Sabar dalam penyembuhan Reiki

|
Sabar sangat penting dalam penyembuhan Reiki. Ada sesetengah pesakit mengharapkan sesuatu yang instant dengan Reiki. Mana boleh macam tu. Biarpun , sesuatu keajaiban itu boleh berlaku, tapi ia tetap memerlukan kesabaran dalam proses pemulihan.

Saya sendiri begitu sabar dengan penyembuhan Reiki. Allergic saya mmg tegar betul, kalau di reiki-reiki memang susah nak hilang gatal2nya. Namun, saya yakin bahawa ada energi penyembuhan mengalir di tubuh saya. Bila allergic saya menyerang, saya akan reiki dan terus reiki tanpa jemu.

Lama kelamaan, apa yg jadi ? Allergic saya dah tak 'menyengat' macam dulu. Cuma dari segi rupa tu mmg teruk lah. Tapi dari segi bisa gatal tu dah berkurang. Tambahan saya sudah semakin boleh handle dan bersabar dengan ujian saya ni.

Bila fikir2 balik, penyakit tu mungkin tak hilang sepenuhnya lagi, tapi ia melatih rasa sabar dalam diri. Mungkin dengan lebih usaha dalam penyembuhan dan lebih redha, ikhlas dan tawakal saya bisa sembuh sepenuhnya dan siap dapat bonus lagi ( melatih sifat sabar., ).

Teringat mak saya cakap..." eei..tengok allergic ko tu..seram betul..kalau mak dah nangis2 dah..sakit tu....". saya cakap... " hahaha.. gatal tu dah sebati dah..". Biar gatal fizikal...jgn menggatal sudah... hahahaha..

Ohya, saya amalkan minum minyak kelapa dara untuk atasi allergic ni. Alhamdulillah, setakat yang minum, VCO memang the best untuk hilangkan rasa gatal merenyam tu. ;) Tindak balas nya instant, macam ubat tahan sakit pulak.

No comments: