Air yang surut ...

|
Beberapa malam yang lepas, saya bermimpi. Ada satu kolam seperti akuarium besar... besaaaar sangat-sangat.. di dalam kolam itu ada air berwarna biru yang sungguh cantik, bersih, damai dan banyak ikan-ikan di dalamnya. Ada ikan kecil, ikan besar, dan tumbuh-tumbuhan lain. Dalam tu jugak orang boleh berenang bersama-sama ikan yang ada . ( macam aquaria lah pulak ).
Kolam itu seperti kepunyaan saya. Tiba-tiba, semua menjadi cemas. Air kolam terus surut. Surut. Limpahan airnya tidak nampak ke mana. Tapi air terus surut sehingga kolan menjadi kering kontang. Ramai yang cemas. Saya sangat risau kalau2 ikan yang ada mati kerana tiada air.

Ramai yang bergegas bertemu saya, dan masing-masing berusaha untuk mencari sumber air untuk mengisi air dalam kolam. Ika
n-ikan seperti memahami perasaan saya kalau saya melihat mereka mati..pasti saya meraung kesedihan. Lalu mereka cuba bertahan dari mati sehingga saya jumpa jalan penyelesaiannya. Saya bertemu dengan ramai orang yg saya dah lama tak jumpa, tiba-tiba muncul dalam akuarium itu.


Tak sangka rupanya sebelum ni mereka ada. Ada yang melarikan diri., ada yang mencari air untuk diisi. Alhamdulillah, akhirnya kami ( saya & mereka ) bertemu punca air.. Ikan-ikan kelihatan tenang, walaupun sudah terlalu lama mereka ketiadaan air. saya pelik melihat keadaan itu. Sepatutnya ikan dah mati kalau tak ada air.

Belum sempat saya mengisi air hingga penuh, saya terjaga.



Apa maksudnya, saya kurang mengerti. Dan saya ingin sekali mengerti.

Recharge

|
Bila rasa terlalu banyak benda / ujian berlaku ..cepat-cepat muhasabah diri. Cepat-cepat sedarkan diri supaya jgn terleka. Kaya pun ujian. Miskin pun ujian. Cinta itu ujian. Benci itu juga ujian. Siapa yang berada dalam kategori berjaya dalam ujianNya?

Aura sering berubah-ubah. Aura paling luar badan sering berubah mengikut suasana semasa. Pandang semula ke dalam diri, apa yang minda fikirkan ? apa yg minda mahu ? apa yg hati mahu? ayat apa yg selalu bermain dalam fikiran ?

Apa yang sedang kita tarik ? Adakah aura kita sedang menarik keindahan ? atau aura kita sedang menarik kecelakaan ?

anda adalah apa yang anda fikir.
saya adalah apa yang saya fikir.

Selalu muhasabah supaya kita sentiasa sedar apa yg sering bermain difikiran sejak akhir2 ini. Dan apa yg telah berlaku sejak akhir2 ini ? Law of attraction sentiasa berlaku dan tidak pernah berhenti menjalankan tugasnya.

kalau rasa aura sedang bocor , cepat-cepat buat self healing. Bersihkan aura. Rajin-rajin meditasi, rajin-rajin senaman aura. recharge lah. recharge.

recharge.

install semula 'belief system' yang baru. Masukkan tenaga-tenaga positif dalan diri, kuatkan perisai aura, indahkan warna pelangi diri, tingkatkan rasa percaya dan bersyukur dengan diri.

insyaAllah, lepas recharge, semuanya akan berada pada tempatnya semula.
semangat yang pudar akan kembali segar.
hidup yang hambar akan kembali mengujakan !

recharge energi.
muhasabah kelemahan diri. kenal pasti. redha, ikhlas & pasrah. install program baru. yakin dan tawakal dengan kerja Allah.

selesai.


* saya rindu banget dgn Retreat & Recharge bersama MasterG Hazil.. :(

Crystal Healing

|
Awal Ramadhan tahun ini menguji saya dengan pelbagai ujian fizikal, mental dan emosi. Entah kenapa, puasa kali ni saya rasa macam budak darjah 1 puasa. Haha. Badan terlembik-lembik. Nak tiddoooo je.. tak larat nak buat keje. Memang teruk betul lah. Seolahnya saya tak pernah puasa sunat sebelum ni.. sabar je lah..

Tapi itu lah kan, namanya Puasa Ramadhan. 'Trimester' pertama - ujian keberkatan. :) Saya tak pernah berhenti buat self healing setiap hari. Selalunya memang full self healing. Paling 'busuk' pun, saya akan energize Crown, Heart dan Base Chakra.

Saya tak tahu, dada saya selalu rasa ketat je.. rasa cam penuuuuh dengan lemak/kolesterol.. Haha. Saya tak larat nak buat aktiviti berat, letih-letih badan, sebab jantung rasa tak bermaya. Saya selalu reiki heart chakra untuk kurangkan beban sakitnya.

Suatu hari, setelah 4-5 hari, dada saya semakin sakit, jantung saya macam dah tak boleh nak berdenyut. Huhu... :) Maka, saya mencari-cari apa lagi ubat yg sesuai untuk saya. Lalu terpandang GELANG CRYSTAL berwarna HIJAU ( Jade ) tergantung di 'kasut hiasan' saya.

Oh, mungkin saya perlu pakai gelang ni...warna hijau untuk tarik energi hijau..biar berputar sikit roda chakra saya. :)

Alhamdulillah... setengah hari saya pakai, dada saya semakin lega, jantung saya boleh berdenyut kuat semula.

Wow !~ Saya kata pada mak saya " Selama ni, Timah main percaya percaya je yang crystal mmg boleh merawat... tapi kali ni mmg timah RASA sendiri khasiat Kristal. Hanya orang sakit je dapat rasa perbezaan antara SIHAT DAN SAKIT. :) "

Sekarang, saya dah lega.. fizikal saya makin kuat. Jantung saya makin 'betul' ragamnya. Syukur alhamdulillah..

Tanggungjawab Master Reiki

|
Tajuknya mungkin nampak berat, tapi ia sebenarnya cuma satu pengingatan kepada diri saya. Seusai Reiki Master attunement selesai, guru menerapkan tanggungjawab yang harus dipikul oleh Reiki Master yang baru. Bahawa menjadi Reiki Master (RM) bukan sesuatu yang boleh dibangga dan dicanang kosong.

Menaikkan nama Reiki & mengindahkan ilmu reiki di mata masyarakat adalah sesuatu yang sukar, namun ia bukan mustahil. Dan usaha menaikkan obor itu harus diangkat bersama batolion yang berpadu. Berkali-kali MasterG Hazil pesan tentang obor itu harus diangkat tinggi, agar ianya kelihatan gah & dipercayai.

Pada saya, semua pihak harus terbuka dalam pelbagai teknik meningkatkan nama Reiki. Harapan yang satu barangkali memunculkan idea yang berbeza, teknik yang mungkin juga sama atau berbeza. Jika ada keterbukaan , insyaALlah.. nama Reiki pasti akan lebih jauh. Tapi, mesti ! wajib ! untuk mensepakatkan perbezaan itu agar ia menjadi satu keputusan yang konkrit yang memberi jalan kepada hasil yang positif.

Teringat-ingat pesan MasterG Hazil, ' kalau nampak orang accident... send Reiki pada dia..itu tanggungjawab sosial '. Kalau nampak orang sakit kronik, terus send Reiki pada dia. Jangan nak diharap sangat pada soal ongkos.

" anda tak akan jadi kaya raya dengan Reiki "
" Reiki itu sebuah perjalanan.. Ya Allah ..tunjukkan lah kami ke jalan yang lurus.."

itu adalah ayat2 biasa yang MasterG sebut berkali-kali untuk mengingatkan pada semua pelajar terutama Reiki Master.

Saya sendiri, marah dan kecewa jika ada Reiki Master ( dari aliran lain ) yang 'menjaja Reiki' secara murahan.. lalu menyebabkan kekeliruan kepada masyarakat. Saya juga kecewa kepada apa jua bad service dari Reiki Master yang menyebabkan terbantutnya pemberitahuan keistimewaan Reiki kepada masyarakat. Saya mengingatkan diri saya untuk buat yang terbaik dan cuba pikul amanah ini sebaik mungkin.

MasterG Hazil selalu jadi idola saya, terutama part membahagikan emosi dan tugas. Bukan senang nak attune energi untuk patient, bila hati pun tak aman @ badan pun tak sihat @ fikiran pun terganggu. Tapi, ilmu jua lah yang menjadikan manusia itu berbeza.


Wallahua'lam

Tersentuh

|
Tersentuh dengan ujianNya..
meskipun bukan keatasku, namun terasa energi kelabu menyelubungi. Dan derai kaca itu meski tidak kedengaran, namun lukanya kelihatan. Aku cuma dari jauh mendoakan. Aku cuma dari jauh mengharap semuanya berakhir dengan 'sesuatu'.
Kenapa harus begitu ? aku masih tidak faham. Masih ada yang terselindung dariku. Sangat tak tercapai dek akalku, tak terbau dek perasaanku.
Jika ini menguatkan asas, aku redha untuknya. aku pasrah utknya. aku ikhlas untuknya. Entah apa dugaan ini sungguh ajaib. Seperti ilmunya jua.
Kelemahan diperbaiki, kekuatan usah ditukar buruk. Aku terkesima dengan energi yang hadir ketika itu. Sungguh pelik.
Moga kalian tabah. Moga 'kalian' faham. Moga "kalian" tidak terus leka.Aku ingin sampaikan tangan membantu. Namun tanganku tak tercapai dek situasi begitu. Yang kecil, usah dibantutkan. Yang besar, usah diriakkan. Semua itu milik Allah.
Aku tersentuh dengan dugaan ini. Inilah kali pertama, air mata ini mengalir.. bukan kerana -aku. Tapi kerana SATU.

