Ilmu dan meRASAi ILMU

|
06-04-09

sejak belajar reiki, perkataan yg wajib saya sebut ialah RASA.
( bukan RASA foodcourt kat Alamanda tau.. )

bila belajar reiki.. di asuh utk meRASA energi..
meRASA aura..
meRASA .. meRASA.. instinct itu rasa..
dan saya terus rasa dan rasa dan rasa.. :)
Mendekati ilmu Reiki, memberi saya peluang untuk meRASAi nikmat nya ILMU.

Pagi tadi, terdetik di hati saya , " saya byk belajar tentang ilmu yg berkaitan ilmu rasa. secara tak sengaja sebenarnya. apa yg saya faham tntang ilmu dan ilmu rasa ? "

Fikiran saya khali.
Terdiam sejenak.
Oh.. saya rasa.. saya kurang / sgt sedikit memahami ilmu rasa ni. Kalau lah ada sesuatu yg boleh saya baca ..dan buatkan saya betul2 faham.. alangkah indahnya.

Tiba-tiba, bila saya tiba di ofis..dan buka blog Master Hazil...
Ohh.. ! Rupanya MasterG Hazil sudah pun menulis tentang ilmu Rasa ini sehari yg lalu.

Terima kasih...

S: Apakah ilmu ‘rasa’ & bagaimana kedudukannya?

J: Adapun yang disebut-sebut kebanyak sebagai ilmu rasa itu sebenarnya adalah suatu ilmu sulit yang dialami (rasai) secara kerohanian oleh seseorang sepanjang menghayati ibadah, perjalanan serta zuhudnya kepada Allah. Guru utamanya adalah ‘pengalaman’ yang pada mulanya dibina dalam penuh kekeliruan dan ketidak-fahaman. Namun, kemudian ‘cahaya’ (pemahaman) ilmu diturunkan ke dalam jiwanya setelah penuh pasrah merenungi, meneliti, mendalami serta berdoa memohon petunjuk Illahi. Dan segalanya ini (ilmu ‘rasa’) harus berlaku bertepatan pada landasan syariat.


saya terfikir, bagus jugak kalau dapat kuasai ilmu dan rasa ilmu :
  1. matematik dan rasa ilmu matematik
  2. sejarah dan rasa ilmu sejarah
  3. sains dan rasa ilmu sains..
  4. dan subjek2 lain..
barangkali pelajar2 yg susah SCORE masa belajar, sebabnya ialah kurang RASA ( kureng feel.. ) dalam subjek2 tersebut kot..



Premonition : 350

|
Saya ada kawan. Namanya RZ ( bukan nama sebenar ).
RZ ni tak tau lah nak dimasukkan dalam kategori apa.. kawan / sahabat/ musuh / kekasih /
'pembunuh' ?? Saya musykil, kerana bagi saya.. saya tidak pernah 'aman' berkawan dengan dia. Jadi, ringkasnya mungkin dia sekadar KENALAN.

Hubungan saya dan dia tidak rapat. sesekali saja sms dan call. itu pun dapat layanan hambar dari dia.. connection kitorang tak lah best sangat...

Semalam tiba-tiba dia call saya.

Saya tanya," kenapa ?"
Dia jawab, " i tak tau camana nak cakap..datang jumpe boleh ? "

Dalam otak saya, apahal dia nih ? selalunya mengelak2 nak jumpa. hari ni tiba-tiba nak jumpa pulak. pelbagai kemungkinan demi kemungkinan bermain di minda.


Saya pejamkan mata. tarik nafas...dan mula cari jawapan. HEART SCANNING.

Hati : Mesti sebab duit nih..
Mata : Di mata saya, saya nampak nombor 3, 5 dan 0


OK. saya buat kesimpulan, dia nak pinjam duit saya. saya tunggu 'sesuatu' dari dia. Kemudian di sms saya. " dia perlukan RM 3500. dia nak pinjam dari saya dan akan bayar semula dalam masa 2 minggu "

Saya cepat-cepat balas .
" Giler ?? mana ada duit byk tu "

Ok. fine. yang saya nak kongsi bukan lah pasal peristiwa dia nak pinjam dari saya. tapi pasal premonition yang saya dapat tu.

its quite intresting jugak bila kita dapat tgk nombor2 yang mungkin dia bakal sebut. cuma yang saya tak pasti berapa "kosong" di belakangnya..

Saya tak berapa terkejut dgn nilai 3500 tu. tapi saya musykil, macam mana dia boleh expect saya akan bantu dia dalam keadaan saya bukanlah 'kawan rapat' dia, dan layanan dia terhadap saya memang macam hampeh !

Silap orang betul.

Cinta diuji cinta

|
AWAS ! Dilarang baca post ini jika anda tidak pernah mengenal Reiki.Ini ialah kisah peribadi dan tidak terlibat langsung dengan keindahan seni rawatan reiki itu sendiri.


kepala dah naik pening dan biul..

reiki itu love energy..
pengamal reiki dikatakan org yg penuh kasih sayang.. ( pada pendapat saya lah )..
lalu ujiannya juga penuh 'kasih sayang'.

keliling waktu ini, saya bingung dengan apa yang berlaku.
salah saya tetap ada. telah saya ambil pengajarannya, dan sekarang harus saya lalui
kesan buruknya.

diuji dengan cinta. rasa berdua..rasa beramai.. rasa berkawan..rasa gembira. lalu kealpaan ataukah perjalanan yang harus saya labelkan ? saya tidak pasti. peritnya saya lalui, ada waktu seronok meladeni..


semakin bijak saya menulis, semakin aneh cara saya berbahasa..semakin sunyi jiwa saya.
cinta yang meramaikan itu kini membuatkan saya jadi satu.
seorang. sunyi. sepi. kerana numerologikah ? atau qada' dan qadar?

tiba-tiba saya hilang semua sekelip mata.
terlalu pantas untuk saya terkedu.

segala energi saya luluh, self healing dibuat terasa tak termampu mengatasi keruntuhan 'akhlak' hati saya. Benarlah cerita dalam applied kinesiologi, hati/jantung utk merakam segala sesuatu tentang diri. Soalnya, sampai bila harus saya sendiri ? sedang di dalam ini, sudah bersedia untuk sesuatu komitmen.( saya fikir begitu lah.) atau adakah ini semua bisikan syaitan ? atau kenaifan saya sendiri?

saya lelah dalam menilai. saya lelah bersendiri lagi.

jika dalam ramai, saya tetap rasa seorang..

apatah lagi dalam sunyi..lebih sendiri rasanya.

siapa pun jua yang boleh mendengar cerita ini 1000 kali, takkan bisa 'duduk' sama rasa dengan apa yg saya jalani. percayalah.

reiki itu perjalanan. cinta itu juga sebuah perjalanan.
dan hidupnya kita meneruskan perjalanan menuju mati itu juga kerana Cinta.

apa nak dihebohkan ?
hadap saja lah..

saya mencari kekuatan utk gigih lagi.

untuk tidak peduli pada cinta lalu

yang sedikit-sedikit menjadi benci
pengorbanan apakah ini saya tidak mengerti soalnya,
saya ingin cinta yg sama dulu..

tapi jodoh bersama cinta itu tidak lagi valid
harus bina sesuatu yang baru..
agar kembali raih energi yg segar..

aduhai...
saya lelah bersendiri.

terasa tiada siapa disisi..

perjalanan apakah ini ?

POWER OF BELIEF

|
Power of belief

"Whatsoever things you desire when you pray, BELIEVE that you receive them and you shall have them."

Now FAITH is the substance of things HOPED for, the evidence of things not seen."

--------------------------------------------------------------------


Power of Love

Love is everything to anyone who believe it


-------------------------------------------------------------------


Quotes from The Secret

VISUALIZE!!! Rehearse your future

VISUALIZE!!! See it, feel it! This is where action begins

Close your eyes and visualize having what you already want - and the feeling of having it already.Focus on being grateful for what you have already .. enjoy it!! Then release into the universe. The universe will manifest it.



Saya jelas dgn 1 impian saya.

I visualize..

I believe..

I believe the Power of Love..

I already feel what i want..

and the Universe will manifest it..

alhamdulillah...alhamdulillah..alhamdulillah..


buruk atau baik bukan persoalannya..

|
seburuk-buruk selut dan lumpur
ada hidupan di dalamnya
ada chi di dalamnya
ada pahala jika menghayatinya.

seburuk-buruk kodok
hatinya berzikir tiada hentinya
hina lagi manusia
yang mengumpat mengata.

secantik-cantik manusia
laluannya berliku jua..
sesaat jadi insan, sesaat lagi mungkin jadi setan.
sejauh mana ia berjalan
sejauh mana ia mencari
jika tahu hala tujunya..
insyaAllah
tentu nanti selamat.

itu perjalanan.
selagi belum mati..
selagi itu ada harapan.

Dragonball

|
Agak lama saya terdiam dari journal ini. Kerana ada beberapa perkara yang bermain-main difikiran saya. tentang energi. barangkali anda kurang faham apa yang saya tulis. saya menulis kerana ini journal saya,lalu saya sampaikan apa yg ada pada rasa saya. jika anda faham, mungkin tidak sama dengan apa yg saya rasa.

terasa sungguh lama ujian dan blockage ini cuba keluar dari diri. barangkali ia boleh disebut blockage. sejak kecil, 'throat' chakra saya memang teruji dgn isu ini. dan terus berterusan diuji hingga saya menjengah remaja. Dulu belum belajar reiki, zero tentang mind power, jadi saya memang tak tahu apa sebab saya teruji begitu. lalu banyak perkara saya pendam dan pendam lalu menjadi racun dan trauma dalam diri saya. hampir belasan tahun saya trauma dgn pelbagai isu throat chakra.

selepas saya belajar Reiki, sedikit sebanyak emosi yang lalu terhambur keluar. saya rasa lebih lega kerana saya sudah hampir melupakan apa saja rasa 'sakit' sewaktu dulu-dulu.Reiki is a very soft and gentle energy. kalau ia tak bersifat begitu, tentu boleh 'pengsan' saya dibuatnya.

Walaupun banyak trauma lalu dah setle, tapi rupanya masih ada yang tersisa. saya tidak tau berapa teruk energi saya. mungkin kes yg lepas-lepas tak selesai, tambah pulak dengan 'dosa'2 baru yg saya buat, menyebabkan healing process sedikit tersekat-sekat.

ada 7 lapis aura, ada 7 energi chakra. umur saya 24 tahun. umur ini waktu ' yellow - heart chakra'. jadi, chakra merah dan oren dah lepas. saya dah kutip 2 dragonball itu. dulu aura saya warna kuning.. lepas tu kehijauan, dan pernah kebiruan. baru-baru ini aura saya warna indigo-violet. kalau ditambah dgn 2 energi invisible iaitu Infrared & UltraViolet, so, dah 8 dragonball saya kutip. hahaha.. maknanya, ada 1 lagi dragonball perlu saya kutip iaitu ultraviolet. hahaha.. suke hati aku je nak merepek.

jerih jugak rasanya.. sebab libatkan diri sendiri, emosi diri, dan jugak libatkan orang & emosi orang lain. saya tak berniat utk lukakan hati sesiapa dalam meneruskan perjalanan saya mengutip segala chi itu. tapi itu lah yg telah saya tempuh. kerana pilihan yang saya buat itu mungkin saya buat itu salah / betul..semuanya ada hikmahnya.

saya kita-kira balik, 8 bulan saya 'mereng' dalam perjalanan itu.8 dragon ball saya dah kutip. kononnya. dan throat chakra saya memang teruji 'kow-kow' punye lah.. sepanjang tempoh itu, dragonball saya kejap terlepas, kejap dapat balik, memang pening dan serabut dibuatnya. Kalau tak ada Reiki & pegangan agama saya rasa, dah dimakan NAGA dah saya nih..

Kalau betul kiraan saya, ada lagi 1 bulan lagi utk saya lengkapkan dragon chi saya. hahahaha... (kelakar betul lah ape aku tulis ni..lantak la ima oooi )..sekarang ni dah rasa cam dah almost recovered dalam menyelesaikan isu throat ni. tapi, ada yang tak kuasa nak bersabar dgn saya. lalu, saya ditinggalkan. ( well, i deserve it ).. bila dah OK throat saya, saya jadi lonely balik. haaai..macam2 lah ujian ni. harap2 saya boleh bertahan lagi 1 bulan.

dan saya punya impian besar jika segalanya selesai..sujud syukur saya... berkompang lah saya.. aduhaii....

korang faham ke apa saya tulis ni ?
biar lah saya je yg paham sendiri. haha.

utk keselamatan semua : jgn ambil kira langsung apa yg saya tulis ni, tak valid dalam ilmu Reiki langsung kot..semuanya atas pengamatan peribadi saya..dan ekesperimen atas diri saya sendiri. so mmg tak leh guna pakai..agaknya..

Meditasi

|

Dari MasterG Hazil

Salam…

Rehat seketika…
Luruskan chakra pada paksinya..
kendurkan bahu dan otot dada..
rehatkan kedua tangan di atas peha…
perlahan-lahan pejamkan mata.
atur nafas dalam, diam & sempurna..
tarik nafas perlahan-lahan.. hayati ANUGERAHNYA
lepaskan nafas perlahan-lahan.. syukuri NIKMATNYA

Mulakan kiraan dikotak fikiran..
sepuluh.. (bernafas tenang)
sembilan..(bernafas tenang)
lapan…(bernafas lebih tenang)
tujuh.. (bernafas dalam dan tenang)
enaammm…. (bernafas semakin dalam & semakin tenannggg)
llliiiiimmmmmaaaa…. (semakin dalam & tenang)
emmppppaaatttt…..(semakin nyaman penuh ketenangan)
tttiiiiigggggaaaaa…. (nyamann, tenang & merehatkan)
ddddddduuuuuuaaaaaa….. (semakin nyaman, tenang, rehat sepenuhnya)
ssssaaaaatttttttttuuuuuuuu….. (semakin nyaman, tenang, rehatttt sepenuhnya)

“Ya Allah, Untuk hari ini, demiMU… Ku Padamkan AMARAH, Ku Padamkan RESAH GUNDAH, Ku Terus BERSYUKUR, Ku Terus JUJUR & Ku Terus BERAMAL SOLEH”

Angkatkan kening perlahan-lahan sambil mata tetap duduk pejamnya
Tarik nafas nipis dan halus perlahan melalui rongga hidung
Kalamkan perlahan di’jiwa’… nafas ini DARIMU…
Tahan nafas seketika sambil kalamkan perlahan di’jiwa’… nyawa ini MILIKMU
Lepaskan nafas nipis dan halus perlahan-lahan melalui rongga mulut
Kalamkan perlahan di’jiwa’… nafas ini KERANAMU

Kendorkan otot badan lalu tundukkanlah hati serendah-rendahnya.

Panggilah dengan rendah hati dan suara lembut:
Allah…
(diam dan rasakan bagaimana DIA merespon panggilan anda)
Allah…
(diam dan amati apa yang anda rasakan)
Allah … Allah … Allah …
(panggilah nama Nya secara pelahan-lahan sampai anda merasa cukup)

………………………. (diam)

al-fakir : master G