Me to Gmaster :
Assalamualaikum, MasterG, maaf andai emel ni mengganggu Master. Namun, harap Master sampai ke titik terakhir. Terima kasih.
REALITI
Kebelakangan ni, urusan bisnes saya menuntut banyak masa dari saya, lalu membuatkan saya sedikit stress dan mempunyai masalah dalam perhubungan. Throat chakra saya seperti teruji.Namun, alhamdulillah..mujur ada Reiki dan ResqHu. Dapat juga bantu saya dalam byk perkara. Akhir-akhir ini, saya banyak buat latihan untuk menguatkan 3rd Eye saya.Latihan menguatkan instinct,Reiki 3rd Eye, Resq utk kukuhkan deria rasa. Maka, saya jadi pencinta alam. Banyak merenung pokok,melihat awan dan merenung bulan dan bintang, dll. Saya baca dalam buku yg saya baru beli, latihan2 tersebutdapat menguatkan instinct. Saya sering minta petunjuk dariNya agar memudahkan ujian 'perhubungan' saya. Agar ditunjukkan denganapa cara supaya saya jelas dengan matlamat, keinginan dan cinta saya.
MIMPI
Semalam saya bermimpi, saya sedang bertadarus Al-Quran di satu tempat ( di Oversea, tapi saya tak tau kat mana). Mimpi itu sangat jelas dalam minda saya, ianya berwarna. Saya rasa lebih kurang 30 orang bertadarus Quran waktu itu. Quran dibuka. Dan saya lihat, tanda juz 4 di lembar kanan Quran. Dan disitu juga mulanya surah yang kami baca.
Giliran saya baca ayat dihujung surah. Saya baca 2 ayat , pada 3 ayat sebelum akhir surah. Saya bertanya pada orang sebelahsaya, kalau-kalau bacaan saya salah. Dalam mimpi tu, ayat yg saya baca berada di lembar kanan dan kedudukannya di bahagian bawah muka surat.Selesai surah itu dibaca habis, semua yg hadir bertadarus meninggalkan majlis dan pergi ke jamuan yang disediakan. Banyak lauk pauk dan bermacam2 makanan di sediakan.. Tak pernah saya makan di majlis sebegitu rupa. Majlis itu kelihatan sangat tenang dan dingin.
BANGUN DARI TIDURSaya terus buka Al-Quran kegemaran saya.
Saya cari juz 4, permulaan surah . JUMPA !!! : Surah An Nisa'. Kedudukannya sama seperti dalam mimpi saya.
Saya cari 2 ayat yg saya baca. JUMPA !!! : Ayat 174 & 175. Kedudukan dan ayatnya juga sama seperti mimpi saya. saya betul-betul terkejut. Saya dah lama tak baca surah ni, malah tak pernah tahu kedudukan surahnya.
Saya buka tafsir Quran : Ayat 174 " Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu bukti kebenaran dari TuhanMu, (Muhammad dengan mu'jizatnya), dan telah kami turunkan kepadamu CAHAYA ( Nur )yang terang benderang (Al-Quran ).
Ayat 175 " Adapun orang2 yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepada (agama-Nya), niscayaAllah akan memasukkan mereka ke dalam rahmat yang besar dariNya ( surga) dan limpahan kurniaNya.Dan menunjuki mereka kepada JALAN YANG LURUS ( untuk sampai) kepadaNya.
Subhanallah, air mata saya mengalir sejurus saya membaca tafsirnya. Tak sangka mimpi saya sebegitu tepat dan benar-benar wujud. saya tidak lah ahli dalam penafsirannya, namun saya rasa pasti ada 'sesuatu' yang harus saya lakukansetelah saya dapat mimpi ni. Tapi, apa dan bagaimana , saya tidak tahu.
PS : Master, kalau di campur no ayat yg saya baca, 174 + 175, no akhirnya = 7 !!!
Oh ya ! lupa saya nak tulis.. selepas surah An-Nisa', surah al-ma'aidah. Bermaksud hidangan. Kan lepas saya bertadarus, kami terus menikmati hidangan ?? subhanallah..
-------------------------------------------------------------------------
MasterG to me :
Salam...Lama saya tak buka email tu.. sejak peristiwa digodam, jarang saya check.
Banyak perkara dalam hidup kita ini macam deja-vu. Itu antara bukti LOA. Mimpi antara pentasnya.
Apa yang harus dibelajar adalah betapa besarnya hikmah sebuah kehidupan dan penciptaanNya. Kadangkala kita tak perlu banyak cara untuk mentafsir segala yang berlaku / dialami. Kita mampu memahaminya secara jelas jika ia bersifat 'jelas' dan terbentang. Adakalanya yang tersirat itu tersurat.. maka, usah dikuwatir apa yang tersirat lagi kerana ia hanya bakal mengundang rasa syak pada yang tiada atau tak pasti.