Clairsentience

|
Saya memang sedia maklum, kebolehan membau sesuatu perkara/ peristiwa akan datang sudah menjadi kebiasaan.

Ada satu kisah, saya dari Tmn Melawati nak ke Sungai Buloh. Cara paling mudah memang lah ikut MRR2. Fikiran saya teragak-agak untuk ikut MRR2. Lalu, saya melencong ikut DUKE. Apa hal pulak ikut DUKE kan ?

Uncle A : Bukan ke ikut jalan ni jauh ? Nape ikut jalan pusing satu alam ?
Aku : Emmm.. ( tak tau nak jawab camne. )..jalan kat area kepong-manjalara-damansara tu jem.
Uncle A : Musykil. Mana lah ko tau ni ? Jap nak dengar radio jap..( nak dgr info trafik )
Aku : Kat area situ ada accident..jem teruk lah.. biar lah ikut jalan jauh dari ngadap jem.


Saya pun selamba ikut DUKE- Jalan Duta - Plus NKVE. Keluar je tol Sg Buloh, jem teruk sangat.. Saya layan je lah jem tu..Saya tengok jalan Damansara, mmg jem tak terkira. Rupa-rupanya, memang ada accident.


Uncle A bergurau : Acik mmg dah nak percaya dah ngan ko ni..

hehe..
Anugerah Allah.. alhamdulillah...



---> baru2 ni, saya dapat teknik baru scanning. Saya dapat dengar 'lintasan hati' orang dari jauh di telinga saya. Tapi, saya hanya dapat dengar dalam mimpi je.. belum di dunia realiti.

7 CHAKRAS

|
- Root atau akar (berada di bahagian seksual)
-Warna: Merah ~ Pintu ini berkait rapat dengan kelangsungan hidup (survival), kerahsiaan dan keselamatan. Tenaga dari chakra ini yang akan membantu untuk lebih berjaya dlm hidup terutamanya dr aspek material iaitu kekayaan, perniagaan dan alam pekerjaan. ~ Sekiranya pintu chakra ini tersumbat, individu akan cenderung membentuk personaliti yg penakut, bimbang, sering kecewa, merasa tidak selamat dan akan mudah mendapat masalah kesihatan berkaitan obesity, anorexia nervosa, artritis dan sakit sendi dibahagian kaki terutamanya lutut.

- Belly (Sacral) atau bahagian peranakan wanita
- Warna: Oren ~ Pintu ini mewakili sexuality, creativity, intuition and harga diri. Individu yang berkeyakinan, kreatif, berfikiran terbuka , berkemampuan untuk berinteraksi dgn baik dgn persekitarannya adalah mereka yg tidak mempunyai masalah pada pusat chakra kedua ini.
~ Sekiranya pintu ini tersumbat, individu akan cenderung memiliki personaliti yang panas baran, suka memanipulasi utk kepentingan diri, seorang yag suka mengongkong orang lain, berfikiran negatif & tertutup malah lack of energy.
~ Manakala masalah kesihatan yg sering terlibat buat mereka yg auranya terganggu di CHAKRA 2 ini akan mendapat penyakit seperti kidney failure, stiff lower back, constipation & muscles spams.


Solar Plexus (Perut)
- Warna: Kuning ~ Pintu ini mewakili kuasa peribadi (personal power), ego, passion, kesabaran, endurance, kemarahan & kekuatan. Pintu chakra yg seimbang & terpelihara akan membentuk personaliti yg ceria, outgoing, punya self-respect ~ harga diri, expressive ~ enjoy hidup dan challenges in life and STRONG SENSE OF PERSONAL POWER. ~ Sekiranya pintu ini tersumbat, akan membina personaliti yang TIADA KEYAKINAN DIRI, keliru, runsing, TERLALU MEMIKIRKAN PANDANGAN ORANG LAIN TERHADAP DIRINYA dan merasakan org lain mengawal hidup kita dan lama-kelamaan boleh membawa kepada STRESS. KEMURUNGAN DAN TIDAK MUSTAHIL JIKA TIDAK DIKAWAL BOLEH MENYEBABKAN MASALAH KESIHATAN MENTAL.
~ Masalah kesihatan yg terlibat pula adalah penghadaman, liver problems, diabetes, nervous exhaustion & food allergies.


