Dragonball

|
Agak lama saya terdiam dari journal ini. Kerana ada beberapa perkara yang bermain-main difikiran saya. tentang energi. barangkali anda kurang faham apa yang saya tulis. saya menulis kerana ini journal saya,lalu saya sampaikan apa yg ada pada rasa saya. jika anda faham, mungkin tidak sama dengan apa yg saya rasa.

terasa sungguh lama ujian dan blockage ini cuba keluar dari diri. barangkali ia boleh disebut blockage. sejak kecil, 'throat' chakra saya memang teruji dgn isu ini. dan terus berterusan diuji hingga saya menjengah remaja. Dulu belum belajar reiki, zero tentang mind power, jadi saya memang tak tahu apa sebab saya teruji begitu. lalu banyak perkara saya pendam dan pendam lalu menjadi racun dan trauma dalam diri saya. hampir belasan tahun saya trauma dgn pelbagai isu throat chakra.

selepas saya belajar Reiki, sedikit sebanyak emosi yang lalu terhambur keluar. saya rasa lebih lega kerana saya sudah hampir melupakan apa saja rasa 'sakit' sewaktu dulu-dulu.Reiki is a very soft and gentle energy. kalau ia tak bersifat begitu, tentu boleh 'pengsan' saya dibuatnya.

Walaupun banyak trauma lalu dah setle, tapi rupanya masih ada yang tersisa. saya tidak tau berapa teruk energi saya. mungkin kes yg lepas-lepas tak selesai, tambah pulak dengan 'dosa'2 baru yg saya buat, menyebabkan healing process sedikit tersekat-sekat.

ada 7 lapis aura, ada 7 energi chakra. umur saya 24 tahun. umur ini waktu ' yellow - heart chakra'. jadi, chakra merah dan oren dah lepas. saya dah kutip 2 dragonball itu. dulu aura saya warna kuning.. lepas tu kehijauan, dan pernah kebiruan. baru-baru ini aura saya warna indigo-violet. kalau ditambah dgn 2 energi invisible iaitu Infrared & UltraViolet, so, dah 8 dragonball saya kutip. hahaha.. maknanya, ada 1 lagi dragonball perlu saya kutip iaitu ultraviolet. hahaha.. suke hati aku je nak merepek.

jerih jugak rasanya.. sebab libatkan diri sendiri, emosi diri, dan jugak libatkan orang & emosi orang lain. saya tak berniat utk lukakan hati sesiapa dalam meneruskan perjalanan saya mengutip segala chi itu. tapi itu lah yg telah saya tempuh. kerana pilihan yang saya buat itu mungkin saya buat itu salah / betul..semuanya ada hikmahnya.

saya kita-kira balik, 8 bulan saya 'mereng' dalam perjalanan itu.8 dragon ball saya dah kutip. kononnya. dan throat chakra saya memang teruji 'kow-kow' punye lah.. sepanjang tempoh itu, dragonball saya kejap terlepas, kejap dapat balik, memang pening dan serabut dibuatnya. Kalau tak ada Reiki & pegangan agama saya rasa, dah dimakan NAGA dah saya nih..

Kalau betul kiraan saya, ada lagi 1 bulan lagi utk saya lengkapkan dragon chi saya. hahahaha... (kelakar betul lah ape aku tulis ni..lantak la ima oooi )..sekarang ni dah rasa cam dah almost recovered dalam menyelesaikan isu throat ni. tapi, ada yang tak kuasa nak bersabar dgn saya. lalu, saya ditinggalkan. ( well, i deserve it ).. bila dah OK throat saya, saya jadi lonely balik. haaai..macam2 lah ujian ni. harap2 saya boleh bertahan lagi 1 bulan.

dan saya punya impian besar jika segalanya selesai..sujud syukur saya... berkompang lah saya.. aduhaii....

korang faham ke apa saya tulis ni ?
biar lah saya je yg paham sendiri. haha.

utk keselamatan semua : jgn ambil kira langsung apa yg saya tulis ni, tak valid dalam ilmu Reiki langsung kot..semuanya atas pengamatan peribadi saya..dan ekesperimen atas diri saya sendiri. so mmg tak leh guna pakai..agaknya..

No comments: