Me to GMaster Hazil :
Sejak KAMK saya terperasan ada sesuatu utk saya renungkan , tapi kurang faham maksud dan pengajarannya. Jadi, spt Kak Nani..nak cerita sikit pengalaman n bolehlah Master ulas jika ada yang perlu.
Sebelum KAMK, semasa saya Mimpi YA HU dulu..saya mimpikan Simbol HA WAU ( HU ) di langit..
Kemudian, pada KAMK dulu, semasa lagu Gemuruh ..diminda saya seperti ada 1 subliminal code ALLAH( dlm jawi ) yang flash out.
Beberapa minggu lepas, code HA WAU menjelma lagi diminda
Semalam saya dapat code Lailahailallah ( dlm jawi ) pula..
Hari ini, saya dapat code Allah lagi..Tidak pernah berlaku pada saya perkara sebegini sebelum ni...Wallahua'lam.TQ
-----------------------------------------------------------------------
GMaster to me :
Salam... Alhamdulillah...
Pertamanya, saya merenung email anda dalam kesyahduan yang amat sangat. Rasa HIBA saya menyelubungi diri seketika. Terselit bersamanya KEHAIRANAN yang panjang... sukar untuk saya kalamkan apatah lagi untuk saya kupaskan.
Secara JUJUR perlu saya kongsikan komen saya ini, namun harapan saya biarlah ada KETERRAHSIAAN akannya agar tidak mengundang salah erti yang bersifat menyerang kenyataan saya akannya. Juga mohon agar anda menelitinya dengan KETERBUKAAN minda dan RASA, agar HAKIKAT yang tersirat disebalik KETERBATASAN kalam untuk mentafsir dapat diHALUSI dan diRENUNGI.
Saya amat sederhana dalam pengkaryaan saya untuk menghasilkan atau memanjangkan sesuatu ILHAM anugerahNYA terhadap saya. Saya juga amat berhati-hati agar segala ISI dan MAKSUD tidak tersasar dari ASAS ilham yang dikurnia. Dahulunya saya sering menyimpan (terlalu menyimpan) kerana merasakan bahawa ianya BIASA dan RAMAI orang MELIHAT DAN MERASAI akan hal yang serupa. Namun, saban hari menanti penuh kepasrahan, saya menemui HAMPA kerana apa yg terhidang hanyalah sesuatu yang terlalu AWAM tanpa punya ISI yang dalam. Lalu, saya memohon KEHADZRATNYA kebenaran untuk mengHASILkan 'SESUATU' yang pada penelitian saya yang HINA ini PERLU dan RELEVAN untuk disampai dan diolah sesuai untuk ZAMAN ini serta terdiri dengan INTI DAN ISI, tidak LARI dari PATI.
Usaha saya bermula dengan LOGO YA HUA... Saya menerima BIDASAN DAN KRITIKAN yang MAHA HEBAT hingga saya hampir TEWAS mempertahankannya serta memperjuangkannya. Kupasan yang saya beri dilihat secara KRITIS dan saya dikecam dgn sentimen 'cuba memainkan NAMANYA'. Saya PASRAH... NAMUN, suatu hari, ada SINAR yang datang memberitahu saya bahawa saya perlu TERUSKAN semuanya ini malah 'suara hati' saya memberontak mahu meneruskan dan menghidupkannya lagi dan lagi. Saya bangkit dari KERESAHAN yang panjang, menerjah ke alam minda & jiwa untuk membongkar semula 'segala' yang saya RASA & LIHAT. Dari situlah satu demi satu mula saya letakkan pada tempatnya.
Menghasilkan, Memulakan, Menggayakan sesuatu yang PAYAH... mempetahankannya, memperjuangkannya, menghidupkannya juga PAYAH... Namun, semakin hari 'ROH' itu kian hidup dalam segala yang saya cetuskan. Kuliah REIKI saya 'hidup' dengannya, Nur REIKI Salam, Produk 7Chakra, Produk HUWA, SALAM, BUSANA, Aura Rasa dan semuanya mula hidup dgn 'ROH' tersebut... (mungkin saya YANG TERLEBIH PERASAN kerana saya saja yang MERASAKANNYA begitu) dan yang terkini KA-MK dan RESQ56. SEGALANYA tersuntik dengan ENERGI @ ROH itu... walau disedari atau tidak, walau ada yang nampak atau tidak... walau diterima atau tidak... walau 'dirasa' atau tidak.. SAYA PASTI AKANNYA KERANA SAYA MERASAKANNYA.
Namun, ada masanya saya SEDIH HIBA dan MENANGIS sendirian kerana kekuwatiran saya akan KEJAYAAN usaha saya ini. Hasil yg saya LIHAT dan DAPAT begitu JAUH dari apa yg saya harap2kan. Ia BERJAYA tapi IA JUGA GAGAL!!! 'Kuasa' itu dihayati, dirasai, dicintai... ramai yang memuji2 dan memuja2... tak kurang yang NAMPAK AKAN KESANNYA, namun segalanya TERHAD pada diri yang merasa. TIADA DAKWAH atau amat kurang sekali USAHA DAN DAKWAH utk mengembangkannya supaya lebih MAKMUR!!... MALAH LEBIH BURUK, PERLAHAN2 SAYA SEMAKIN DITINGGALKAN... penyokong meninggalkan saya; satu demi satu. Dan saya MASIH DAN TERPAKSA memperjuangkannya SENDIRI, lagi dan lagi!.
Mengapa jadi begini???!! Entahlah... HANYA DIA YANG TAHU!! mungkin ini SURATAN atau HAKIKAT apabila memperjuangkan 'ROH' ini. Umpama 'minyak' dan 'air' yg tak mahu bersatu... (walau boleh bersatu). Benarlah kata GURU2 bahawa jalan perjuangan ini amat PAYAH dan GOYAH!!.
Hari ini saya kehairanan dgn email anda... anda 'MELIHAT' apa yang TERSEMBUNYI.. anda melihat apa yang 'dibalik' nyata (metafizik)... anda melihat 'ROH' itu.... Dan ia bukan pertama kali.. anda kata ia udah beberapa kali. Saya hairan.... saya juga pasrah... saya juga hiba...!!! DIA masih memberi ROH itu dalam kerja2 saya... mengizinkan mereka yg melalui 'merasai' dan 'melihat' nya... NAMUN; keterfanaan mereka merundumkan ia kembali (tidak membara memakmurkannya). Saya hairan lagi?? Saya juga buntu... walau saya tahu apa yang harus saya teruskan dan lakukan lagi...
Pada pendapat anda, apa yg harus saya lakukan lagi... biar pengalaman anda bukan hanya milik anda... biar semua merasainya atau merasai sebahagian darinya AGAR JIWA2 ITU KEMBALI KE HADZRATNYA dengan penuh KEIMANAN DAN KETENANGAN. Maaf, andai kupasan ini berlalutan.
Saya PASRAH, IKHLAS dan REDHA...
Mir Hazil Azran
Efek Samping Obat Kuat Forex Palsu
7 years ago
No comments:
Post a Comment