What do i want?

|
Soalan ini menerjah fikiran lagi..

What do i want?

Apa yg saya nak ?

Apa impian saya ?

Siapa saya 10 tahun akan datang ?


______________________

Sejauh mana saya yakin dgn Reiki & Resq?

_______________________

Kenapa saya masih belum dapat apa yg saya inginkan ?

_______________________

Kenapa saya masih belum puas ? ( malah saya terasa saya masih jauh dari kepuasan yg saya impikan )

_______________________

apa harus saya betulkan lagi ? Apa harus saya lakukan ?

__________________________

SAYA BERSEDIA MENJADI KACANG GORENG ( dapat istilah ni masa retreat Resq56 semalam )


Semoga Berjaya kepada DIRI SAYA !

Dejavu

|
saya dah lama tak cerita tentang mimpi saya.

tadi, saya jalan2 di carefour Sri Petaling..dan seperti biasa, saya singgah semua kedai yang ada di dalam pasaraya tersebut.

Kaki saya melangkah laju melihat satu persatu kedai yang ada. Kepala semakin berat. Energi kat sini tak berapa 'cantik'.. saya kuatkan aura protection dan teruskan melangkah. Biarpun sedikit letih..tapi hati saya kuat utk teruskan jua..entah kenapa..

disebelah kiri saya, ada satu kedai kad perkahwinan. cantik susunannya. saya terus masuk. 2 langkah kaki saya masuk dalam kedai, satu perasaan aneh tiba-tiba muncul.

OH ! DEJAVU - mulut saya mengomel sendirian.

mata saya lihat semula sekeliling kedai itu. DEJAVU !! Kedai ini 100% sama dengan dalam mimpi saya. Warna cat, susunan kad, susunan rak, tempat meja, tempat letak stok.. semuanya sama !!!

subhanallah..
air mata saya hampir mengalir , bulu roma saya meremang, untuk seketika seluruh tubuh saya longlai...( mmg ini lah yang biasa berlaku bila saya alami dejavu )

saya imbas kembali, bila kah mimpi saya tu ya ??
ooh.. masih baru lagi.. dalam 2 minggu lepas.

saya ingat lagi perasaan yang hadir ketika dalam mimpi tersebut. saya bandingkan dgn perasaan yang ada pada saya sekarang ( ketika dlm kedai ) . Oh.. tidak sama. hanya itu saja bezanya.

insyaAllah, nanti akan saya uploadkan gambar kedai dalam mimpi saya.

sampai sekarang, saya masih terfikir-fikir tentang dejavu tadi. apakah iktibar yang patut saya ambil..

jumpa lagi.

Reiki & Contact Lenses

|

Sesekali contact lens buat saya 'naik angin'. Hehe.. Terutama bila nak kena bersiap cepat ada appointment..masa tu lah contact lens buat hal. Haiyaak..

Kenapa ianya terjadi begitu kepada saya ?
1. Tak cukup tidur, mata jadi pedih bila contact lens masuk kat mata.
2. Habuk
3. Contact lens dah xpired, tapi tak perasan.
4. Otot mata tegang ( tak tau lah orang lain jadi camni ke tak.. )

Untuk sebab no 1 dan no 4, saya selalu menggunakan Reiki untuk mengatasinya. Lekapkan kedua-dua belah tangan pada mata, dan alirkan Reiki. Reiki untuk seketika.. dan kemudian, cuba lekapkan kembali contact lens tadi.

Tadaaaa....
Mata dah tak pedih. :) Penglihatan pun menjadi cerah. hehe..

Oh ya,. setiap kali aplikasi contact lens, jangan lupa doa agar ' penglihatan bertambah baik, power berkurang, dan mohon perlindungan dari melihat pandangan yang tak berapa bagus'.

Semoga berjaya !

lepas NRS...

|
saya tak nafikan NRS merupakan satu kursus yang hebat dan memberi kesan mendalam terhadap saya.

sejak 1 Mei, boleh dikatakan hari-hari saya mandi 'pembersihan diri'. dan meditasi Ya Latif & Ya Razaq..

apa kesan selepas NRS pada saya ?
  1. saya rajin bangun pagi..kiranya awal siket dari selalunya. haha..
  2. balik dari NRS, saya dapat panggilan telefon dari customer yang tak disangka2, dan peluang bisnes yang besar2. walaupun saya dah tap,usaha dan memberi tawaran itu dan ini, saya masih belum dapat close deal :(
  3. mm energi kasih sayang tu macam meningkat je.. hehe. saya tak sangka saya ni boleh bersabar dan jaga nenek yang sakit.
  4. saya diuji dengan isu relationship ( lagiii !!! ), geram betul.
  5. bisnes saya makin melelahkan saya. mungkin lepas ni kalau tak leh gi jugak, saya akan gi amek upah cuci umah orang kot. hahaha
  6. saya semakin tabah menghadapi ujian. soal pengorbanan bukan lagi menjadi perkara sukar utk saya
  7. third eye saya semakin tajam. jika dulu, saya seorang clairsentience, sekarang ni..saya sikit sikit sudah jadi clairvoyence. yeaay..
  8. saya jadi kuat makan. haha.kejap-kejap lapar.
  9. saya demam. sakit tekak, suara sengau, selsema, batuk. badan panas dalam..

Nur Reiki Salam, Langkawi

|

Inilah kali pertama, saya ke Langkawi yang tak banyak ambil gambar. Hanya ini saja koleksi yang ada. Luthfi, sila ambil gambar mana yang berkenaan utk koleksi IQBC ya ! Kak Sarimah.. gambar kita berdua tu..simpan buat wallpaper pc kay! hehe..

Di jeti Kuala Perlis, ketika sedang beratur untuk naik feri.

Petang Jumaat, saya dan Dr Zamruda sempat ke Teratai Spa untuk massage. Memang letih badan..rasa nak remuk. Tambahan, beg sandang saya berat betul..terseliuh bahu saya.

Dr Zamruda excited nak kena urut nih.. hehe..

apart of spa. Manicure & Pedicure section

ya Allah,kayakanlah hatiku dengan ketenangan..

arif memang sempoi. dalam kelas sepanjang hari senyap je..buat keje sendiri. saya tak rasa anak orang lain boleh behave camtu. Congrats to Dr Zamruda & Master Ozair mendidik anak sebaik dan sebijak arif. ( saya harap anak saya pun baik camtu jugak.. :P )

Sesi meluah perasaan..malam terakhir sebelum kami pulang...segala ilmu sudah penuh di dada.


Pak Lah & Muzaffar sempoy. K.Nani..i love u.. K.Nurul dok kecek apa ngan Pak Lah..nak batu permata free ka ?hehe

Master Jehan & isteri..memang loving couple

Master Ozair & family

Anakanda Master Junaidah

Dengar...jgn tak dengar...


Kak Nani boring tunggu Duty Free kat Underwater World ni tak bukak2 lagi. haha..yang aku nak bergambar pulak. hehe..

Tengah pilih-pilih coklat, sempat lagi posing..

Master Sarimah, i will always support and love u..

Babai Langkawi..

Terima Kasih atas kenangan terindah dan 'terindah' yang kau saksikan..
Hadiah ini adalah pengalaman paling istimewa yang membentuk diriku hari ini dan akan datang.

To MasterG, dan Pn Shuha, thank you so much.
Moga Allah limpahkankan rezeki untuk kalian berdua..


Cerita sikit tentang reiki.., boleh ?

|

Ramai yang bertanya pada saya tentang Seni Penyembuhan Reiki.

Masing-masing ada sebab kenapa berminat sangat nak belajar ilmu Reiki ni. Jujur, saya kata, jarang orang yang tak ada masalah datang belajar Reiki.Setiap orang bawa 'penyakit' masing-masing.

Ye lah, mana ada orang dalam dunia ni tak bermasalah, kan ?

Ada beberapa sebab orang berminat nak blajar Reiki :
(saya senarai apa yang terlintas di kepala je nih..)

1. Mempunyai masalah kesihatan
2. Mempunyai masalah 'hantu', santau, sihir, kene buatan orang dan macam2 lagi
3. Suka belajar perubatan alternatif
4. Mempunyai masalah rumahtangga/ kerja/ perhubungan
5. Ingin memajukan bisnes
6. Ingin belajar ilmu mengenal diri
7. dan lain-lain

Selamat datang saya ucapkan pada mereka yang nak belajar Reiki. Saya sentiasa akan menyokong anda dalam mencari perjalanan ini.

Disebabkan Reiki ni mempunyai keajaiban dan ke'mistik'an yang tersendiri, maka ramai yang diluar itu setelah mempunyai niat yg bagus utk belajar reiki, ter'fana' dengan pengalaman-pengalaman pengamal reiki yang sedia ada. Ye lah, ada yang cerita pasal buat perjalanan astral la.. ada yg cerita dapat mimpi best-best lah, dapat tengok warna, bau dan macam-macam lah pengalaman metafizik.

Saya tak nafikan. Memang ada pengalaman-pengalaman tersebut yang menanti anda selepas anda belajar Reiki. NAMUN ! ITU BUKAN TUJUAN UTAMA ANDA BELAJAR REIKI !!!

Tanya balik, apa tujuan anda belajar Reiki ?

Berbalik pada pengertian Reiki itu sendiri - iaitu sebuah teknik penyembuhan alternatif yang menggunakan tangan untuk mengalirkan energi penyembuhan kepada fizikal, mental, emosi dan spiritual seseorang.

Sukar utk saya suruh anda tutup telinga & tutup mata dari membaca 'desas desus' tentang kecelaruan Reiki di Malaysia. Ada yang buat jarak jauh, attunement jarak jauh dan macam2 lagi. Karut semua itu !!

Terus saja ke pusat latihan Reiki yang saya belajar, iaitu Innergy Quest BioConcept Sdn Bhd : yang diasaskan oleh Dr Mir Hazil Azran Ramli

Ini link yang WAJIB anda pergi :
www.7chakra.com/reiki
www.mastershifoo.wordpress.com

Ada baiknya juga, anda baca BUKU AURA PENYEMBUHAN REIKI ditulis oleh Master Hazil. Sila dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran.


Semoga anda bertemu pengembaraan Reiki yang betul.

Jumpa lagi
-Master Fatimah Az Zahra -

yeaay ! dapat gi NRS

|


ni energy yg saya hantar untuk pergi nur reiki salam 2009 :

--> Nur Reiki Salam


esok, 7-05-09, insyaAllah, saya akan bertolak ke NRS. berkesan jugak money energy hari tu. :)

ini info menarik, kenapa saya beruntung dapatjoin kelas NRS tahun ini.