Mimpi anda jelas.. disebut juga 'lucid dream'. Sebuah mimpi yang 'sedar' dan 'terang', penuh kesedaran dialami oleh minda sedar. Kemampuan mendapat mimpi sebegini bergantung pada tahap 'kecerdasan' seseorang. Kecerdasannya itu pula haruslah meliputi kecerdasan IESQ nya. Malah, IQnya mampu merekod dan mentafsir per-sa (real moment) akan apa yang dimimpikan, malah adakalanya mampu membuat keputusan (berfikir dalam fikir) untuk mencorak mimpi tersebut. Ia juga sebuah anugerah.. jika dilatih, seseorang mampu melakukan 'banyak' keajaiban dalam hidupnya.
Contoh: Dalam mimpi saya, saya mendapat 2 pilihan yang tiap satunya amat besar ertinya buat saya. Dalam keliru utk membuat pilihan, tiba-tiba FIKIRAN saya membantu memberi cadangan apa yang terbaik untuk saya pilih.. perasaan saya rasa tenang dgn cadangan tersebut.. lalu saya membuat pilihan. Hasilnya dalam mimpi tersebut, saya mendapat kejayaan yang hebat. Tatkala terjaga.... saya sedar ia hanya mimpi, namun saya rasa tenang dan riang sekali. Setahun selepas itu.. apa yang saya mimpikan berlaku di alam realiti.
Setelah saya sedar bahawa mimpi saya mampu dikawal oleh saya.. (mimpi adalah peranan minda separa sedar manakala berfikir adalah peranan minda sedar) iaitu minda sedar (melalui kecerdasan yang tinggi - boleh dipupuk dan dilatih) mampu mengawal minda separa sedar. Saya mula mempraktikkan WILD - iaitu 'wake initiated lucid dream' untuk beberapa isu yang saya mahukan perubahan atau hasil yang baik. Caranya, sebelum tidur (slps meditasi + reiki + resq) saya fantasikan 'isu'.. hingga tertidur (bermimpi). Dalam mimpi tersebut, oleh kerana sya telah fikirkan siap-siap apa yang saya mahukan.. maka tatkala 'isu' saya timbul, saya terus masukkan solusinya tadi. Saya ulang proses itu beberapa kali dengan menjadikan perasaan nyaman saya pada mimpi tersebut sebagai indikatornya. Semakin nyaman rasa.. semakin saya tahu ia akan berhasil. lalu, saya hanya nantikan hasilnya untuk mencul di alam realiti.. (penuh yakin).
Apa yang saya nyatakan ini adalah FAKTA. Banyak kajian telah dijalankan oleh ahli neurologi & neuropsikologi. Dan sains telah buktikan bahawa minda sedar (yang tinggi kecerdasannya melalui amalan & gaya hidup positif) mampu 'masuk' ke minda separa sedar dimana fenomena ini mewujudkan minda super sedar. Maka, ramai orang cuba belajar untuk menguasainya...(lucid dreaming ini).. pun begitu, latihannya haruslah bermula pada koordinasi sistem bio-energi orang tersebut.
Apa yang anda alami adalah HASIL (bukan hazil.. hehe) dari apa yang telah anda pelajari selama ini. Reiki dengan sifat alaminya melaraskan dan mengemaskinikan aturan sistem bio-energi anda. RESQ56 & RESQHU MENYEMARAKKANNYA lagi.. dimana nilai ESQ dijana pada level yang optimum (bergantung pada disiplin & kesungguhan seseorang). Maka, halatuju yg anda bawa.. (nak polish 3rd eye) terjana dengan mudah dan lancar.Namun, segalanya dengan izinNya jua.. setiap ilmu ada hujabnya.. mohon CAHAYA itu.. dan CAHAYA itu akan muncul padamu.
Soal, realiti anda; isu throat chakra - tatkala 3rd eye chakra dijana, throat bisa menjadi mangsa. Keduanya biru.. perhubungan dalaman (dgn alam diri meliputi roh dan DIA) terbina... perhubungan realiti (hublul minannas - dunia luar) sedikit menurun. Dalam soal ini, IMBANGKAN ia dengan tidak terlalu mengikut 'selera' semata. Tafsir hubungan luaran pada 'roh perhubungan tersebut' tanpa terlalu menilai yang zahir.. Insyaallah, akan lebih nampak 'hakikatnya'.
Wallahualam...
al-fakir mir hazil
Efek Samping Obat Kuat Forex Palsu
7 years ago
No comments:
Post a Comment