Cerita sikit tentang reiki.., boleh ?

|

Ramai yang bertanya pada saya tentang Seni Penyembuhan Reiki.

Masing-masing ada sebab kenapa berminat sangat nak belajar ilmu Reiki ni. Jujur, saya kata, jarang orang yang tak ada masalah datang belajar Reiki.Setiap orang bawa 'penyakit' masing-masing.

Ye lah, mana ada orang dalam dunia ni tak bermasalah, kan ?

Ada beberapa sebab orang berminat nak blajar Reiki :
(saya senarai apa yang terlintas di kepala je nih..)

1. Mempunyai masalah kesihatan
2. Mempunyai masalah 'hantu', santau, sihir, kene buatan orang dan macam2 lagi
3. Suka belajar perubatan alternatif
4. Mempunyai masalah rumahtangga/ kerja/ perhubungan
5. Ingin memajukan bisnes
6. Ingin belajar ilmu mengenal diri
7. dan lain-lain

Selamat datang saya ucapkan pada mereka yang nak belajar Reiki. Saya sentiasa akan menyokong anda dalam mencari perjalanan ini.

Disebabkan Reiki ni mempunyai keajaiban dan ke'mistik'an yang tersendiri, maka ramai yang diluar itu setelah mempunyai niat yg bagus utk belajar reiki, ter'fana' dengan pengalaman-pengalaman pengamal reiki yang sedia ada. Ye lah, ada yang cerita pasal buat perjalanan astral la.. ada yg cerita dapat mimpi best-best lah, dapat tengok warna, bau dan macam-macam lah pengalaman metafizik.

Saya tak nafikan. Memang ada pengalaman-pengalaman tersebut yang menanti anda selepas anda belajar Reiki. NAMUN ! ITU BUKAN TUJUAN UTAMA ANDA BELAJAR REIKI !!!

Tanya balik, apa tujuan anda belajar Reiki ?

Berbalik pada pengertian Reiki itu sendiri - iaitu sebuah teknik penyembuhan alternatif yang menggunakan tangan untuk mengalirkan energi penyembuhan kepada fizikal, mental, emosi dan spiritual seseorang.

Sukar utk saya suruh anda tutup telinga & tutup mata dari membaca 'desas desus' tentang kecelaruan Reiki di Malaysia. Ada yang buat jarak jauh, attunement jarak jauh dan macam2 lagi. Karut semua itu !!

Terus saja ke pusat latihan Reiki yang saya belajar, iaitu Innergy Quest BioConcept Sdn Bhd : yang diasaskan oleh Dr Mir Hazil Azran Ramli

Ini link yang WAJIB anda pergi :
www.7chakra.com/reiki
www.mastershifoo.wordpress.com

Ada baiknya juga, anda baca BUKU AURA PENYEMBUHAN REIKI ditulis oleh Master Hazil. Sila dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran.


Semoga anda bertemu pengembaraan Reiki yang betul.

Jumpa lagi
-Master Fatimah Az Zahra -

No comments: