Kenapa saya suka belajar Reiki ?

|
Kenapa ?

  1. senang. tak macam mengurut/ teknik perubatan yg lain.. kene genyeh2 orang. Reiki ni cuma letak tangan dan alirkan energi. settle !
  2. macam belajar tentang kehidupan.
  3. bongkar potensi diri, dan mula faham kenapa aku jadi camni..camni..dan camni ?
  4. buka ruang utk tahu lebih banyak cabang ilmu yg lain, cam crystal healing, aromatherapy, colour therapy, acupuncture, applied kinesiology, iridology dan byk lagi
  5. sifoo reiki yang sangat best : GMaster Hazil
  6. Keluarga Reiki yg sangat sporting & cool
  7. Reiki jadi teman paling setia dlm hidup saya

Metaphysic Crystal Ball for Year 2009

|
Petang ni ada Majlis Baca Yasin di office. Tujuan saya buat majlis ni sebenarnya nak memakmurkan ofis dan mohon cahaya dariNya.

Selalunya orang letakkan air utk dijadikan air yasin. Ya ! Lepas ni akan saya buat. Apa pun, saya sudah siap sedia dengan Metaphysic Crystal Ball utk di programkan dengan bacaan Yasin sekejap lagi. Dalam Metaphysic Ball tu, telah saya letakkan doa/ harapan di bawah. Ini teknik yg diajar dalam Kelas Reiki.


Doa :
1. Cleansing & reenergized office
2. Mengeratkan ukhwah setiap org yg datang ofis
3. Bisnes terus maju & diberkati
4. Diberi petunjuk dalam segala hal
5. Kesihatan yg baik dan bertambah baik


Mudah-mudahan, majlis ini akan diberkati Allah dan bertemu dengan keajaiban yang tersendiri. Saya benar-benar berharap Tahun 2009, akan merealisasikan impian warga Realelite Group ( Saya, Realelite, dan AladdinFX ).

Amin.

Premonition

|
Semalam, masa saya tengah baring-baring, saya tutup mata. Dan tiba-tiba saya dapat bayangan ( macam premonition ) yang saya akan dilanggar motor pada siang hari. Terus jantung saya dup dup dup sangat laju, dan rasa sangat cemas. Ia berlaku dalam 3 saat. Seperti ianya sedang berlaku.

Untuk elakkan kejadian itu berlaku, saya tak bawak kereta waktu siang. Dan saya mengurungkan diri dari jalanraya. Sambil saya terus Reiki untuk 'moment' tersebut. Saya buatkan protection pada diri saya dan Reiki pada Heart Chakra.

Pagi tadi, saya keluar ke kedai. Saya melintas jalan sehala. Sepatutnya kenderaan akan datang dari arah kiri saya. Bila saya tengok kiri, saya jalan je lah terus sebab tak ada kereta / motor.

Apa yang terjadi ?

Kalau saya melangkah lagi setapak, deesshhuuuumm !! Pasti saya dilanggar MOTOR YG DATANG DARI ARAH KANAN saya. Dan terus premonition semalam bermain di fikiran saya. Saya terkejut, namun cepat-cepat tangan saya letak di heart chakra.

Itu lah premonition yang terlintas semalam. Tempat yang sama, suasana yang sama,motor yang sama, topi keledar yang dipakai orang tu pun sama. Subhanallah.

Mungkin dgn Reiki semalam, risiko + kesan berlakunya kemalangan itu dapat dikurangkan. Hanya Allah yg tahu, bukan kah kita boleh mengubah masa depan dengan 'sedikit usaha' ? Lalu, bertawakal lah.

Alhamdulillah, Allah melindungi saya.

Dr Reiki ?

|
Dekat 3 tahun saya berinjak-injak, bertatih dan cuba berjalan tegak dalam mengenal ilmu Reiki. Sungguh, makin belajar makin banyak yang tahu dan nak tahu.

Paling penting, pengamal Reiki yang baik harus :
1) menjaga islam & iman ( jika beragama Islam)
2) menjaga prinsip Asas Reiki
3) Self Healing
4) Meditasi
5) Bersedia & ikhlas membantu
6) Tidak takbur

Ini garis panduan saya je. Berdasarkan pengalaman enteng saya. Shifoo saya, MasterHazil kerap menyentuh konsep bersederhana. Biasanya, kami jarang mempromote diri lebih-lebih. Meyakinkan orang kita boleh itu dan boleh ini. Semua penyembuhan pun di 'tangan' Allah.

Hari ni, saya dapat tau ada orang melabel diri sebagai Dr Reiki. Setiap emelnya- ditulis Dr Reiki. entah laaah. Pandangan peribadi saya, gelaran Doktor tu hebat betul.. Kalau ada PHD dalam ilmu Reiki ni, boleh la diterima. tapi tak ada pun.

Sampai hari ni, saya tak pernah cakap kat orang , " meh la buat rawatan ngan saya. saya boleh merawat org ". Saya rasa 'bersalah' dan 'terlalu kerdil' utk keluarkan 'ayat besar' tu. Malah, kadang2 gelaran Master tu pun buat saya gerun.

Sungguh, yang terbaik itu hanya dari Allah
yang buruk-buruk itu dari diri saya sendiri.

Kuasai Mimpi

|
Dari Blog MasterHazil : www.mastershifoo.wordpress.com

MIMPI ADALAH SALAH SATU DARI KEUPAYAAN UNTUK MENERIMA FREKUENSI ‘PERTUNJUK’ tersebut. Ia adalah ’setting’ automatis mampu menerima transmisi siaran yang di keudarakan oleh yang Maha Tahu. Sama ada ‘pendengar’ mampu mendengarnya (mengingatinya) atau tidak… ia bergantung kepada ‘radio’ (dibaca: minda) pendengar tersebut. Jika pendengar berada dalam keadaan yang sempurna (’setting’ yang ’sedia’ & ‘tepat’), SIARAN MIMPI tersebut dapatlah ia ingati dan tafsirkan sebaiknya.

Begitu jugalah sebaliknya, jika ’setting’ nya tidak ’sedia’ & ‘tepat’… antenna automatisnya mungkin TERSASAR dari siaran yang sepatutnya ATAU mungkin ia tidak mengingati ‘isi kandungan’ cerita mimpinya itu. RUGIlah.. mungkin sesuatu yang patut dihayatinya melalui mimpinya malam tadi itu mengandungi MAKLUMAT penting tentang dirinya atau MASA DEPANNYA atau JAWAPAN KEPADA PERSOALANNYA atau jawapan kepada KUNCI KEJAYAANNYA atau sebagainya yang selama ini dia tercari-cari akan maklumat / jawapannya.

LUCID DREAM adalah kemampuan MENGUASAI MIMPI agar maklumat yang diperolehi darinya dapat dimanfaatkan. IA BOLEH DIKUASAI JIKA DIPELAJARI… Ia ADALAH POTENSI MINDA yang tersembunyi yang boleh dikuasai melalui perlatihan oleh sesiapa jua. Ia adalah ANUGERAH untuk setiap insan yang mahu membongkar KEHEBATAN DIRINYA. Malah IA ADALAH SENJATA AMPUH yang mampu di’tajam’kan untuk berbagai MANFAAT yang tak ternilai harganya bagi keperluan kehidupan seseorang. IA ADALAH MESIN WAKTU yang boleh digunakan untuk MERANGKA MASA DEPAN yang diingini!!!


Syukur, saya dikurniakan anugerah dan petunjuk ini.
Untuk hari ini ku bersyukur dan terus bersyukur..

Mind Suggestion (MS)

|


This mind suggestion i wrote during my Reiki Class. Masa tu rasa sangat-sangat mengantuk dan letih tahap gaban. And MasterG pulak asyik sebut pasal kundalini and chi.. so.. i got an idea, and wrote this out.

Chi and kundalini arise,

My Mind is alert,

Eliminate negative thought,

Put on positive and strong energy

14/12/08

Just right after saying out loud for 3 times, immediately i feel like i received an energy and i wrote MY GOAL FOR 2009 ! Woowww !! Amazing..Camana dari saya yg tak bermaya & spiritless, boleh tetiba ada goal yg besar2 utk 2009 ??This MS really gave me a very nice suggestion to my subcontious mind !

My Reiki Days

|
Sepanjang tiga hari yang lepas, (jumaat, sabtu & ahad) saya gelar Hari Reiki utk saya. :) Kenapa ? Mungkin kerana saya lebih fokus dengan reiki dan aktiviti reiki kot.

Sabtu & Ahad: Saya ikuti kelas Reiki Advance ( repeat ). Seronok belajar kali ni ( sebenarnya, setiap kali belajar reiki pun memang best.. ). Dulu2 Reiki Adv Class dibuat sehari je. Tapi kali ni 2 hari. So lebih banyak input, dan saya lebih memahami teknik2 istimewa dan istilah2 Reiki.

Istimewanya, saya baru je dapat penjelasan tentang 'clairsentience'. MasterG memang best. Banyak yang beliau kongsikan. Ini buatkan saya makin mengenali 'innerself' saya.

Sabtu malam : Reiki Retreat & Reunion. Student Reiki yang lama-lama dan jarang ke centre datang memeriahkan majlis. Bila student baru dan lama bertemu, maka ruang bilik dipenuhi dengan cerita-cerita energi. Bahasa dan gaya yang sama. Pandangan tenang dari setiap wajah terpancar, mungkin kerana self healing yg dibuat hari-hari kot..

Paling tak tahan, ada PULUT KUNING, mama buat. Sedaaaapppnyaaaa !! Rasa nak bungkus je bawak balik.. Huhu.. Pulut kuning memang febret saya dari kecil , dan dah 3 bulan saya mengidam pulut kuning.

Haiiii.. IQBC ni, bukan skdar memenuhi ilmu di dada saya, bahkan memenuhi selera di perut saya. Caya lah!

Macam biasa, setiap kali balik dari kelas, semangat untuk scan macam2 benda naik semula, semangat nak praktis macam2 menjadi semula, nak heal orang tu, heal orang ni. hahaha.. syiok ooo..


Moral of the story : Jom belajar Reiki !