Karuna Ki

|
dah dekat 2 tahun saya menamatkan pengajian hingga Usui Reiki Master.
dan sejak Reiki Level 1 saya tahu tentang Karuna Ki dan Imara Ki.

tapi masih belum terbuka hati saya untuk pelajarinya.

Kini, tiba sudah..
saya bersedia untuk mempelajari Karuna Ki.

Red Personality

|
Berhadapan dengan personaliti merah memberi satu cabaran. Cabaran untuk memahami tenaga dan kuasa yang ada pada diri mereka. Biarpun gembira kerana sering aktif dan ceria, sikap agresifnya mungkin sesekali mencabar kesabaran diri.

Jika sesiapa inginkan cabaran, jumpalah dengan personaliti merah. Mereka jujur dalam kata-kata tetapi adakalanya sedikit menunjuk-nunjuk.

Fakta 1 : Aura saya kebelakangan ini berwarna ungu / violet.

Fakta 2 : Personaliti merah lebih serasi bagi menjalankan hubungan dengan personaliti violet memandangkan violet adalah seorang yang berwawasan dan berpandangan jauh. Kedua-duanya suka membantu dan mampu memberi insipirasi kepada masyarakat. - Aura Personaliti Warna

Ini lah dikatakan aura itu adalah magnet. Cepat betul tarikannya.
Aura saya tidak pernah berwarna aura ungu/ violet.. saya jarang2 sekali berdepan dengan personaliti merah.

Saya bertemu satu lagi keajaiban aura.

Kali ini, saya terasa tercabar. Sikap degil seharusnya direndahkan sebanyak-banyaknya.

SCANNING

|


Ringkasnya, Scanning ialah teknik 'merasa' aura pada badan manusia / benda hidup yang lain.


Reiki Level 1 :

Diajar teknik scanning dengan merasa aura pada sekitar tubuh, dengan meneliti rasa panas atau sejuk aura tersebut. Melalui teknik ini, dapat kita kenal pasti chakra mana yang berada dalam level yang baik ataupun bermasalah. Selepas kenalpasti kelemahan chakra, cthnya di base chakra terasa sejuk, maka boleh lah lakukan Reiki di situ.


Reiki Level 2 :

Teknik scanning diajar dengan mengukur 'ketumpatan' tenaga aura pada setiap chakra. Setiap chakra dari base, sacral, ......hingga ke crown chakra di 'ukur' jarak jauh dekatnya tangan yang merasa aura dengan badan. Sebelum itu haruslan mencari 'titik normal' aura supaya dapat membezakan antara yang bermasalah dengan yang tidak. Nak tahu lebih lanjut teknik ini ? Belajar lah Reiki.


Reiki Level Advance :

Bagi sesetengah pelajar Reiki, ini lah masanya yang paling menyeronokkan. Scanning yang lebih advance dapat dilakukan sekiranya Teknik Scanning pada Level 1 & 2 telah diasah dengan baik. Pelajar diajar scan 'benda-benda metafizik'.. seperti emosi, fizikal, spiritual atau minda. Begitu juga dengan tahap-tahap tertentu makhluk halus. Hantu raya ka ? Sumpahan ka ? Saka ka ? Atau apa saja. Hm.......


Pada saya, teknik scanning ini sangat penting untuk diasah. Ia membolehkan pengamal Reiki mendapat 'guideline' tentang permasalahan pesakit dan mengenal pasti punca permasalahan.


Ada juga yang suka scan dulu sebelum berbuat sesuatu perkara.

Cthnya : Sesuai pergi shopping waktu siang ke malam ? / Pakai baju hijau ke merah ? Atau dia dah kawin ke belum ? dan macam-macam lagi aplikasi scanning.


Selamat belajar Reiki !

Uih, ima ke tu ?

|
Aura saya kuning hijau. Itu yang biasa-biasa punya hari.
Hari yg kurang biasa...aura saya jadi hijau biru.

itu memang pattern aura saya, dah dekat 3 tahun.
semalam, saya buat ujian aura lagi.

terkejut.
uih.. aura ima ke tu ?
purple-putih ?
biar betul ..mcm bukan ima je.. hehehe..

camana leh jadi cam tu ?
adakah sebab beberapa hari yang lepas saya mandi + lavander ?

musykil.

POLARITY THERAPY

|


Polarity therapy doesn't treat disease. It treats body energy. When body energy is balanced, pain and suffering may be alleviated.



All pain is blocked energy. Unblock the energy and the pain subsides. ( Reiki also agreed on this statement )


GO WITH THE FLOW

Energy flows in 5 currents through and around the body in certain predictable pathways, according to theories of polarity therapy.

On the right side of the body, they move down the dront of the body and up the back.

On the left side, they are reversed.

The head holds a POSITIVE CHARGE and the feet a NEGATIVE ONE.





Polarity therapy attempts to address the whole person - mind, body and spirit.\
Honestly, saya tidak arif dan tidak tahu menahu tentang terapi ini. Namun, sebagai pengamal Reiki, harus juga menambah-nambah bacaan dan blend teorinya dalam Reiki.

Numerologi dan Aura Viewing

|
Semalam, saya ke IQBC jumpe Master Hazil untuk konsultasi numerologi dan ambil kesempatan utk aura viewing.

AURA
Dah lama saya tak ambil gambar aura. So, sempena umur dah 24 ni saya pun nak la tengok camna ghupe aura saya skarang. Saya dapat agak, energi chakra mesti 'kureng'..dan kurang ummpph..

Lepas view.. hahaha.. energi kuning je tinggi.. yang lain semuanya rendah. Haha.. itu lah akibatnya bila 'kurang stabil'. Master cakap.. idea byk,kreatif, nak buat itu ini, tapi pelaksanaannya kurang. Hahaha.. betul tu. Bila nak buat je..jadi tergendala.. entah lah.
Warna pulak tak balance. Kuning je ada. Warna hijau dah 'illek'. Kurang kasih sayang tul aku nih. kekeke...

Bila tengok aura tu, minda melayang..' pasni aku nak gi borong semua pokok kat sg buloh '.

NUMEROLOGI
Ini memang janji saya pada diri. untuk jumpe Master nak tahu pasal kesan tahun 2009 terhadap saya. Dan nak tahu jugak kenapa sikap saya terlalu banyak berubah dan bercanggah berbanding dulu. Alhamdulillah, setelah 'mengunyah-ngunyah dan menelan " penjelasan dari Master, ada sinar pemahaman kat kepala saya. Walaupun hati masih gundah, sekurang-kurangnya ada benda yang saya faham. Dan benda itu amat penting pada saya.

Ada beberapa ayat dari Master masih terngiang2 di telinga saya. Saya masih mempertimbang apa yang patut.

Saya cair - ada mold - apa mold nya ? - siapa saya ?


Aduhaaiii....
semalam saya mohon petunjuk dari Nya.. tunjukkan saya jalan..permudahkan jalan itu.

amen

Marah ni penat tau..

|


Prinsip asas Reiki yang pertama : Untuk hari ini, ku padamkan api kemarahan.

Padam api kemarahan
Padam..
padam..
jirus dengan air sejuk..
bukan padam
dengan pemadam.

Dah lama saya tak marah. Saya jarang-jarang marah. Dari semalam mood saya kurang baik. Hari ni pulak saya naik marah. Nak marah ni tak payah isu besar-besar. Benda kecik pun boleh jadi sebab utk marah gila-gila.

Bila marah, perasaan membuak-buak. Otak jadi tegang. Jiwa jadi panas. Seluruh tenaga di guna untuk tahan marah. Bila tak dapat nak tahan lagi, mula lah tempiaskan kat fizikal. Benda itu hempas, jalan ganas-ganas. mulut jadi jahat. muka macam 'setan'. Betul ! Saya tak nafikan. Ramai orang yang tengah marah mmg macam tu.

Masa marah tu bukan tak ingat prinsip reiki. Ingat. Tapi tak tau camne nak padam. Orang kata nak padam marah, ini tips nya :


  • Kalau tengah berdiri, duduk lah
  • Kalau tengah duduk, berbaring lah.

Ia memang meredakan. Bila dah reda, baru lah perasan, segala tenaga, kudrat, chi, prana semuanya hilang entah kemana. ditelan api kemarahan agaknya.

memang penat.

nak buat kerja lain pun jadi tergendala. sebab kene kumpul balik energi yang dah dibazir tadi.

setan-setan bergelak ketawa.

aku ? padan muka...