Dalam Reiki, benda paling penting untuk kita buat ialah RASA BERSERAH DAN PASRAH. Itu lah yang MasterHazil kerap beritahu. Dan,masa Reiki session, dont force the energy. Just let the intelligent energy flow by itself.
Reiki mampu memberi kerehatan dengan cepat,dan biasanya dengan adanya kerehatan penyakit yang dialami akan berkurang dan sembuh dengan cepat. Namun, bukan semua sakit boleh disembuhkan segera. Jika ada banyak isu, maka masa yang diambil juga lebih panjang. Sakit yang saya maksudkan bukan sekadar sakit jantung, buah pinggang atau apa2 sakit fizikal, tapi termasuk juga sakit ' mental' dan 'emosional'.
Contohnya, masalah dalam perhubungan sesama insan juga boleh dianggap 'penyakit' kerana ia mengganggu sistem bioenergi seseorang. Lalu, Reiki boleh melegakan 'penyakit' ini, cuma pastinya ia mengambil masa dan menuntut kesabaran.
Pengamal Reiki tak boleh buat expectation buat sekali, dua kali, seminggu atau dua minggu terus masalah selesai. Ianya bergantung pada isu pesakit tersebut. Mungkin masalahnya bukan sekadar di throat chakra, tetapi juga mempunyai blockage di base chakra, heart chakra atau lain-lain. Jadi, blockage2 itu perlu diselesaikan terlebih dahulu, kemudian apabila sistem energinya baik dan 'bangun' kundalininya, barulah penyakit perhubungan itu dapat selesai.
Cara penyelesaiannya pula, bergantung dan berbeza-beza. Sesekali berlaku juga keajaiban-keajaiban yang tak terduga oleh akal dalam penemuan penyelesaian. Pengamal Reiki dan pesakit harus bersedia untuk menerima dgn Redha dan Bersyukur atas apa juga nikmat yang diberi. Kadangkala, lebih baik terima bulat-bulat keajaiban itu berbanding sibuk tertanya-tanya bagaimana, bagaimana dan bagaimana ia boleh terjadi ?
Reiki ialah sebuah perjalanan penyembuhan..
Wallahua'lam.
Efek Samping Obat Kuat Forex Palsu
7 years ago
No comments:
Post a Comment