Ikhlas, Allah bayar cash kebaikanmu..

|
Ternyata apa yg ku lalui tidak lama tadi meninggalkan kesan spiritual dalam diri aku.

( terima kasih jika sudi baca kisah ini, mudah-mudahan anda dapat iktibar )

Hari ini, aku, mak dan abah ke pusat refleksologi. Alhamdulillah, selesai diurut 1 jam, terasa lega kaki ni. Lepas urut, lapar lah sudah. Terus saja kami bergegas ke foodcourt berhampiran. Abah dan mak makan besar hari ni. Seronok bila melihat abah menikmati makanan Arab, walaupun mahal tapi kepuasannya terasa dan terserlah di wajah abah.

Sesudah makan, kami bersembang-sembang lagi sebelum angkat kaki pulang. Tiba-tiba, ada seorang mamat datang menghampiri meja dan memberi salam pada abah. Terlintas di suara hati saya , " mesti nak mintak tolong duit ni..".

Maka, mamat tu pun berceritalah yang dia baru keluar dari penjara dan ingin pulang ke Kelantan, tapi tidak cukup wang tambang dan makan. Di poketnya cuma ada RM 10, dan dia tunjukkan dompet dan ic sementaranya. Abah mendengar dan bertanya-tanya latar belakang mamat tu.

Aku melihat 'body language' mamat tersebut, ada sebahagian yang diucap benar, tapi ada juga yang dia menipu. Riak tubuhnya seperti penagih dadah. Tapi dia pandai benar mengatur ayat sopan bahawa dia ingin pulang ke kampung bertemu ibu, seolah ceritanya itu benar sekali.

Dipendekkan cerita, abah memang baik hati.. ikhlas dihulurkan not RM50 kepada mamat tersebut. " Nah, ambil lah. Mudah-mudahan lepas ni buat kebaikan, sokong PAS ", seloroh abah.

Mamat tu pun berterima kasih dan beredar.

************************

Sebaik dia beredar, kami bercerita tentang mamat tu. Aku beritahu abah, ayat mana yang mamat tu berkata benar, ayat mana yang dia tipu. Tapi kami tidak kisahlah dengan not yang diberi. Aku, mak dan abah mmg ikhlas hati memberi.

Kata abah , "kalau betul cerita dia, alhamudulillah kita bantu. Tapi kalau dia tipu pun, abah mmg nak bagi."

Aku tambah, " tak apa lah..kita tolong dia sekarang, nanti Allah akan permudahkan urusan kita yang lain. Allah akan tolong kita cara lain pulak..."

Tak lama kemudian, kami pun bangun dari meja dan ingin pulang.. kaki dah sihat, perut pun dah kenyang :D .Tiba-tiba, mak seperti menjerit , " eh, mak punya beg mana ??" Beg itu adalah beg yg sgt berharga. Terlalu berharga. Seperti ingin menangis mak, longlai kakinya.. barangkali terlintas dikepala mak, mamat tadi yang ambil tapi tak sedar.

Bila mak sedang gabra beg nya hilang, saya masih tenang. Ternampak di mata aku ( On Reiki, scanning) , sebenarnya beg itu tertinggal di pusat refleksologi tadi. Mmg mak tak pernah terlalai untuk sengaja meninggalkan beg tersebut. Entah kenapa, hari ni dia terlupa untuk ambil bersama , walaupun handbagnya diletakkan disebelah beg tersebut.

Kami bergegas, dan ambil semula beg berharga tersebut. Mak lega. Syukur alhamdulillah.

Aku terus berkata pada mak dan abah, " Allah bayar cash, pertolongan yang kita beri dengan ikhlas pada mamat tu. Dengan kita sedekahkan RM50 tu, mak tersedar beg nya tak ada dan dapat semula."

Benar sekali ayat-ayat saya tadi.." Allah akan balas dengan cara lain.."
Subhanallah..

Sepanjang jalan ke kereta, kami tak henti-henti ucap syukur. Terima kasih Allah, kerana menyelamatkan harta kami.


TQ Allah.

Untuk hari ini , jujurlah pada dirimu..

|
Dari : Tulisan GMaster Hazil

Reiki mengajar pengamalnya untuk jujur. Jujur bukan terlabel pada dahi sang ‘jujur’ tersebut hingga kejujurannya bisa terpapar kepada alam. Jujur lahir dari akhlaknya yang luhur hadir dari dalam alam dirinya, bukan dibuat-buat bukan direka-reka hingga terpancar ke alam luarnya. Jujur hadir dari suatu olah ‘akhlak’ yang panjang.

Insan bisa jujur bila kejujurannya diperlukan. Insan bisa ‘nampak’ jujur bila kejujurannya itu mahu dinampakkan. Insan bisa jujur dalam menampakkan kejujurannya tatkala kejujurannya indah diperkatakan. Namun jujur yang jujur bukan hadir dari kejujuran yang tidak jujur semata-mata mahu dilihat atau dikatakan jujur. Jujur yang jujur tidak memerlukan pandangan atau kata pujian orang lain untuk menentukan kejujurannya. Ini kerana jujur yang utama adalah pada dirinya. Hanya dirinya yang tahu sejauh mana kejujurannya dan sejujur mana kejujurannya.

Jujur bukan paksaan.. ia juga bukan relaan yang dibuat-buat. Ia suatu ‘rasa’ yang asli. Ia dididik hingga sebati lalu mengalir penuh berhemah dan terdidik. Ia boleh berkurang.. juga boleh bertambah. Kadang terkurang.. kadangnya terlebih sudah. Pun begitu, intinya perlu ada dan kekal asli kerana dari inti itulah segala sifat tambah yang lain bisa bertempat. Jika tiada kejujuran, tiadalah cantiknya amanah, yang kelak menghadirkan rasa percaya. Tanpa percaya, bagaimana keyakinan bisa bertapak. Jika tidak yakin, nilai iman menjadi tiada. Jujur bukan hanya ‘asli’.. ia juga adalah umbi.

Jujur pada diri akan membenihkan diri yang beramanah. Tatkala sinar amanah terbit, diri akan percaya pada dirinya sendiri. Bila kepercayaan menebal, diri mula yakin kepada dirinya sendiri. Keyakinan kepada diri mengizinkan diri meraih SUKSES yang tulen. Imannya terhadap diri, membenihkan MAGNET SUKSES memancar dari alam dirinya. Lalu sukses bukan lagi asing bagi dirinya dan sejujurnya dia jujur terhadap penilaiannya tentang NILAI SUKSES yang dikecapinya.

Orang yang gagal berlaku jujur akan sukar untuk jujur bila melabelkan nilai suksesnya. Pada kalamnya dia akui dia sukses, namun sejujurnya dia tahu nilai suksesnya itu belum benar-benar jujur untuk dirinya sendiri. Ini kerana dia sendiri tidak jujur dalam menilai dirinya.. jujur dalam menilai ‘apa yang dirasainya’.. jujur dalam mengakui tahap kejujurannya terhadap ‘tahap jujur’ bagi suksesnya itu. Lalu, sejujurnya sukses itu hanya satu lagi kisah ngeri dalam hidupnya untuk memahami erti jujur. Hingga ada kalanya ‘nilai’ kejujurannya kembali menzalimi dirinya sendiri. Semakin jauhlah inti jujur tatkala dia semakin terbenam dengan sikap jujur untuk menilai kejujurannya sendiri.

Hingga saat ini, saya sering berpesan kepada diri.. “untuk hari ini.. jujurlah”


PS: Reiki itu tak susah.. namun reiki juga tidaklah mudah.. jujurlah dalam mendalaminya.


Nota aku :
Hina sungguh pabila aku melihat dalam aku, yg sedikit sekali jujur dengan diri sendiri..

Selesai Fasa 2 ( 15-24 tahun )

|
Umur saya tahun 2010 - 25. Tahun pertama di awal fasa. Bermakna saya berjaya melalui fasa sebelum ini ( 15-24 thn ). Mengikut graf hayat, fasa sebelum ini merupakan fasa paling teruk dalam hidup saya. Terlalu banyak dugaaan yang tertulis yang berat-berat berada dalam fasa (15-24 ) itu. Kemuncaknya ialah tahun lepas, di mana saya mengalami kekeliruan yang amat dahsyat.

Syukur alhamdulillah, saya masih bertahan hidup, belum jadi orang gila ( haha )..walaupun 10 tahun lalu menekan saya cukup-cukup. Sekilas menoleh ke belakang, saya bangga kerana saya berjaya melaluinya. Mungkin bukan setiap tahun saya sukses, dan ada tahun saya diruntun kegagalan, tapi saya berjaya bertahan dan dengan ilmu, pengalaman, Reiki, Resq56, numerologi..saya belajar untuk mengendali pelbagai karenah dan dugaan.

Habis sudah air mata dek keserabutan dahulu..kini saya cedok semua pengalaman sebagai bekal untuk saya harung Fasa 3 ( 25-34 tahun ). InsyaAllah, saya berdoa agar ujian kali ini tidak seberat dahulu..dan Allah permudahkan perjalanan saya.

Saya akan terus belajar, dan belajar untuk mengendali diri sendiri dan suasana sekeliling. Saya berjanji bahawa saya akan menimba ilmu baru sebanyak mungkin , tahun ini. Ada plan dalam kepala saya.. saya rasa senang hati melangkah, kerana saya faham diri saya.. saya nampak apa yg telah berlaku dan saya nampak apa yang mungkin berlaku.

Terima Kasih Allah, kerana mendengar doa saya.

Terima Kasih Allah, kerana memberi kekuatan untuk saya harung fasa 10 tahun lalu.
Saya masih disini, atas kehendakMu.

Versions of Reiki Principles

|
VERSION 1 ( by Frank Arjava Petter )
  • Don't get angry today
  • Dont worry today
  • Be grateful today
  • Work hard today ( meditative practice)
  • Be kind to others today
VERSION 2 ( by Karyn Mitchell )
  • Just for today do not anger
  • Just for today do not worry
  • Honour your parents, teachers and elders
  • Earn your living honestly
  • Show gratitude to every living thing
VERSION 3 ( by Willian Lee Rand )
  • Just for today, I will let go anger
  • Just for today, I will let go of worry
  • Just for today, I will give thanks for my many blessings
  • Just for today, I will do my work honestly
  • Just for today, I will be kind to my neighbour and every living thing
VERSION 4 ( by Jennie Austin )
  • Just for today, endeavour not to worry
  • Just for today, endeavour not to anger
  • Just for today, count your many blessing
  • Just for today, work diligently and honestly, including on yourself
  • Just for today honour all living things

VERSION 5 ( Dr Mir Hazil Azran )
  • Untuk hari ini, ku padamkan api kemarahanku
  • Untuk hari ini, ku padamkan resah dan gelisahku
  • Untuk hari ini, ku terus bersyukur atas segala nikmat
  • Untuk hari ini, ku terus jujur
  • Untuk hari ini, ku terus berbuat baik kepada semua.
{ saya guna versi ini }

belajar ilmu nombor

|
Makin banyak orang tahu tentang numerologi sejak diwar-warkan dalam iklan. Makin glamour ilmu ini dikalangan Melayu.

Numerologi yg diajar adalah ilmu cina. tapi orang melayu suka betul belajar & ambil tahu. Lepas tu bila dah tahu sikit-sikit, mula lah jadi penafsir masa depan. Astaghfirullah..

Semakin jelas..

|


Sejak beberapa minggu lalu..saya sering mendapat mimpi dan petunjuk yang semakin jelas. Sedikit demi sedikit..saya merasakan ada perubahan pada diri saya.


Saya tidak pernah berhenti dari self healing. Walaupun sering 'sakit-sakit', saya terus tanpa henti Reiki diri sendiri. Saya tetap ingat pesan Master Hazil, lebih baik Reiki 5 minit, dari tak Reiki langsung. Agak sedih juga kerana sudah berbulan-bulan Reiki Retreat & Recharge di IQBC tidak berlangsung. Tidak dapat saya nafikan, R&R memang banyak membantu kesihatan saya.

Sekadar nota utk diri saya :
Kebelakangan, saya mimpi sesuatu yang berkaitan masa depan, soal hala tuju, soal perkahwinan, soal pertemuan..
Cuma sedikit kecewa, saya masih belum nampak jelas 'pelakon' didalam mimpi itu. Mungkin saya sendiri belum bersedia.

Apa yg saya lihat, mimpi itu bersambung-sambung dan mempunyai siri yang sungguh menarik perhatian saya. Ia seperti satu 'skrip drama' yang mengajak saya menjiwai lakonan setiap pelakon yang ada dalam drama tersebut.

Perasaan saya tidak sabar utk membongkar 'rahsia' itu. Mudah-mudahan akan terzahir segala yang tersirat.

New Inspiration (2)

|


Hari tu aku bercuti dan berehat melapangkan diri dengan 'kesejukan'. Selalunya, kalau aku seperti hilang diri, aku akan mencari kesejukan dan disitu aku bertemu kebebasan. Minda aku bebas dari segala keresahan. Hati aku tenang dan bebas dari segala belenggu. Aku menjadi aku.