- Heart (Jantung)
- Warna: Hijau ~ Pintu ini mewakili emosi, kasih syg, compassion dan kerohaniah (spiritual).Chakra ini menghubungankan kekuatan jasad , ruh & akal....Individu yg chakra keempatnya seimbang dan cantik mempunyai personaliti ekstrovert ~ peramah, compassionate, empathy, desire to nurture others and see the good in everyone ~ memandang insan lain dgn penuh rasa hormat, dignity dan punya potensi & kelebihan yg boleh dibangunkan....
~ Psikologi harmoni individu terlibat terdiri drpd mereka yang bijak berbicara,kreatif dlm penulisan, tenang, penyayang, setia, fokus dan pemimpiN yang bagus.
~ Sekiranya pintu ini tersumbat, kita mmepunyai membetuk personaliti yang paranoid, indecisive (x tetap pendirian), takut dikecewakan dan tidak tahu menghargai kasih syg.
~ Masalah kesihatan yg mungkin menyinggah sekiranya tiada keseimbangan aura di chakra ini adalah serangan jantung, tekanan darah tinngi, insomnia dan kesukaran bernafas.


- Throat (Leher)
- Warna: Biru Pintu ini mewakili pusat komunikasi samada melalui suara atau tulisan. Pusat chakra yg terpelihara membentuk personaliti individu yg kreatif dlm pemikiran, penulisan & juga hubungan komunikasi.
~ Psikologi harmoni individu terlibat terdiri drpd mereka yang bijak berbicara,kreatif dlm penulisan, tenang, penyayang, setia, fokus dan pemimpim yang bagus.
~ Leher / throat is where anger is stored and finally let go. If it si out of balance you may hold back, feel timid, be quiet, feel weak or can't express your thought.
~ Sekiranya pintu ini tersumbat, kita adalah org yg lemah semangat, tidak percaya akan kebolehan sendiri, pendiam & takut pada bayang2 sendiri.
~ Masalah kesihatan terlibat pula adalah hyperthyroid, skin irritations, ear infection, sore throat, inflamations and back pain.


- Third Eye (Mata ke3)
- Warna: Indigo ~ Pintu ini mewakili AURA SENSUAL & pusat utk kebolehan psikik, minda & spiritual yg tinggi.. Golongan yang chakra 6 nya terpelihara merupakan individu KENAL MATLAMAT YANG DIINGINKAN DALAM KEHIDUPAN, mempunyai kebolehan telepati dan berupaya "membaca" personaliti & kehidupan org lain.
~ Gelombang ini dapat menjana minda, menajamkan visi, merancang, mengawal kelenjar ptuitari, telinga, hidung dan sistem saraf.
~ Psikologi yg harmoni membentuk personaliti diri yang mempunyai gerak hati @ intuisi yang tajam, peka, perancang, bijak, jujur, bersemangat, imaginasi dan berkepemimpinan.
~ Ia juga berperanan sbg pusat yang akan menapis segala kecenderungan negatif dan penyingkiran sifat pentingkan diri sendiri & tamak.
~Sekiranya pintu ini tidak seimbang, akan membentuk personaliti individu yang takutkan kejayaan, tidak asertif dan ego tidak bertempat.
~ Kesan fizikal boleh mengakibatkan masalah mata, telinga, hidung, sinus, sakit tengkuk, resdung dan insomnia ~ Sekiranya pintu ini tersumbat, kita adalah akan terjerumus membentuk personaliti yang takut -tidak asertif, tiada ketegasan dlm diri...tidak ada prinsip mudah dipermainkan orang, takut pada kejayaan, mudah disubahatkan oleh unsur syaitan & negatif dan juga EGO.

- Crown (Ubun2)
- Warna: Violet & Putih ~ Pintu ini mewakili wisdom, pusat spiritual, fikiran2 yg dinamik dan tenaga2 yg alpha. INILAH anugerah Allah paling beharga....nikmat fakulti akal yang perlu kita pelihara dan manfaatkannya dlm usaha kita mencari kebaikan di dunia & akhirat..Individu yg menjaga pintu tenaga ini adalah individu yg memiliki kerohaniah & kognitif juga positif thinking yang tinggi. .
~ Merupakan tingkat tertinggi ygmenghubungkaitkan sistem lain dgn sistem pusat manusia iaitu otak.
~ Berfungsi mengawal kestabilan tenaga minda.Ia juga dikenali sbg talian hayat yg menghubungkan manusia dgn dunia luar terutamanya MAHA PENCIPTA.