakinan bisa bertapak. Jika tidak yakin, nilai iman menjadi tiada. Jujur bukan hanya ‘asli’.. ia juga adalah umbi.

Jujur pada diri akan membenihkan diri yang beramanah. Tatkala sinar amanah terbit, diri akan percaya pada dirinya sendiri. Bila kepercayaan menebal, diri mula yakin kepada dirinya sendiri. Keyakinan kepada diri mengizinkan diri meraih SUKSES yang tulen. Imannya terhadap diri, membenihkan MAGNET SUKSES memancar dari alam dirinya. Lalu sukses bukan lagi asing bagi dirinya dan sejujurnya dia jujur terhadap penilaiannya tentang NILAI SUKSES yang dikecapinya.

Orang yang gagal berlaku jujur akan sukar untuk jujur bila melabelkan nilai suksesnya. Pada kalamnya dia akui dia sukses, namun sejujurnya dia tahu nilai suksesnya itu belum benar-benar jujur untuk dirinya sendiri. Ini kerana dia sendiri tidak jujur dalam menilai dirinya.. jujur dalam menilai ‘apa yang dirasainya’.. jujur dalam mengakui tahap kejujurannya terhadap ‘tahap jujur’ bagi suksesnya itu. Lalu, sejujurnya sukses itu hanya satu lagi kisah ngeri dalam hidupnya untuk memahami erti jujur. Hingga ada kalanya ‘nilai’ kejujurannya kembali menzalimi dirinya sendiri. Semakin jauhlah inti jujur tatkala dia semakin terbenam dengan sikap jujur untuk menilai kejujurannya sendiri.

Hingga saat ini, saya sering berpesan kepada diri.. “untuk hari ini.. jujurlah”


PS: Reiki itu tak susah.. namun reiki juga tidaklah mudah.. jujurlah dalam mendalaminya.


Nota aku :
Hina sungguh pabila aku melihat dalam aku, yg sedikit sekali jujur dengan diri sendiri..