Aku belajar menerima kesilapan yang lalu. aku belajar menerima diri aku yg lemah. aku belajar menerima kekuatan aku. Dan pembelajaran ini tidak akan berhenti sehingga aku mati.

Hampir berbulan aku cuba kembali menjadi aku.

" i choose to not give up "

--------------------------------------------------------------------------

LUCID DREAM



2 malam yang lepas, aku bermimpi. dah lama aku tak dapat 'lucid dream'. kali terakhir aku dapat lucid dream pada December 2008. Wah, hampir setahun juga.

Dalam mimpi tersebut. :
Aku berada dalam satu bilik yang penuh dengan buku-buku tebal. bilik itu seperti direka cipta oleh 2 orang yang sengaja ingin memisahkan aku dengan dunia luar. Selama bertahun aku tinggal disitu dan aku fikir aku happy dengan kehidupanku.

Entah bagaimana, tiba-tiba ada satu panggilan yang mendetikkan hati aku utk keluar dari situ. Aku selama ini tersedar yang aku terpenjara dalam bilik kebal. Aku cuba membuka pintu utk keluar. malangnya, sudah di mangga. Aku cuba pecahkan dinding bilik, juga tidak pecah. Aku cemas.

Namun, keinginanku melonjak. Dan aku sedar bahawa aku cuma bermimpi. bilik ini cuma ilusi. aku mesti cari jalan keluar. Tiba-tiba, buku-buku yang selama ini aku baca menjadi penyelamat. Mereka menjadi tangga yang boleh berubah bentuk dan menunjuk jalan keluar. 2 orang yang selama ini memenjarakan aku kelam kabut memastikan aku tidak berjaya keluar. Tapi malangnya, buku itu hanya ingin menyelamatkan aku. Setiap kali 2 orang itu cuba memijak tangga buku, tangga itu berderai.

Pintu yang dimangga kebal itu tiba-tiba terbuka. Dan aku yang bermimpi ini sedar, selama ini pintu itu kebal kerana ketakutan dan ketidakyakinan dalam diri aku.

Akhirnya aku bebas.. keluar.. dan ada burung yang menunggu dan menyambutku diluar. Membawa aku terbang. Aku naik burung..dan burung itu bertanya " aku hendak kemana?".
Aku jawab " aku ingin melihat dunia...melihat bumi dengan mata kebebasanmu ".

Burung itu membawa aku terbang tinggi.. lalu aku melihat ke bawah, ada gunung yang indah, pohonan menghijau..ada pokok renek, ada pokok tinggi.. aku tidak mahu berhenti terbang. Sehingga aku berkata pada burung, " bawa aku ke satu tempat yang terbaik utk ku ".

Burung itu seperti faham kehendak 'hati'ku.

Dan dibawanya aku ke satu kawasan lereng bukit, ada kolam yang airnya sungguh cantik dan tenang. Seperti satu taman. Ada bunga-bungaan yang terang gemilang. Bunga itu berwarna purple, kuning dan pink. Aku mendekati bunga tersebut.. Subhanallah.. Kelopaknya bukanlah kelopak bunga biasa. Ia terdiri dari cecair yang mengeras dan pabila terkena cahaya, ia berkilau mengikut warna yang aku mahu lihat.


Bila aku pegang bunga tersebut, seperti ada sesuatu yg disampaikan. " carilah kebebasan. Aku terjadi dengan kehendak dirimu, kau mahu melihat aku begini, lalu aku jadi bunga seperti yg kau mahukan. Kuatlah menghadapi rintangan. Telah kau harung segenap alam, belum cukupkah pengalaman itu utk kau jadi seperti yang kau mahu ?"

Di taman itu, aku terasa jiwa aku bebas. Segala beban terlepas. Aku yg bermimpi ini sedar aku sedang bermimpi. Lalu kulepaskan segala bebanan, sakit hati, kesedihan, kekalahan, dan ketakutan ke taman tersebut. Aku semakin bebas. Hati aku makin lapang.

Burung tadi membawa aku pergi.. keluar dari taman..

Aku tahu misi mimpi telah selesai. Dan aku buka mata. Aku bangun dari tidur.

Senyuman terukir di bibir.
Alhamdulillah.. ya Allah..terima kasih atas inspirasi ini.